Sunday, November 29, 2009





Aku pelik,, kenapa saudara seIslamku tak pakai tudung..
Walhal dahulu dia belajar agama denganku di satu sekolah yang sama..
Ustaz,ustazah pun dah beritahu perempuan yang sudah baligh wajib memakai tudung dan menjaga auratnya..
Aku pelik,,kenapa saudara seIslamku tak menutup auratnya..
Walhal bapanya adalah seorang muazzin di surau..
Menyeru orang ramai menyahut seruan 5 waktu..
Ya memang benar iman tak dapat di warisi..
Aku pelik,,kenapa saudara seIslamku dengan slumbernya boleh bertepuk-tampar,,bergurau-senda dan ke hulu-hilir menaiki motor & kereta keliling kampung bersama teman lelakinya..
Walhal dia langsung tiada ikatan yang sah dengan lelaki e2..
Mana ayahnya?mana ibunya?
Kenapa di biarkan anak mereka melakukan perkara begini..
Adakah saudara seIslamku itu memang tidak tahu @buat2 tak tahu sehingga sanggup mencabar dirinya utk menentang hukum ALLAH..



Aku heran,kenapa setiap kali aku menonton tv..
Banyak sungguh hiburan di sana sini..
Mana rancangan ilmiahnya? Boleh dikira dgn jari..
Banyak sungguh pengaruh barat yang sudah masuk..
Bijak sungguh mereka mempengarui fikiran anak2 muda &
remaja belia..
Senjatanya mudah sahaja iaitu melalui hiburan..
Artis di jadikan idola..
Menyanyi dgn suara yang merdu,di tambah pula dgn solekan di wajah..
Berpakaian seperti orang yang telanjang..
Sudah cukup untuk mengetarkan hati hamba2 yang bergelar muslim..
Aku bertambah heran,kenapa ramai artis2 terdiri daripada bangsa dan agamaku sendiri..
 Tetapi gaya,tingkah laku,cara pakaian,dll langsung tidak mengambarkan hakikat dirinya yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM..
 Adakah mereka memang tak tahu atau buat2 tak tahu?
Aku pun tak tahu..
Yang pasti aku nak ambil tahu..
Sebab mereka adalah saudara seIslamku..
................








Saturday, November 28, 2009



..++ The Hunter Story ++..


1 hari aku berjalan..keseorangan..di waktu malam..
 tatkala penghuni asrama yang lain sedang enak di buai mimpi..
Aku memulakan langkahku…
Menyelusuri satu denai,,yang ku gelar jalan sufi..
Di belakang sebuah blok tempat ku menuntut ilmu..
laluan itu sunyi,gelap,berlopak sana sini..
tiada lampu yang menerangi laluanku itu,, hanya mengharapkan bulan yang menerangi segala kegelapan..


pada mulanya aku takut utk melalui laluan itu..
banyak perkara yang bermain di fikiran..
namun dgn hati yang masih gundah gulana,,aku tetap teruskan pengembaraanku..
terkumat-kamit mulutku membaca ayat2 pelindung diri..


krekkkkk…
masyaALLAH..bunyi apakah itu??
tiba2 aku terdengar seperti bunyi kerusi di tarik.. aku lihat bangunan di blok itu gelap.. tiada cahaya pun..
fikiranku mula membayangkan sesuatu,,namunku gagahkan diri utk teruskan langkah..
hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaanku ketika e2..
tidak sanggup utk aku pusing ke belakang..ataupun berpatah balik
biarlah apa nak jadi,,jadilah.. aku redha YA ALLAH..
nak patah balik,,aku dah separuh jalan ni..
baik ku teruskan,,bisik hatiku..
bunyi itu semakin kuat.. YA ALLAH lindungilah hambamu ini..
 mulutku tidak henti2 membaca ayat2 penenang hati..
langkahku semakin laju.. aku tawakkal padaMU YA RABBI..
Alhamdulillah sampai juga aku ke destinasi yang di tuju..


nilah jadinya..nak cabar diri sendiri.. kan dah kena..
mulalah aku bermonolog sendirian..
tapi aku tahu,,aku tidak keseorangan..
inilah jalan yang aku pilih..
walaupun di seberang sana terdapat jalan tar yang lurus..
tapi aku rasakan inilah masanya utk aku menguji diriku iaitu dgn melalui jalan sufi ini..
dan ternyata inilah jalan yang ku cari selama ini..
aku lebih tenang melalui jalan ini..
saban waktu,,tak kira pagi, petang mahupun malam aku melalui laluan ini..


sehinggakan apabila ada sahabatku bertanya,,
kita nak lalu jalan mana nie??
Dgn pantas aku menjawab..
Tuu..aku menunjuk laluan sufi yang gelap itu..
Sahabatku berkeras ingin melalui jalan tar yang telah sedia ada..
Lebih selamat,,kalau terjadi apa2 orang nampak dan boleh tolong,,katanya..
Tapi aku degil..aku nak jugak melalui jalan sufi itu..
Aku katakan padanya,,ramai sangat orang,, tgk tu motor,, kereta ke hulu hilir…
 bingit telinga ni..
Akhirnya sahabatku itu mengalah..
Yahuu..senang hatiku,,kerana dapat mengajak sahabatku melalui jalan  sufi itu..


Alhamdulillah sepanjang melalui laluan itu,,
tiada bunyi2an aneh seperti yang pernah aku dgr..
Kenapa enti suka jalan nie..
Kan bahaya..tgk tu katak banyak,,serangga sana sini..
Kalau kena gigit serangga kan susah..
Ada jalan lurus tak nak,,nak jugak ikut jalan nie..
Aku tersenyum..
Sahabatku pelik..
Ana lebih tenang lalu jalan ini berbanding jalan lurus sana tuu..e2 jawapan yang ku beri..
Sahabatku kerutkan dahi..tanda tak puas hati la tuu..


Sahabatku..
Apa yang enti rasa bila lalu jalan nie..aku pulak yang bertanya padanya..
Ishh..banyak serangga la..berpasir pulak tu habis sandal baru ana..hu3
Ni baru sikit sahabatku..
Perasan tak sepanjang kita berjalan ni banyak sangat benda yang kita tak suka rumput yg pnjang,serangga,katak dan macam2 lagi..
tapi kita mesti harungi juga.. sebab kita dah pilih utk ikut jalan ni tadi,,takkan nak patah balik kot.. tggal bape langkah je ni nak sampai blok sana..


macam tu jgk dgn perjuangan menegakkan agama ALLAH..
Banyak sungguh rintangan dan halangan yang mesti kita lalui utk mencapai target kita tu..
Kalau kita ikut jalan yang lurus tadi tu.. kemungkinan kita tak perlu lagi bersusah payah macam ni..
Tapi hakikatnya dalam menyebarkan risalah2 peninggalan para anbiya ni,tdak dapat tidak kita pasti akan melalui jalan yang penuh dengan duri..
Ya memang menyakitkan..dan menguji kesabaran..
Bukan mudah untuk menegakkan ISLAM..


Kenapa enti katakan tenang bila lalu jalan nie?? Musykil r.. tak rasa papepun..sakit ada r..
ni haa semut gigit…
Alhamdulillah sahabatku,, kita dah sampai ni..
Jawapan persoalan enti tadi tu ada pada enti sendiri.. kalau nak tahu,, enti kena rasai sendiri manisnya lalu jalan ini..
Jom cepat! kita dah lambat ni..


-the end-






سلامت هاري راي عيدالأضحى


...:: SEjarah pengorbanan NABI IBRAHIM...menuntut kita menghayati nilai TAAT + PENYERAHAN + KETUNDUKAN + KEYAKINAN AGUNG dalam sejarah manusia...berkorban segalanya demi ISLAM..pilihlah utk berkorban demi utk merasai kemanisan IMAN..kerana pengorbanan mengandungi erti sesuci perjuangan para Nabi...sanggup di caci,,di buru dan dihina.. namun tetap terus bekerja keras menyebarkan ajaran ILAHI tanpa mengharapkan UPAH & SANJUNGAN::...

        ...::SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA::..
     

Friday, November 13, 2009

..::: JANGAN SEDIH,,JANGAN MENGELUH ::..

..::: JANGAN SEDIH,,JANGAN MENGELUH ::..




** Salam kepada pengunjung blog ana yg tak seberapa nie..
harapnya sentiasa berada dlm naungan rahmat Allah swt. Setiap dari kita mesti tidak lari dari pelbagai masalah,kesusahan,tak kiralah masalah papepun..masalah family,kawan,kewangan, pelajaran dll...umm,,apa yg kita buat ye?? klu kita ada masalah cmnie.. 
termenung??menangis?? mengurungkan diri dlm bilik?? atau bunuh diri!!! masya-Allah nauzubillahi min zalikh..


** Sebenarnya kita patut bersyukur dengan masalah2 yg datang kat kita. kita tak minta,,tapi ia datang dgn sendirinya...selalu kita dgr orang berkata @ mengeluh..(ishh tension r hidup cmnie! selalu je ada masalah..apa r malang nasib aku nie..selalu dpt masalah..baik aku mati je camnie,,tak payah serabutkan kepala..) umm,,i2lah antara dialog2 org yg selalu mengeluh bila dirinya di timpa masalah..tapi bukan sume org cam2.. berbalik pada persoalan tadi,, kenapa kita perlu bersyukur dgn masalah yg dtg pada kita??sebenarnya masalah2 inilah yang membantu kita..(eh,,kenapa membantu pulak!peningkan kepala adalah..) sebenarnya masalah2 nilah yang membantu kita untuk lebih mematangkan diri,,sebabnya kita telah dikurniakan oleh Allah swt dengan akal..yang membezakan diri kita dengan makhluk yang laen..


** Dengan akal inilah kita boleh berfikir dengan lebih cergas,efektif,kreatif,inovatif dll bagi mengatasi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah2 kita tu.. cuba bayangkan klu kita xde masalah..relax je..goyang kaki...bersuka-ria g jalan2,habiskan duit bershopping dll.. tentu otak kita xbape aktif..neuron2 dlm saraf otak kita pun x berkembang .betol x??umm,, sebab 2lah kita patut sangatlah bersyukur dengan masalah2 yang datang kat kita..bukannya mengeluh..
percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2-Nya..


** Selain itu,,kenapa kita perlu bersyukur dgn adanya masalah2 nie??(umm,,apa lagi ye..) kebiasaannya apabila kita di timpa masalah,kesedihan dll..kita akan cuba mengasingkan diri dr  org ramai,, berdiam diri,,bermonolog sendirian.. ( wpun x sume org buat cmnie,,tp hasil kajian dan pemerhatian mengatakan YA!) Nabi juga beruzlah ketikamana baginda menghadapi masalah ketika menjalankan misi dakwahnya... baginda beruzlah seorang diri di gua Hira' dan di situ baginda mendekatkan dirinya dgn Allah swt... time nilah sebenarnya Allah nak uji kita..DIA nak lihat kepada siapa kita minta tolong,,pengharapan,,perlindungan dsb..ada segelintir org minta tolong dgn bomoh,,ada pulak 2 dgn jin, (ish2 menyeramkan). dari c2lah Allah nak menguji kita.. bagi seorang muslim,,sepatutnya apbila dirinya di timpa musibah @ masalah,,dia ptut berhubung dengan Pencipta dirinya 2..bukannya dgn makhluk2 yg sama taraf dgn dirinya.. (sekalipun boleh meminta pertolongan dgn makhluk,,engatlah e2 sume hanya perantara shja)..tapi kita perlu engat dan sentiasa mengengatkan diri kita..(engatkan apa??) engatkan diri kita bahawasanya bukan time kita ada masalah @ musibah je baru kita berhubung dgn Allah.. malah sewaktu senang pun selalu2 lah contact dgn-NYA.. supaya hubungan kita dgn-NYA bertambah akrab.. 


" jangan biarkan tali layang2 kita terputus..bimbang nanti layang2 yang kita main 2 di bawa angin entah ke mana"..


** Selain 2 jgk,, kita patut bersyukur sekiranya kita di timpa musibah,kecelakaan,masalah dsb.. sebabnya dgn sume ini jugaklah sebenarnya Allah nak naikkan darjat hamba2-NYA ...seterusnya dapat mendekatkan diri kita dengan-NYA...sesuai dan tepatlah dgn firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud : 
 " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?"


** Segala masalah,kesusahan dsb yg datang pada kita 2 sume adalah ujian@ tarbiyyah khas dari Allah swt untuk kita sume..bersyukurlah jika kita dapat tarbiyyah dari Allah nie.. ( umm,, bukan senang nak dapat!janganlah kita mensia2kannya) dan dengan ujian nilah yang dapat dan boleh meningkatkan darjat kita di cc -NYA..dan ini juga bermakna Allah 'perhatikan' kita.. bersedihlah sekiranya kita tidak di 'pandang' oleh Allah,,Pencipta kita...jika kita baca dan engat kembali sejarah perjuangan yang di bawa oleh nabi kita,,NABI MUHAMMAD SAW...lebih dhsyat lagi penderitaan yg di alami oleh baginda..lebih2 lagi ketika baginda hendak menyebarkan risalah2,, mahupun dakwah ISLAM..banyak penentangan yang di hadapi oleh baginda sewaktu i2.... bagaimana pula dgn kita?? (umm,,renung2kanlah dan sentiasalah muhasabahkan diri kita..) semoga kita sume tergolong dalam kalangan hamba2-NYA yg sentiasa mensyukuri segala nikmatnya yg tak terhitung banyaknya..dan mudah2an hidup kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH swt..insyaALLAH..

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_




Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce