728 x 90Advanced Acne Treatment

Wednesday, December 1, 2010

~ jiwa Pemimpin ISLAM ~


ASSALAMUALAIKUM.......SILAKAN MEMBACA >> 

>> sedang membelek-belek kertas yang di fotostat,,lantas hati sangat tertarik dengan bacaan mengenai kepimpinan Islam,, jiwa-jiwa para pemimpin ISLAM....zuhud sikapnya,,tegas pendiriannya,,merendah diri dan pelbagai lagi sifat-sifat yang suci lagi murni.. persis RASULULLAH SALLALLAHUALAIHI WASSALAM.. mudah-mudahan kita semua dapat mencontohinya ~

>> antara kata-kata menarik yang di ungkapkan oleh pemimpin-pemimpin ISLAM yang kental IMANnya,, sufi serta tawadduk dalam perjalanan hidupnya ini antaranya :

~ ketikamana ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan gementar, Rasulullah saw bersabda kepadanya : "Tenangkan dirimu. kerana sesungguhnya aku bukan seorang raja, namun aku hanyalah seorang anak perempuan yang biasa memakan dendeng (daging kering )." 

~ Ibnu 'Asakir meriwayatkan dari Nu'man bin Basyir bahawa Umar bin al-Khattab r.a berkata dalam sebuah majlis yang di kelilingi oleh kaum muhajirin dan Ansar . "Apa yang akan kalian lakukan jika kalian melihat aku memudahkan ( memandang enteng ) beberapa urusan ?" mereka terdiam, lalu Umar mengatakan perkataan itu dua atau tiga kali. Akhirnya Basyir bin Sa'ad berkata : "Jika engkau lakukan hal itu, maka akan kami luruskan seperti meluruskan anak panah". Lalu Umar berkata : "Jadi kalianlah yang benar...... kalianlah yang benar........ ".

>> lihatlah,, ini baru sahaja dua contoh yang penulis bawakan untuk kalian...banyak lagi kata-kata emas yang amat menarik keluar dari hati yang suci para pemimpin berjiwa sufi ini lebih-lebih lagi apa yang di tonjolkan oleh junjungan besar Nabi muhammad sallallahu alaihi wassalam.... memang benarlah baginda adalah contoh teladan mahupun role model yang terbaik dalam kalangan umat manusia ciptaan-Nya.... Allahuakbar ~

>>cuba kita relatekan dengan diri kita..ada atau tidak ciri-ciri seorang pemimpin sebegini dalam diri kita... sebab apa penulis katakan begini? sebabnya kita semua adalah PEMIMPIN.. sesetengah orang mungkin akan terfikir bahawa takrif PEMIMPIN adalah khusus bagi mereka yang punya pangkat,,ataupun mereka yang mempunyai kuasa...tidak...bukan sebegitu yang penulis maksudkan... semua dari kita adalah PEMIMPIN..sekalipun kita tidak memimpin orang lain atau memimpin orang di bawah penguasaan kita,,tetapi SETIAP daripada kita ini adalah PEMIMPIN kepada dirinya sendiri..

>> kata bijak pandai >> " Barangsiapa mampu memimpin dirinya,,maka dia juga mampu memimpin orang lain. " 

>>pimpinlah diri kita ke arah yang betul agar  nanti kita juga mampu dan dapat memimpin orang di sekeliling kita ke arah kebenaran..lebih-lebih lagi menuju keredhaan-NYA..tiadalah indah hidup di dunia ini hatta kita di limpahi kekayaan yang melimpah ruah, keseronokan duniawi yang berpanjangan,,kebangaan pada rupa paras yang menawan,kacak.. tapi hakikatnya hatinya kosong, kontang serta tandus dengan siraman nur ilahi... nauzubillahiminzalikh ~ mintalah perlindungan agar kita tidak tergolong dalam kalangan ini..

~ Rasulullah sallallahualaihi wassalam bersabda : "Orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan dia beramal untuk hari selepas kematiannya. Sedangkan orang yang lemah (rugi ) pula ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya sambil menyandarkan (pelbagai impian ) daripada Allah". (Hadis Riwayat al-Tarmidzi)

>> di antara musuh yang paling dekat dalam diri kita adalah nafsu kita sendiri.. nafsu kadangkala mengajak kita ke arah kebaikan, kadangkala juga mengajak kita ke arah menjahanamkan diri sendiri.. berwaspadalah.. perlunya mujahadah dalam diri setiap individu Muslim..nafsu memang sukakan pada perkara keseronokan..tolaklah dengan IMANmu.. semoga kita menjadi raja kepada Nafsu..bukannya hamba kepada nafsu..dengan itu kita akan mampu memipin diri kita ke arah kebaikan.. seterusnya menuju toriq redha ilahi..insyaAllah ~
" lakukanlah apa-apa perkara yang Allah swt sukai dan bukan apa yang kita sukai" 

>> p/s : kdgkala kita sering tertewas dengan bisikan-bisikan yang mengajak kita melalui ''lorong-lorong gelap'' walhal kita tahu perkara itu salah,, melanggar syariat.. seteguh manakah iman kita..mampukah kita memimpin orang lain walhal dalam masa yang sama kita tidak mampu memimpin diri sendiri.. " islah nafsaka wa islah ghairuka.. perbaikilah diri kamu dan perbaikilah diri orang lain.. ".. kadangkala hati juga perlu di ketuk dengan  "percikan air " peringatan,,nasihat,, inzar... agar tidak leka dan tidak sewenang-wenangkan mempersiakan hidup di dunia yang semakin fana' ini..renung-renungkanlah.. nasihat & peringatan untuk penulis juga.. terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan yang sering  dan tidak putus-putus menegur khilaf dan silapku..tidaklah di namakan manusia jika dia seorang yang kamil (sempurna) .. aku juga hamba seperti kalian.. cawan yang mahal, cantik  serta di simpan di dalam kaca yang berkunci tidak akan terhasil dengan sendirinya melainkan jika ada orang yang sanggup mengambil, mengetuk, membentuknya mengikut acuan,,memanaskan, mewarnakannya,, mengilat permukaannya dengan sabar dan teliti sehinggalah cawan tersebut menjadi cawan yang benar-benar berkilau dan amat berharga dari yang lain... ~wallahua'lam~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce