728 x 90Advanced Acne Treatment

Thursday, April 22, 2010

~ ke SYURGA dengan hatinya ~


ALKISAH,CERITANYA BEGINI.......
     Pada suatu hari,Rasulullah saw sedang duduk bersama beberapa orang sahabat baginda,,tiba-tiba datang seorang sahabat lain daripada golongan Ansar. Dari celah-celah janggutnya menitis air wuduk..sebelum sahabat itu mendekati,,Rasulullah saw bersabda, "seorang dari calon penghuni syurga telah datang ke majlis kalian". Mereka sungguh ta'ajub & hairan apabila mendengar ucapan Rasulullah saw. Abdullah bin Amir,,salah seorang sahabat yang lain segera ingin tahu apakah amal ibadat orang itu sehingga Rasulullah saw mengatakan bahawa beliau merupakan penghuni syurga..Abdullah bin Amir meminta izin untuk menginap di rumah sahabat itu selama  3 hari 3 malam..

     Semasa dia tinggal di rumah sahabat itu,,dia perhatikan setiap tindakan sahabat itu. Apabila tiba separuh akhir daripada malam,,Abdullah pun bangun untuk menyaksikan sama ada sahabat itu bertahajjud & berzikir. Ternyata sahabat itu tetap lena sehingga subuh.Menjelang pagi pula,dia menyaksikan sahabat itu tidak berpuasa seperti Nabi Muhammad saw yang berpuasa Isnin & Khamis. Sahabat itu juga bekerja seperti orang lain. Apabila berakhirnya 3 hari 3 malam,,Abdullah bin Amir tidak menemukan sebarang amal ibadat sahabat itu yang boleh di pandang istimewa,,bahkan tidak melebihi amal ibadat sahabat Rasulullah saw yang lain.

     Pada hari ketiga,,Abdullah bin Amir ingin meninggalkan rumah sahabat itu dan sebelum melangkah keluar dari rumah itu, dia pun bertanya kepada sahabat itu , " apakah amal iabadat yang saudara lakukan sehingga Rasulullah saw mengatakan demikian?". Sahabat itu pun menjawab, " Saya tidak mempunyai amal ibadat selain daripada apa yang telah saudara saksikan selama 3 hari 3 malam itu. Saya dirikan solat seperti orang lain solat. Saya mentaati semua perintah Allah & Rasul-Nya sepertimana saudara dan sahabat yang lain lakukan..namun saya tidak pernah berasa dengki kepada orang yang mendapat kurnia dari Allah SWT. Setiap malam saya tidur dengan hati yang tiada perasaan benci kepada sesiapa pun".

     Maka,,apa yang dapat di simpulkan daripada cerita menarik di atas menunjukkan kepada kita bahawasanya kebersihan & keikhlasan hati serta ketulusan jiwa menjadi syarat utama dalam semua amal ibadat.. Ali bin Abi Talib juga pernah berkata & menasihatkan bahawa apa yang muhim ( penting ) dalam beribadat itu bukan banyaknya...tetapi amalannya yang di lakukan secara terus-menerus biarpun sedikit...wallahua'lam..

*sumber dari buku Kisah Nur & Teladan Buat Perindu SYURGA ~ 
 and 2 be continued with others story >> INSYAALLAH ~



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce