728 x 90Advanced Acne Treatment

Thursday, December 1, 2016

RASA CINTA DI DALAM RUMAH HASAN AL-BANNA




Selain dijadikan rujukan sebagai tokoh umat Islam, Imam Hasan al-Banna turut menjadi contoh teladan dalam mendirikan rumahtangga Muslim. Ini kerana umum mengetahui beliau berjaya ‘menghasilkan’ sebuah keluarga yang cukup didambakan oleh segenap masyarakat Muslim.

Siapa tidak kenal sosok tubuh bernama Imam Hasan al-Banna rahimahullah? Beliau merupakan salah seorang tokoh penggerak Islam yang begitu dikenali seantero dunia, kerana usaha dan perjuangannya menegakkan Islam di bumi Mesir suatu ketika dahulu.
Selain dijadikan rujukan sebagai tokoh umat Islam, Imam Hasan al-Banna turut menjadi contoh teladan dalam mendirikan rumahtangga Muslim. Ini kerana umum mengetahui beliau berjaya ‘menghasilkan’ sebuah keluarga yang cukup didambakan oleh segenap masyarakat Muslim. Hal ini sudah pasti dicontohi melalui perilaku Baginda Rasulullah SAW.
Antara perkara menarik yang hendak untuk dikongsi bersama pembaca antaranya;
1- Sikap Beliau Bersama Isterinya Yang Cukup Menyenangkan.
Tsana, puteri Hasan al-Banna berkata;
“Pernah suatu hari, ayah pulang lewat dan ibu sedang tidur. Ketika itu, ayah langsung tidak mengejutkan ibu. Bahkan, ayah menyiapkan sendiri makanan dan segala keperluan makanan untuk para ikhwan yang datang. Ayah masuk ke dapur dan menyediakan makan malam sendiri. Ayah tahu kedudukan bahan perasa masakan dan peralatan di dapur. Ayah juga menyediakan roti dan menyusun meja makan untuk mereka makan bersama.”




2- Tidak Menganggu ketenteraman orang lain.

Di ceritakan oleh Saiful Islam, putera Hasan al-Banna;
“Jika pulang lewat malam, ayah tak pernah mengganggu sesiapa pun. Padahal kunci rumah kami cukup panjang sehinggakan apabila dibuka, pasti akan menghasilkan bunyi. Suatu malam, saya belajar hingga lewat malam. Betapa terkejutnya saya ketika mendapati ayah sudah berada di rumah, padahal saya tidak mendengar bunyi pintu dibuka. Ternyata, ayah membuka pintu dengan cukup berhati-hati, bahkan dengan perlahan yang boleh. Ayah mempunyai perasaan yang sangat halus, bahkan mungkin boleh dikatakan sangat lembut.”
Masyallah, sungguh akhlaknya cukup mengkagumkan. Lihat, sampai begitu sekali beliau menjaga adab dan akhlaknya, semata-mata tidak mahu mengganggu ahli keluarga dalam rumahnya apabila pulang ke lewat.
Nak banding hari ini? Jauh, amat jauh. Ada juga yang bagus. Tapi, yang tak bagusnya apabila ada si suami yang balik rumah saja, dia mengetuk-ngetuk pintu sampai nak pecah pintu tu dibuatnya. Ya, bersangka baik saja. Mungkin dia tak de kunci spare, atau dinding rumahnya begitu kebal sampai perlu dia ketuk kuat-kuat.
Begitulah dua contoh yang cukup simple dan boleh diteladani oleh para suami dalam mengharmonikan rumahtangga masing-masing. Moga kisah ini dapat menjadi inspirasi untuk terus memperbaiki rongga-rongga yang wujud dalam hubungan suami isteri. Wallahua’lam.
“Ayah – semoga Allah merahmatinya – sangat lembut perasaannya. Dia sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Dia mempunyai kemampuan yang membuatkan kami patuh tanpa perlu diperintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya sebagai seorang yang berwibawa yang menyebabkan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya.”

Sumber : http://tazkirah.net/rasa-cinta-di-dalam-rumah-hasan-al-banna/
Like FB : tazkirah.net



_

Rabiulawwal, Jom Berselawat ^^

Assalamualaikum..

Lama sungguh tinggal blog ni.. :)
I'm back..

nak masuk bulan Rabiulawwal...
Bulan Nabi kita, Muhammad saw..
Jom, perbanyakkan selawat..

(^_^)











_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, November 27, 2011

:::: ISLAM itu TINGGI... tidak ADA yang lebih TINGGI darinya ::::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. تَحِيَّتُمْ بِتَحِيَّةِ الإِسْلاَمِ تَحِيَّةً طَيِّبَةً مُبَارَكَةً مِنْ عِنْدِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى.رب الشرح لي صدرى ويسرلي أمري وحلل عقدة من لساني يفقه قولي. الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين المبعوث رحمة للعالمين سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.أما بعد.        

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNYA, aku masih lagi di berikan kesempatan untuk bernafas dimuka bumi milikNYA, amiin... bersyukur juga kerana aku masih lagi di kurniakan nikmat iman & islam yang mana jika di lihat pada hari ini, ramai dalam kalangan saudara-saudara seislam ku, sekalipun bergelar ISlam namun seolah2 hanya gelaran semata-mata tanpa mahu menghayatinya.. nauzbulillah... 

Tidak lupa juga ingin aku ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H buat semua umat ISLAM di seantero dunia ini, terutama sekali bagi mereka yang rajin melayari blogku yang hampir 2 bulan xdupdate.. :)     petang tadi ada pengisian ilmu + rohani buat diriku yang saban waktu perlu di siramkan dengan siraman air-air kerohanian... petang td perkongsian ilmu berkisar mengenai HIJRAH... xpasal2 aku kena jadi pengerusi.. it's ok.. wpun xbersedia, but still cool... insyaAllah.. perkonsian ilmu di mulakan dengan beberapa orang sahabatku memberikan pandangan2 serta buah-buah fikiran mereka mengenai pengertian HIJRAH.. rata-rata sahabat2ku memberikan point yang lebih kurang iaitu berkisar HIJRAH DARI SUDUT AKHLAK iaitu >> berpindah@ berubah dari sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik....... @pun berubah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik....  tiba pada turn aku...



aku :  "pernah dengar x lagu MAAL HIJRAH??..
sahabat2 :  Pernahhh... suasana yang agak serius sejak awal tadi mula kecoh sdikit.. (memang itu hasratku..iaitu untuk menghidupkan suasana taman ilmu yang agak suram sejak tadi..alhamdulillah agak berhasil)
ustazah : haaa.. cuba dengarkan sikit lagu tu...nak dengar jugak..
aku: aishh ustazah... xpe ke ustazah? (merah padam muka aku xtaw nak sorok mana.. )
ustazah : xpe... :)
aku: emmmm... ok, maaflah ye kalaw xsedap...xbape sihat..
sahabat2: hehehe (masing2 xsabar nk mendengar...)
aku: ~ HIJRAH itu PENGORBANAN........ ~
         ~ HIJRAH itu PERJUANGAN..... ~
         ~ HIJRAH itu PERSAUDARAAN... ~
         ~ HIJRAH membentuk PERPADUAN... ~
         ~ Oleh itu..mari semua kita sambut MAAL hijrah.... ~
         ~ tingkatkan semangat, TEGAKKAN KEADILAN... ~
         ~ UNTUK SEPANJANG ZAMAN......... ~

aku : aishh maaf..pitching lari.. :)
sahabat2 + ustazah : ^_^

(ok habis dah bab tu.. juz iklan je tadi tu... :) now i want to share about the istifadoh/moral values from the HIJRAH's story........ )

Antara pengajaran yang boleh di ambil ialah :


1) peristiwa hijrah merupakan peristiwa di mana NABI SAW berusaha bersungguh2 untuk menyelamatkan AKIDAH UMAT ISLAM...NABI SAW mengatur strategi serta sanggup berkorban demi kelangsungan akidah umat ISLAM.. 

2) banyaknya pihak yang berganding bahu dalam merealisasikan HIJRAH NABI SAW.. antaranya : Saidina Abu Bakar as-Siddiq (sahabat yang setia menemani Rasulullah saw), Saidina Ali bin Abi Talib (sahabat yang tidak punya rasa gentar untuk menggantikan tempat tidur Rasulullah saw), Asma' binti Abu Bakar (puteri Saidina Abu Bakar alaihissalam yang berulang-alik menghantarkan makanan ke Gua Thur & Asma' juga di tampar oleh Abu Jahal kerana tidak mengetahui kedudukan Rasulullah ada di mana...), Abdullah bin Uraiqit (sebagai penunjuk arah kepada Nabi saw)...

3) selain itu, makhluk2 Allah merangkap tentera-tentera Allah swt seperti al-ankabut (labah-labah), al-usfur (burung merpati), al-ghonam (kambing) dsb.. juga memainkan peranan penting dalam MISI HIJRAH NABI SAW... makhluk2 Allah ini telah membantu memperdayakan musuh-musuh Allah daripada menangkap Rasulullah saw.. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,, labah2 & burung merpati dalam peristiwa HIjrah Nabi ini telah membantu Rasulullah saw dengan membuat rumah serta sarangnya di hadapan pintu masuk gua, (memang xlogik kalau ada org masuk gua ni sedangkan di pintu masuk gua ni ada sarang labah2 & sarang burung merpati.....) kambing pula telah membantu Rasulullah dengan menghapuskan jejak2 kaki Rasulullah di padang pasir agar musuh2 Islam tidak dapat menjejaki baginda... subhanallah alangkah indahnya aturan Allah....

4) daripada peristiwa HIJRAH ini juga NABI telah membina sebuah MASJID QUBA' seusai tiba di MADINAH AL-MUNAWWARAH @ YATHRIB... (simbolik daripada pembinaan masjid ini ialah NABI saw amat menitikberatkan soal AMAL IBADAH terutama SOLAT kerana jika umat ISLAM hanya mempunyai AKIDAH semata-mata, namun TIADA AMAL tiada gunanya.. apa yang sepatutnya ada dalam diri kita UMAT ISLAM ialah apabila AKIDAH kita mantap, insyaAllah AMAL pun turut meningkat (untuk diriku lebih2 lagi..) 

5) peristiwa HIJRAh juga memaparkan mengenai PERSAUDARAAN antara kaum MUHAJIRIN (yang sehelai sepinggang) dengan kaum ANSAR..

6) NABI SAW juga di angkat menjadi pemerintah di MADINAH AL-MUNAWWARAH..

7) PIAGAM MADINAH juga terbentuk & meletakkan HUKUM-HUKUM ALLAH yang akan menyelamatkan umat ISLAM..

dan banyak lagi istifadoh yang boleh kita ambil daripada peristiwa HIJRAH Nabi SAW... mengapa peristiwa HIJRAH di kaitkan dengan AWAL MUHARRAM ya?? agak2nya siapa boleh berikan saya jawapan yang tepat?

Bagi pendapatku, peristiwa HIJRAH ini di kaitkan dengan AWAL MUHARRAM kerana MUHARRAM merupakan BULAN PERTAMA dalam kalendar ISLAM.. dan PERISTIWA HIJRAH merupakan titik tolak bagi permulaan perkembangan ISLAM... yang di bawa oleh junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW... subahanallah betapa besarnya TADHIAH yang di lakukan oleh junjungan besar NABI kita demi menegakkan ISLAM TERCINTA... OLEH itu, tidak mustahil baginda di gelar sebagai kekasih ALLAH SWT... Allahurabbi..

p/s : ISLAM YU'LA WALAM YU'LA ALAIHI ~ >> ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi selainnya.. akhirulkalam, SALAM MAAL HIJRAH 1433H sekali lagi & SELAMAT BERHIJRAH!! :)



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, October 1, 2011

~ Lihat Yang Dibawah ~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
dengan menyebut kalam suciMU Ya Allah.. berkatilah penulisanku ini.. 
~ kadangkala kita sering merugut, mengeluh mengenai nasib diri yang serba kekurangan.. namun kita tidak sedar, ada hamba Allah yang masih mampu tersenyum sekalipun dirinya tidak punya apa-apa.. bersyukurlah dengan apa yang ada.. sentiasalah lihat orang yang di bawah mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNYA.. ~

 p/s : "dan barang siapa yang bersyukur atas pemberianKU akan AKU tambahkan nikmat ke atasnya"- (sila rujuk tafsir al-Quran al-Karim..penulis ingat maksud tapi xingat surah & ayat brapa.. t penulis check smula ye.. penulis ada hal ni.. nak cepat.. k. smoga bermnfaat wallahual'lam ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce