728 x 90Advanced Acne Treatment

Saturday, November 28, 2009



..++ The Hunter Story ++..


1 hari aku berjalan..keseorangan..di waktu malam..
 tatkala penghuni asrama yang lain sedang enak di buai mimpi..
Aku memulakan langkahku…
Menyelusuri satu denai,,yang ku gelar jalan sufi..
Di belakang sebuah blok tempat ku menuntut ilmu..
laluan itu sunyi,gelap,berlopak sana sini..
tiada lampu yang menerangi laluanku itu,, hanya mengharapkan bulan yang menerangi segala kegelapan..


pada mulanya aku takut utk melalui laluan itu..
banyak perkara yang bermain di fikiran..
namun dgn hati yang masih gundah gulana,,aku tetap teruskan pengembaraanku..
terkumat-kamit mulutku membaca ayat2 pelindung diri..


krekkkkk…
masyaALLAH..bunyi apakah itu??
tiba2 aku terdengar seperti bunyi kerusi di tarik.. aku lihat bangunan di blok itu gelap.. tiada cahaya pun..
fikiranku mula membayangkan sesuatu,,namunku gagahkan diri utk teruskan langkah..
hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaanku ketika e2..
tidak sanggup utk aku pusing ke belakang..ataupun berpatah balik
biarlah apa nak jadi,,jadilah.. aku redha YA ALLAH..
nak patah balik,,aku dah separuh jalan ni..
baik ku teruskan,,bisik hatiku..
bunyi itu semakin kuat.. YA ALLAH lindungilah hambamu ini..
 mulutku tidak henti2 membaca ayat2 penenang hati..
langkahku semakin laju.. aku tawakkal padaMU YA RABBI..
Alhamdulillah sampai juga aku ke destinasi yang di tuju..


nilah jadinya..nak cabar diri sendiri.. kan dah kena..
mulalah aku bermonolog sendirian..
tapi aku tahu,,aku tidak keseorangan..
inilah jalan yang aku pilih..
walaupun di seberang sana terdapat jalan tar yang lurus..
tapi aku rasakan inilah masanya utk aku menguji diriku iaitu dgn melalui jalan sufi ini..
dan ternyata inilah jalan yang ku cari selama ini..
aku lebih tenang melalui jalan ini..
saban waktu,,tak kira pagi, petang mahupun malam aku melalui laluan ini..


sehinggakan apabila ada sahabatku bertanya,,
kita nak lalu jalan mana nie??
Dgn pantas aku menjawab..
Tuu..aku menunjuk laluan sufi yang gelap itu..
Sahabatku berkeras ingin melalui jalan tar yang telah sedia ada..
Lebih selamat,,kalau terjadi apa2 orang nampak dan boleh tolong,,katanya..
Tapi aku degil..aku nak jugak melalui jalan sufi itu..
Aku katakan padanya,,ramai sangat orang,, tgk tu motor,, kereta ke hulu hilir…
 bingit telinga ni..
Akhirnya sahabatku itu mengalah..
Yahuu..senang hatiku,,kerana dapat mengajak sahabatku melalui jalan  sufi itu..


Alhamdulillah sepanjang melalui laluan itu,,
tiada bunyi2an aneh seperti yang pernah aku dgr..
Kenapa enti suka jalan nie..
Kan bahaya..tgk tu katak banyak,,serangga sana sini..
Kalau kena gigit serangga kan susah..
Ada jalan lurus tak nak,,nak jugak ikut jalan nie..
Aku tersenyum..
Sahabatku pelik..
Ana lebih tenang lalu jalan ini berbanding jalan lurus sana tuu..e2 jawapan yang ku beri..
Sahabatku kerutkan dahi..tanda tak puas hati la tuu..


Sahabatku..
Apa yang enti rasa bila lalu jalan nie..aku pulak yang bertanya padanya..
Ishh..banyak serangga la..berpasir pulak tu habis sandal baru ana..hu3
Ni baru sikit sahabatku..
Perasan tak sepanjang kita berjalan ni banyak sangat benda yang kita tak suka rumput yg pnjang,serangga,katak dan macam2 lagi..
tapi kita mesti harungi juga.. sebab kita dah pilih utk ikut jalan ni tadi,,takkan nak patah balik kot.. tggal bape langkah je ni nak sampai blok sana..


macam tu jgk dgn perjuangan menegakkan agama ALLAH..
Banyak sungguh rintangan dan halangan yang mesti kita lalui utk mencapai target kita tu..
Kalau kita ikut jalan yang lurus tadi tu.. kemungkinan kita tak perlu lagi bersusah payah macam ni..
Tapi hakikatnya dalam menyebarkan risalah2 peninggalan para anbiya ni,tdak dapat tidak kita pasti akan melalui jalan yang penuh dengan duri..
Ya memang menyakitkan..dan menguji kesabaran..
Bukan mudah untuk menegakkan ISLAM..


Kenapa enti katakan tenang bila lalu jalan nie?? Musykil r.. tak rasa papepun..sakit ada r..
ni haa semut gigit…
Alhamdulillah sahabatku,, kita dah sampai ni..
Jawapan persoalan enti tadi tu ada pada enti sendiri.. kalau nak tahu,, enti kena rasai sendiri manisnya lalu jalan ini..
Jom cepat! kita dah lambat ni..


-the end-






Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce