728 x 90Advanced Acne Treatment

Thursday, January 28, 2010

:: K0NSISTEN BERJUANG WALAUPUN BERUSIA ::

:: Tengahari semalam selepas solat Zohor di sebuah surau, seorang ustaz telah menyampaikan tazkirah beliau mengenai Kisah Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah, antara yang dapat menarik untuk saya rakamkan di sini adalah Ustaz tersebut menceritakan ayat 41 Surah Taubah yang bermaksud:

:: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

:: Abu Talhah amat konsisten dengan perjuangan Islam. Beliau sentiasa bersedia untuk berjuang walaupun umur beliau sudah lanjut. Pada suatu masa, pada saat beliau sedang sakit, datanglah panggilan jihad.

:: Beliau meminta anak-anaknya mempersiapkan dirinya supaya beliau dapat keluar berjihad. Walau bagaimanapun, hasrat beliau ditentang oleh anak-anaknya.

:: Beliau pun membaca ayat 41 dalam surah at-Taubah yang bermaksud, “Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat,” dan beliau tetap berkeras untuk keluar berjuang.

:: Anak-anaknya berkata, “(Ayah) telah berjuang pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dan sekarang giliran kami pula untuk keluar berjuang.” Akhirnya beliau diizinkan untuk belayar bersama-sama dengan tentera-tentera Islam untuk berperang.

:: Di tengah perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya sempat ditanam sembilan hari selepas itu, apabila kawasan darat ditemui.Namun yang anehnya, keadaan tubuh jasadnya tidak berubah sedikit pun semasa dikafani dan disimpan. Kisah ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

:: Kesungguhan Abu Talhah dan konsistennya beliau dengan perjuangan Islam sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.-SUMBER BERNAMA-

wallahua'lam.. takbir!Allahuakbar!!
 

Thursday, January 21, 2010

- Tokoh ISLAM -


>> Alhamdulillah, ALLAH masih beri aq peluang dan kesempatan untuk aq menaip dan mencurahkan buah fikiran kat blog aq ni..biarpun xseberapa tapi harapan aq agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua.. insyaALLAH..kali ni aq nak cite pasal tokoh ISLAM yang aq kira semua sudah maklum.Beliau di lahirkan pada 22 September 1917 masihi bersamaan 6 Zulhijjah 1335 di perkampungan Nakla al-'Inab, Itai al-Barud dalam wilayah al-Buhairah, Republik Arab Mesir..


>> Lahir dalam keluarga yang berkedudukan baik dari sudut pegangan agama, menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun di tangan para ulama' hafiz di kampungnya dan begitu yakin bahawa al-Quran adalah sebuah kitab suci yang tiada bandingannya kerana ia bukan sahaja mukjizat Nabi Muhammad saw,,malah menjadi teman rapat ketika bersendirian...


>> Beliau di kenali kerana sumbangan besar yang ditaburkan untk Islam khususnya dalam menyampaikan mesej Islam yang jelas,,bukan sahaja kepada individu tertentu,,malah kepada para pemerintah di semua negara-negara Islam agar menjalankan hukum-hukum Islam dalam negara masing-masing....siapakah beliau?? beliau adalah Syeikh Muhammad al-Ghazali.. kalian jangan tersalah pulak dengan Imam Ghazali..nama je yang sama tapi individu yang berbeza...





 




Syeikh Muhammad al-Ghazali ~ Ulama' yang tak kenal erti jemu dalam berdakwah ~


>> Ketokohan Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja di iktiraf di negara asalnya (Mesir),, malah negara- negara umat Islam yang lain pun iktiraf beliau..jadi tak hairanlah jika beliau memegang jawatan2 akademik yang penting seperti di Universiti Zaitoon di Tunisia,,menjadi pakar rujuk beberapa universiti Timur Tengah,, menjadi tenaga pengajar di Universiti Amir Abdul Qader di Libya bersama Dr.Yusuf al-Qardawi, Dr.Muhammad Said Ramadan al-Buti dll...
 

>> Beliau juga telah di lantik sebagai Wakil Menteri Urusan Wakaf dan Dakwah Islamiah pada tahun 1971. Pada tahun 1977,, beliau menjadi tenaga pengajar di Universiti Ummu Qura di Mekah..Beliau juga pernah di berikan penghormatan menjadi Ketua Lembaga Pengetahuan di Universiti Islam Amir Abdul Qadir di Algeria,,Dan pernah dilantik sebagai anggota lembaga Pusat Urusan Islam..(banyak sungguh tanggugjawab yang beliau galas..) tapi apa yang menarik perhatian aq,,walaupun beliau pegang banyak taklifan/amanah/tanggungjawab tapi dalam masa yang sama beliau juga bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah.. dakwah merupakan bidang yang menjadi keutamaan kepada beliau. Maka,, beliau mengkhususkan dan mengabiskan banyak masa untuk berdakwah sama ada secara teori atau praktikal..kalau dari sudut teori,, beliau telah hasilkan beberapa kajian yang berkaitan dengan dakwah melalui penulisan..kalau dari sudut praktikal pula,, beliau pernah menjawat jawatan sebagai pegawai masjid..selepas tamat pengajian di Universiti al-Azhar. Beliau mendekati masyarakat dalam konteks dakwah di masjid..


>> Menurut kenyataan Syeikh Muhammad al-Ghazali,, Ayahandanya menamakan beliau dgn al-Ghazali agar beliau benar2 menjadi seorang alim pada masa akan datang.jikalau tidak setanding dengan Imam al-Ghazali pun,,sekurang-kurangnya akan mencontohi ulama' besar itu..bapanya merupakan seorang pencinta ilmu yang sangat mengkagumi Hujjatul Islam Imam Ghazali..


>> Antara kata-kata beliau yang menarik perhatian dan mendorong semangat  :

" Hatiku sangat pilu ketika mengetahui bahawa nyawa orang-orang Islam adalah nyawa yang paling murah di atas bumi ini. Orang2 Majusi,Yahudi,Kristian, penyembah berhala, etheis( golongan yang anti Islam) & para penguasa muslim.. semuanya dengan begitu mudah membunuh org2 Islam..Wpun org2 yang berjuang membela Islam dalam keadaan sangat sulit dan rumit,,semangat juang harus tegar untuk membela org2 yang di zalimi dan org2 yang lemah..kita harus memberi semangat kepada mereka sehingga mendapat hasil yang di cita-citakan.. dalam keadaan apa pun, dakwah Islam harus tetap di lakukan,,benderanya harus tetap di kibarkan ,,hidayahnya harus tetap terpancar dengan jelas,, kebenarannya harus di tampilkan,, bukti2 kebenarannya harus di munculkandan rintangan2 yang menghalang harus di singkirkan.."



>> Beliau telah meninggal dunia pada usia 79 tahun di Riyadh pada 9 Mac 1996 selepas di serang sakit jantung. Beliau telah dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah al-Munawarah berdekatan dengan makam anak Nabi Muhammad, Ibrahim dan Malik bin Anas iaitu lebih kurang 15 meter dari masjid al-Nabawi. Jenazahnya telah disembahyangkan oleh Huzayfi di Masjid al-Nabawi. Allah telah memuliakannya sehingga beliau dimakamkan berhampiran makam Nabi Muhammad s.a.w sehingga penggali kubur bertanya siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia ini yang begitu dekat dengan Masjid Rasulullah s.a.w lalu mereka memberitahu orangnya ialah Muhammad al-Ghazali...semoga khazanah2 yang beliau tinggalkan dapat memberi manfaat pada semua..dan semoga rohnya di cucuri rahmat Allah hingga hari akhirat..insyaALLAH..


Sunday, January 17, 2010

~ Renung-renungkanlah...~


        Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..semoga sentiasa berada di bawah rahmat dan naungan dari ALLAH swt..insyaALLAH. post kali ni aq nak share something ngan kalian semua..xkiralah kalian dah tahu atau belum yang pasti aq nak taip jugak kat blog aq ni...subhanallah,walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar... baru2 ni bumi kita mengalami kejadian alam yang cukup membuatkan kita berasa kerdil dan insaf di sisi ALLAH,, iaitu dengan kejadian gerhana matahari yang telah berlaku pada 15 januari 2010 bersamaan pada hari Jumaat. itulah antara kebesaran dan kekuasaan ALLAH swt. perasan x?? tahun ni (2010),,banyak kejadian yang menunjukkan tanda2 kecil kiamat?? sebelum berlakunya gerhana matahari, gerhana bulan juga telah berlaku sebelum itu iaitu pada awal bulan januari (1 januari 2010) yang juga berlaku pada hari Jumaat..2 gerhana yang berlaku jatuh pada hari JUMAAT!! dan hari KIAMAT juga AKAN BERLAKU pada hari JUMAAT!! adakah ini suratan atau kebetulan??inilah dia kebesaran,,perancangan,, serta qada' dan qadar ALLAH swt...selain itu,, banyak juga berlakunya gempa bumi di sana-sini,,pergaduhan,,huru-hara dsb....yang juga merupakan antara tanda2 dekatnya kita dengan hari kiamat.. subhanallah..marilah kita sama2 mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa2 yang berlaku di sekeliling kita...renung2kanlah..


salah sebuah istana yang runtuh akibat gempa bumi.. di Haiti..




_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, January 14, 2010

ANDA PEMINAT DEWA 19??




Tiba2 terengat r plak dgn 1 grup dr indon ni..dewa 19..dulu mase aq "muda2" dulu pernah gak dgr lagu diorg ni laskar cinta,..best gak bila dgr (tp 2 dulu r..skunk no more..) lagu2 diorg nie mmg famous r kat corong2 radio, tv, magazine pun ada gambar diorg gak..bleh dikatakan grup diorg mndapat tempat kat Malaysia.. aq xkisah r diorg nk nyanyi pun..dh mmg bakat diorg dlm bidg nyanyian..tapi apa yg aq bimbgkan adalah pengaruh yg diorg bawa..iaitu YAHUDI.. mmg r lagu2 diorg sedap2 belake tapi kita xsedar rupa2nya kita sokong diorg..sokong dgn cara beli kaset, g konsert, undi lagu2 diorg dsb.. ini secara xlngsung akan mnyebbkan diorg ni semakin berani utk bertapak dlm industri muzik..klu diorg dh bertapak,,mcm2 diorg bleh bwat..slh stunya dgn menyebarkan pengaruh yahudi yg ada kat diorg kpada anak2 muda..bila tgk ank2 muda pada zmn skunk mmg amat mmbimbagkan..dgn pergaulan bebas tanpa sempadan,jenayah,dsb..xdpt nk bygkan generasi akan dtg macmne..nauzubillahiminzalikh.. 

'Ya Robbi,jauhkanlah diriku serta generasi2ku dari terjebak dgn kemungkaran.."-ameen

** kat bawah ni ada sdikit info pasal diorg ni..bnda ni dah lama, just nk remindkan je..manusiakan pelupa..insan dalam bahasa Arab,,(bhasa Melayu bermaksud lupa..) apa yg baik kita ambil,,dan tinggalkanlah perkara yg kurang baik..wallahua'lam.. 

** boleh gak tgk website ni utk mklmt yg lebih detail pasal dewa 19 yg sape2 sokmo putar lagu2 diorg ni.. kena tau gak sejarah diorg.. 

http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/01/09/dewa-19-agen-yahudi/

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/11/konspirasi-dunia-dewa-19.html
 

Membongkar sebuah Kebohongan & Kemungkaran: 

Sepertinya kes "Dewa" pada acara show Eklusif "Laskar Cinta" di Trans TV minggu 10 April 2005 pukul 20.00 - 22.00 WIB agak luput dari perhatian media dan masyarakat, padahal kalau disemak lagi sebetulnya kes ini cukup serius yakni : 

1) Dihadapan puluhan juta penonton muslim di negeri ini, Ahmad Dani berkalung bendera Israel, dan mempertontonkannya sambil menyanyikan lagu lagu album "laskar cinta" dan 

2) kes ini menjadi lebih serius lagi ketika mereka group Dewa menyanyi diatas karpet berlambang cover album "laskar cinta" yang berlogo Lafdhul Jalalah (Allah). 

** Pesta kemungkaran tersebut berlangsung terus sampai akhirnya ada seorang pengacara TV menelefon TransTV, beliaulah ust. Wahfiuddin. Ibarat pepatah "kura kura dalam perahu" - Pura Pura tidak tahu,, pada kesempatan berikutnya pihak TransTV mempertemukan ust. Wahfiuddin dengan group Dewa. AKan tetapi terlepas apapun hasil pertemuan tersbut, kes ini bukan lagi kes pribadi antara group Dewa vs ust. Wahfiuddin atau kebebasan berekspresi, akan tetapi sudah melukai nilai agama, norma, etika dan hukum negara ini. 


Berikut ini kami postingkan tanggapan atas kes tersebut serta temuan yang membuktikan penjelasan Ahmad Dhani adalah BOHONG...wallahua'lam.. - sumber bernama..






    
DEWA 19--- AGEN YAHUDI--

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce