728 x 90Advanced Acne Treatment

Saturday, April 30, 2011

~ AkU & KaMu MeMerLukaNnya ~


>> ku mulai setiap langkah & perbuatanku dengan menyebut kalam murnimu ,,
:: BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM::

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh…… kepada semua pembaca & pengunjung yang singgah di laman blog ini.. jazakumullah khairan kathira.. selawat dan salam tidak di lupakan buat junjungan besar kita dan penghulu segala anbiya’ , Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam, sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Selawat dan salam juga ke atas ahli keluarga serta para sahabat baginda serta orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan sehingga ke hari kiamat.
Alhamdulillah, segala puji-pujian serta kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan ruang & juga peluang buat penulis untuk mengupdate’ laman yang hampir b’sawang ni.. ^_^ sekalipun penulis sdg mnghadapi final exam.. & tugas2 yg lain.. Tidak di lupakan juga nikmat IMAN & ISLAM yang masih lagi b’semadi dlm diri penulis sehingga ke saat ini.. Alhamdulillah… sementelah penulis dlm mood final exam…jom.. penulis nk share something mngenai “KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU”.. yang merupakan bekalan dunia wal akhirat bagi seluruh umat manusia di atas muka bumi Allah swt ini.... myb bgi sstgah org agak jemu dgn tajuk ni sbb dah acapkali prkara ni di bincgkan,di ceramahkan, di kuliahkan di merata2 tempat, but penulis nk share juga..manusia kan sifatnya pelupa, perlu di ingatkan sokmo.. ke guane? (kecek ganu sikit2 jah dok reti royak byk2 kek g di ketawakan..) ^_^
Ok, straight 2 da point >> di dalam Al-Quranul karim, banyak firman Allah swt yang mengangkat darjat, memuji org2 yang berilmu, membandingkan antara org2 yg b’ilmu & x b’ilmu dsb……. Kewajipan mnunut ilmu juga berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
1 ::' 'Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui” – (surah an-Nahl : 43).
2 :: “katakanlah : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? “ – (surah az-Zumar :9)
3 :: “Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya, hanyalah orang-orang yang berilmu” – ( surah Fathir : 28)
4 :: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat “ – (surah al-Mujadilah : 11)

Rasulullah sallallahualaihiwasalam juga bersabda  : “ Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila di perlukan kepadanya ia akan memberi manfaat (kepada orang lain) dan jika ia tidak di perlukan ia akan menjaga dirinya (dari orang lain)”. – Riwayat Imam al-Baihaqi.
Baginda juga bersabda : “Kematian satu kabilah (puak) lebih mudah bagiku dari kematian seorang alim”. – Riwayat at-Thabrani.
Namun, perlu juga di ingat, jika kita menuntut ilmu tidak kena dengan caranya dan bukan kerana ALLAH, maka akan tergolonglah kita di dalam kelompok yang di sebutkan oleh Rasulullah ini,, di riwayatkan juga dari Rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Sesiapa menuntut ilmu kerana empat perkara ia akan di masukkan ke dalam neraka iaitu menuntut ilmu kerana untuk bermegah dengan ilmunya di depan para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang yang jahil/bodoh atau untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya atau untuk memperoleh harta kekayaan dari pemerintah”. (seram juga bila baca hadis ni..manalah tahu pernah terlintas di hati yang sokmo b’bolak balik ni) Nauzubillahiminzalikh……
Berkata Imam Malik radiallahuanhu : “ Selayaknya seorang mukmin itu memiliki empat perkara, binatang/kenderaan yang tangkas, rumah yang lapang, pakaian yang cantik  dan pelita yang meneragi. Adapun yang di maksudkan dengan kenderaan yang tangkas ialah AKAL, rumah yang lapang ialah SABAR, pakaian yang cantik ialah SIFAT MALU dan pelita yang menerangi ialah ILMU”.
Berkata Syeikh Muhammad at-Tastari dalam tafsiran al-Qurannya : “ ketahuilah bahawa sesungguhnya ilmu itu ibarat LAUTAN  BERGELORA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA. Dan sesungguhnya satu ayat dari AL-QURAN adalah ibarat satu lautan yang tidak akan berupaya di rentas oleh seorang pun,dengan berenang”. [** maksudnya : ilmu al-Quran xakan habis di timba skalipun ssorg habiskan waktu utk itu.]
Berkata Imam as-Syafi’e : “Sesiapa mempelajari al-Quran akan besar nilai dirinya. Sesiapa mempelajari ilmu Feqah, akan tinggi kedudukannya. Sesiapa mempelajari hadis akan kuatlah hujahnya. Sesiapa mempelajari ilmu Hisab, akan hebatlah buah fikirannya. Sesiapa mempelajari ilmu Gharib, akan haluslah tabiatnya. Sesiapa yang tidak memuliakan dirinya, tidak akan memberi manfaat kepadanya akan ilmunya”.
Syeikh Abu Hasan as-Syazili pernah berkata : “Tidak sempurna seorang alim pada kedudukan ilmu shinggalah ia di uji dengan empat perkara di mana jika ia mampu bersabar berhadapan dengannya, maka ALLAH akan menjdikannya pemimpin yang diikuti iaitulah 1) kegembiraan musuhnya (apabila melihat ia ditimpa musibah/ujian) 2) celaan dari kawan-kawan. 3) tuduhan atau fitnah dari orang-orang jahil. 4) hasad dengki dari para ulama (yang jahat)’’.
Rasulullah salallahualaihiwasallam bersabda : “Tuntulah ilmu sekalipun di negeri China”. (kenapa negara China eh,,sape2 tahu share la ye..tapi bagi pndgn penulis ayat ni adalah kinayah @ kiasan dalam ilmu Balaghah yg mmberi maksud tuntutlah Ilmu sekalipun trpksa merantau jauh ke tmpt2 & negra2 org lain,, if I’m not wr0ng..but kalu salah tlg betulkan ye..) ^_^
Syeikh Ahmad as-Shoqi pernah berkata : “Sesiapa menuntut ilmu, maka tuntutlah ia dengan usaha dan kesungguhan bukan kerana berlengah-lengah dan bermalas-malas. Sesungguhnya ilmu tidak datang kecuali kepada orang yang bersungguh-sungguh dan orang yang merinduinya samada ilmu itu ilmu yang di peroleh dengan usaha atau ilmu melalui pemberian. Mnjadi satu kemestian bagi org yang mencari ilmu utk berusaha keras,merasai kepayahan/kepenatan dan berlawan dgn nafsunya”.
Ada ungkapan yang mengatakan ; “Ilmu-ilmu itu tertutup/terkunci. Soalan- soalan adalah anak kuncinya”. ( maksudnya di cni >> ilmu itu terkunci, utk mmbukanya ialah dgn selalu b’tnya soalan kpd org alim)…
Banyak lagi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Rasulullah saw, kata-kata mutiara, kata hikmah yang ber’cerita’ mengenai ilmu & sangkut-paut yang berkaitan dengannya…… mudah-mudahn perkongsian yang sdikit ini dapat memberi manfaat kepada penulis & pembaca sekalian….. insyaAllah ~ AKU & KAMU MEMERLUKANNYA ~ wallahua’lam.
** Sumber bacaan dari buku : 50 kewajipan seorang Muslim oleh Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil **
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce