728 x 90Advanced Acne Treatment

Saturday, July 3, 2010

~++ Apa Sumbangan Muslimah Kepada Ummah ++


>> Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…Alhamdulillah, segala puji-pujian d tujukan buat Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. salawat dan salam di tujukan khas buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam..hamba Allah yang di angkat menjadi kekasih Rabb-NYA,, mendapat jaminan syurga..merupakan utusan yang di pilih oleh Allah agar dapat menyampaikan risalah-risalah kebenaran-NYA kepada segenap alam dan seantero dunia..,, seorang hamba Allah yang menjadi qudwah atau ikutan buat hamba-hamba-NYA yang lain di muka bumi ini,, juga merupakan hamba Allah yang baik serta luhur pekertinya yang mana jika sesiapa membaca mengenai kisah-kisah baginda pasti terpikat dengan akhlaknya..sungguh,, tiada siapa yang boleh menandingi baginda dari segala aspek...Subhanallah.. seterusnya kepada pembaca sekalian yang sudi men’klik’ this blog and read the post in this page.. syukran.. mudah-mudahan dengan membaca dapat meningkatkan lagi IQ kita semua..yang mana jika kita amati,, banyak kelebihan yang boleh kita perolah daripada membaca ni.. bacalah walaupun sedikit… J sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Alaq yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)
>> Iqra’…… bacalah…Menggeletarlah seluruh tubuh Nabi Muhammad SAW sewaktu sedang beribadat di dalam Gua Hira itu. Dan pada ketika itulah, Nabi Muhammad SAW yang tidak pandai menulis dan membaca itu menerima wahyunya yang pertama daripada Allah SWT…subhanallah..


Iqra'………
Iqra'………
Iqra'………


Bacalah…..
Bacalah…..
Bacalah……
Baiklah kepada pembaca sekalian ,, jom teruskan bacaan anda…
>> secara ghalib atau kebiasaannya, kita sering mendengar atau membaca mengenai kisah-kisah kaum wanita yang di tindas ataupun ayat yang paling mudah di fahami.. di perlakukan dengan tidak baik..oleh para suami mereka,,di dera, di sepak terajang, di simbah asid, dan lebih parah di gadai maruah serta kehormatan kepada orang lain demi kepentingan diri sendiri.. nauzubillahminzalikh..tergamak sungguh mereka perlakukan hamba Allah yang bergelar perempuan,wanita, hawa, muslimat yang di cipta oleh Allah swt dari tulang rusuk mereka sendiri.. bukanlah di lahirkan untuk di sakiti,, di pukul ataupun di aniaya..akan tetapi berada dekat di hati untuk di lindungi, di bimbing, di didik serta di sayangi.. kerana kaum wanita,perempuan, hawa, muslimat adalah hamba Allah yang lemah yang memerlukan sokongan serta perlindungan dari kaum yang bergelar lelaki, adam , muslimin..banyak! terlalu banyak kisah-kisah suka duka kaum wanita atau kaum hawa ini..sedih jika kita mendengar luahan-luahan hati mereka… tahukah kalian, bahawasanya banyak peranan yang di mainkan oleh kaum wanita, hawa, perempuan,muslimat dalam kehidupan kita semua.. kaum inilah yang menjadi tulang belakang ataupun pembantu bagi kaum yang bernama lelaki, muslimin @ kaum adam..tidak kira dalam aktiviti apapun,, kedua-duanya saling memerlukan.. na’am memang kita secara fitrahnya di lahirkan tidak sempurna.. setiap hamba Allah yang lahir di muka bumi ini punya kekurangan dan kelebihan tersendiri yang di kurniakan oleh Allah swt dalam aspek yang pelbagai dan berbeza-beza.. setiap sesuatu yang di cipta oleh Allah swt mempunyai pasangannya yang tersendiri..ianya saling lengkap- melengkapi antara satu sama lain…malam pasangannya siang, tidur pasangannya jaga/sedar, langit pasangannya bumi, begitu juga halnya dengan lelaki .. pasangannya sudah tentu perempuan.. barulah seimbang hidup.. cuba kita imagine sekejap,, seandainya seorang lelaki berpasangan dengan kaum sejenisnya yang telah bertukar jantina sudah pasti ada yang tidak kena atau tidak lengkap dalam perjalanan hidup mereka..nah! sudah terbukti bahawasanya penciptaan Allah swt ke atas makhluk-makhluk-NYA mempunyai hikmah-NYA yang tersendiri..janganlah kita sesuka hati tanpa rasa bersalah buat kepala sendiri dengan mengubah segala penciptaan-NYA yang sudah di tetapkan secara azali… jom teruskan lagi membaca..usah jemu membaca..kalian juga yang akan peroleh faedahnya.. J
Baiklah..Post di bawah ni bersumberkan dari : http://sinaronline.tripod.com/Edisi3/Muslimah.htmJom baca… ini sebagai tambahan… mudah-mudahan ianya beri manfaat kepada semua.. insyaAllah..

“ Tangan yang menghayun buaian, Bisa menggegar pelosok dunia , Di gegar oleh sebuah umat, Diasaskan oleh keluarga bahagia..”

>> # Di atas merupakan serangkap lirik dari lagu nasyid yang bertajuk `Keluarga cemerlang umat gemilang' dendangan kumpulan Syahdu. Di dalam rangkap lagu itu, di sebut betapa pentingnya peranan yang di mainkan oleh kaum hawa sehingga mampu menggoncangkan dunia (Mesti ramai yang dah tahu apa yang di maksudkan dengan `phrase' tersebut). Siapa sangka di sebalik insan yang di anggap lemah.. Lihatlah contoh muslimah teladan, Sayidatina Asma' binti Abu Bakar, seorang yang berjaya mendidik anaknya Sayidina Abdullah Ibn Zubair menjadi seorang yang berkeperibadian tinggi dan hanya takutkan Allah SWT. Kita lihat pula peranan yang dimainkan oleh Sayidatina Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah yang mempunyai peribadi yang unggul hasil asuhan dan didikan ibunya, Ummul Mukminin Sayidatina Khadijah binti Khuwailid.

>> Contoh-contoh di atas telah memperlihatkan dengan jelasnya sumbangan muslimah. Walau bagaimanapun ianya tidak hanya terhad di dalam rumahtangga sahaja. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa tugas amar ma'ruf nahi munkar juga merupakan antara kewajipan setiap manusia. Ini telah dijelaskan oleh Allah swt dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran yang mafhumnya seperti berikut :

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian dari mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mereka taat kepada Allah SWT dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana. (At-Taubah:71)

>> Begitu ramai yang beranggapan bahawa tugas berdakwah ini sebagai tugas orang-orang yang tertentu sahaja seperti ustaz-ustaz dan ulama', padahal semua manusia ialah seorang daei'/daei'ah. Marilah kita menteladani wanita-wanita solehah yang menyumbangkan bakti dalam menegakkan Islam. Seperti kata-kata Sayidatina Asma' Abu Bakar, "Bagiku tidak ada masalah untuk mengotorkan kaki dengan debu-debu, demi perjuangan fi sabilillah". Gelanggang muslimah bukan hanya bertumpu di rumah tetapi turut merangkumi tugas menaikkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jangan disebabkan oleh kesibukan dengan keluarga, di tinggalkan pula tugas ini. Puteri Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ini telahpun membuktikan bahawa muslimah perlu dan mampu turut sama berganding bahu dengan para muslimin dalam menjalankan da'wah. Di kala dunia di gegarkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimun di Mesir yang amat aktif memperjuangkan Islam pada awal tahun 1920-an, kaum muslimat juga tidak ketinggalan memikul tanggungjawab tersebut apabila Zainab Al-Ghazali, ketua yang menerajui gerakan muslimat memberikan baia'h (oath) kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, presiden Ikhwanul Muslimun. Mereka turut sama merasai kesusahan dan kekejaman rejim Mesir yang begitu `aktif' memburu dan membunuh para ikhwan.

>> Pengalaman yang di rasai oleh Zainab Al-Ghazali adalah pengalaman muslimah sejati bukan pendokong Women's Lib atau persatuan wanita yang tidak tunduk kepada garis-garis syara', bukan juga Miss World atau Ratu Cantik yang memperagakan keindahan tubuhnya tetapi mereka adalah wanita Islam yang mengadakan isi Bai'a Annisa' iaitu perjanjian wanita dengan Rasulullah seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:

“  Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya ,tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan da kaki mereka dan tidak akan menderhakakan dalam sesuatu urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonlah keampunan Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [ Al-Mumtahinah:12]

>> Tidak perlulah kita mengagungkan atau mengikut fahaman gerakan Women's Lib yang kononnya ingin memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dengan perempuan seperti yang telah ditunjukkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam di Malaysia. Kumpulan sebegini bukan sahaja berpotensi merosakkan aqidah kaum muslimah, malah dengan lantang sekali menafsir ayat Al-Quran mengikut kehendak mereka. Sila lihat Berita Harian yang bertarikh 5 Ogos 1997 yang memuatkan komen mereka mengenai isu aurat wanita. Terlalu banyak sumbangan yang boleh di berikan oleh muslimah dalam menjamin kekuatan ummah. Seperti kata Hukama', Wanita adalah ibarat tiang negara, apabila sejahtera wanita, maka sejahteralah negara dan apabila rosaknya wanita maka akan pincanglah Negara… Oleh itu, marilah kita bersama-sama turut berganding bahu, berjuang bersama-sama dalam menegakkan sebuah keluarga, masyarakat negara dan ummah yang cemerlang… #

>> Subhanallah… begitu besar peranan yang di mainkan oleh kaum wanita,perempuan,muslimat, hawa dan seumpama dengannya..kepada sebuah keluarga, masyarakat , negara seterusnya kepada ummah.. masyaAllah..marilah kita sama-sama  mengambil iktibar daripada kisah-kisah kaum muslimat yang terdahulu,,yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW, mujahidah-mujahidah ISLAM yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan ISLAM demi-NYA.. mudah-mudahan ianya dapat menjadi pembakar semangat dan dorongan bagi kita semua yang bergelar muslimat untuk sama-sama menjalankan amanah yang di berikan oleh Allah swt.. seterusnya berusaha untuk meneladani mereka sedikit demi sedikit..insyaAllah.. wallahua'lam..


Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce