KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan muhrim yang berbual berduaan
biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat
kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka
melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi
Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu
meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak
disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
>> Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan
muhrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya
dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet,
seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya
merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan
ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan,
manusia itu akan menjadi rosak,”katanya ketika dihubungi, semalam.
>>Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan
sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan
perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak,
sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan
hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.
>>Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata,
kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan
sekadar untuk berseronok.
“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya
akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah
gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.
p/s : agak2nya kita pernah buat x..........
think 4 a while........
setiap detik itu tarbiyyah......
tarbiyyah utk orang lain = tarbiyyah utk diri kita......
setiap hambaNya tiada yang sempurna.....
usahlah angkuh sehingga tidak mahu meminta pada-Nya...
bukanlah di lihat pada rupamu yang menarik mahupun sebaliknya...
bukan juga di lihat pada baju yang di sarung di tubuhmu...
bukan juga pada kenderaan yang engkau naiki....
akan tetapi dilihat pada benda yang tidak bisa di lihat dengan mata kasar...
iaitu hati & apa yang ada dalam hati..........
hati-hatilah dalam menjaga hati...
kerana boleh jadi hati itu membawa diri yang hina terus menjadi dina...
mungkin juga hati itu bisa membawa pemiliknya terlebih-lebih cintakan dunia...
lantas melupakan yang DI SANA....
hati ini juga jika di biarkan kosong dan sepi bisa membuatkan,,
orang yang waras menjadi tidak siuman........
carilah hatimu... di mana kau letakkannya..
jika masih tidak ketemu....
pintalah agar di berikan hati yang baru...
bersih dari segala dosa dan noda..
kembali kepada Tuhannya dalam keadaan fitrah...
alangkah indahnya saat itu jika hati seumpama itu menjadi milikku...
usah kotori hati yang satu...
kerana kelak kita akan kembali menghadap Tuhan Yang Maha Agung...
.......UniSZA , kampus KUSZA, kuala terengganu.......