Sunday, March 21, 2010


:: DUNIA TEMPAT PERSINGGAHAN ::


Dunia hanyalah sebagai tempat persinggahan..
dunia adalah tempat bermacam nikmat di berikan kepada setiap hambaNYA..
dunia tempat kita sepatutnya "bercucuk tanam" dengan pelbagai amal ibadah dan amal2 soleh..
agar nanti kita dapat mengutip hasilnya di SANA dengan gembira..
dunia juga ibarat "pentas lakonan"..
ramai pelakon,,lelaki,,perempuan,,anak kecil,,org tua,,dewasa,,remaja,, dll...
dan banyak juga karekter , tingkah laku bagi setiap pelakon tersebut..
jika lakonannya baik,,maka baiklah penerimaan org yang melihat lakonannya e2..
jika buruk lakonannya,, maka buruklah yang akan di terima...

begitulah kita........
hamba ALLAH...
di atas muka bumi milik ALLAH ini kita mencari rezeki,,ilmu,, dll..
di sini jugalah kita beribadah..
namun sejauh manakah kesempurnaan solat kita..
sudah puashati kah dengan segala amal yang kita lakukan..
sebanyak mana...
kita masih di kaburi dengan nikmat dunia yang hanya sementara..
HARTA,,WANITA,,TAKHTA & ...........

kita lupa.....
suatu hari nanti kita akan tinggalkan semuanya..
apa yang akan kita bawa nanti??
cukupkah amalan yang kita lakukan selama ini??
ingatkah kita pada sejarah Rasulullah saw..
di mana Nabi Muhammad s.a.w telah beribadat sehingga bengkak kakinya..
walhal Rasulullah adalah kekasih ALLAH..
utusan ALLAH yang hampir denganNYA..
tetapi masih melakukan amal ibadat..
walaupun syurga sudah menjadi hak ke atas baginda..
namun jawapan baginda : salahkah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur??
tapi kita..........

"ah cukuplah aku solat.."
"kira ok la aku solat,,daripada tak solat langsung...."
"aduh..solat lagi...malasnya......"
"malasnya nak bangun subuh...."
"ahhh..tidur lagi sedapp...."

inilah kita....itu baru bab ibadah..
bagaimana pula dengan bab-bab yang lain..
muamalat,,pakaian,,pemakanan,,akhlak,,keluarga,, politik,, pendidikan,, ekonomi,, hukum hakam,, pensabitan hukuman ke atas pesalah.......dll.....
adakah selama ini kita berada di landasan yang betul..
adakah selama ini kita mengikut cara hidup ISLAM??
kembalilah kepada ISLAM...nescaya hidupmu akan bahagia..

tapi jawapan yang di terima....
"ahh..kolotlah semua ni.."
"hellooo...sekarang zaman teknologi okeyy..."
"al-Quran sesuai zaman Nabi je.."
"eh,,buat ape nak tutup aurat,,up 2 date la cket.."
" x ikut fesyen langsung.."
"buat ni salah...xbuat ni salah...semua salah.."
"payahlah ISLAM ni......."

tahukah kalian semua..
bahawasanya al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w lah pegangan kita yang sebenarnya...
bukannya pada logik akal kita yang cetek ini yang menjadi pegangan kita...
sehingga berani mencabar hukum-hakam yang terdapat di dalamnya..
 YA ALLAH.terlalu banyak kesalahan-kesalahan kami...
kami tidak mengikut petunjuk-MU YA ALLAH...
walhal kami percaya bahawa kami akan kembali kepadaMU pada suatu hari nanti...
suatu hari yang PASTI akan terjadi..
hanya waktu yang KAU sembunyikan...
fastabiqulkahirat...
marilah kita sama-sama dan berlumba-lumba mengejar akhirat...
tempat yang abadi.......
dan hanya kepada-MU YA ALLAH kami kembali.....



Friday, March 19, 2010

~Kuali Tetap Kuali~

Kuali itu diletakkan di mana pun dan di dalam keadaan apa pun,
Ia tetap kuali,
Kuali itu tetap hitam legam,
Beralih tempat dan suasana ia tidak akan mengubah hakikatnya,
Kuali tetap kuali Ia tidak akan jadi intan berlian,
Letak di dapur pun kuali,
Letak di serambi pun kuali,
Sekalipun diletakkan di pelamin,
Tempat yang indah dan mulia,
Ia tetap juga kuali,
Begitulah manusia, HAMBA Allah,
Di mana pun ia berada,
Di dalam suasana apa pun ia berada,
Ia tetap HAMBA,
Ia tidak akan tukar jadi makhluk lain,
HAMBA tetap hina,
HAMBA tetap lemah,
Mereka memerlukan pertolongan dan bantuan,
Kalau dia petani tetap juga HAMBA,
Jika dia guru tetap juga dia seorang HAMBA,
Walaupun dia seorang kaya ia tetap juga HAMBA yang hina,
Sekali pun dia raja, menteri dan orang besar,
Nama HAMBA tidak akan berubah,
Jika dia menteri ia adalah salah seorang orang besar HAMBA,
Orang kaya pun HAMBA yang kaya di kalangan HAMBA,
Tapi manusia HAMBA Allah itu sungguh pelik,
Bila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya,
mereka sudah berpelajaran berubah sikap dan bertukar watak hidupnya,
Dia rasa luar biasa, ego, sombong pun tiba,
Orang lain dipandang hina,
Inilah dia HAMBA yang tidak sedar diri,
hina tapi merasa mulia.

Sunday, March 7, 2010

!! FUTUR DALAM PERJUANGAN !!

Salam mahabbah lillahitaala..semoga kalian berada dalam keadaan sihat wal afiat dan di redhai oleh ALLAH dalam segala hal..insyaALLAH pada kali ini ana ingin berbicara sedikit mengenai futur dalam perjuangan.. ma makna futur?? apa yang di maksudkan dengan futur? futur (فطور) adalah kata jama' bagi feel fatrun (فَطْرٌ) yang bermaksud pecah, belah ataupun putus. Jadi, jika di kaitkan dengan tajuk entry kali ini dan bagi memudahkan kalian futur dalam perjuangan bererti terputus dari medan perjuangan..

Futur ini juga sering di kaitkan dengan perkara2 pasif mahupun negatif dan ianya merupakan salah satu penyakit dari beribu2 penyakit yang ada dalam perjuangan..perkara2 pasif mahupun negatif tersebut antaranya ialah bersikap  sambil lewa terhadap sesuatu perkara yang di amanahkan ataupun sambil lewa terhadap sebarang bentuk pekerjaan. selain itu perkara2 pasif yang kebiasaanya terjadi dalam kalangan orang yang bergiat dengan perjuangan ialah semangat yang sekejap naik dan sekejap turun..perlu di ketahui bahawasanya semangat kita tidak akan selalunya berada di atas..perkara ini adalah lumrah dan biasa terjadi. apabila kita di beri tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara, pada awalnya memanglah begitu bersemangat dan jangan terkejut andai pada suatu hari nanti kalian akan berasa letih serta tidak bersemangat untuk meneruskan kerja yang di amanhkan atau di berikan kepada kalian.

Futur ini juga umpama virus2 yang boleh menyebabkan kegagalan atau ia juga merupakan salah satu faktor yang memungkinkan untuk gagal dalam sesuatu perkara..ianya boleh mengancam sesiapa sahaja yang tidak berhati2 dan tidak bersedia dengan pelbagai 'peralatan' mahupun anti-virus bagi menghalangnya daripada merebak dalam diri kita.. 

Apakah faktor2 ataupun penyebab2 terjadinya futur ini?? terdapat beberapa faktor antaranya ialah keterlaluan dalam beribadah atau beragama..bersederhanalah janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu amalan sehinggakan tidak melakukan serta mengabaikan tanggungjawab yang perlu dan wajib untuk kita laksanakan..ada pepatah yang mengatakan : "ILMU I2 TIDAK JEMU..TETAPI KAMU YANG AKAN JEMU DENGAN ILMU.." faktor seterusnya yang boelh menyebabkan futur dalam perjuanagan ialah suka mengasingkan diri dengan sahabat2,,dan juga orang lain.. dalam perjuangan kita tidak boleh berseorangan,, dan jika kita berseorangan syaitan dengan mudahnya mempengaruhi akal fikiran kita untuk berfikir perkara yang bukan2 dan lintasan2 hati yang mengajak ke arah kejahatn..salah satunya lari dari medan perjuangan.. ingtlah dalam perjuangan juga kita saling memerlukan..sahabat adalah anugerah yang tidak ternilai yang di kurniakan kepada kita..indah dan manisnya berjuang bersama sahabat2 yang memahami,, sahabat2 yang sefikrah dengan kita,, sahabat2 yang lembut hatinya dalam memberikan teguran dan nasihat kepada kita,, sahabat2 yang memberikan kata2 semangat tatkala keresahan, kesedihan,, sahabat2 yang..........banyak sungguh anugerah di sebalik "sahabat"..hargailah sahabat..walaupun tidak bersua muka,,cukuplah dengan mendoakan kesejahteraannya..semoga ukhwah yang terbina lillahitaala berkekalan selamanya.. insyaALLAH..

Selain itu,, futur juga boleh berlaku jika seseorang e2 kurang mengingati mati dan yaumul akhirat ( hari akhirat)..innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lilllahirobbil alaminnn.. yang bermaksud,, sesunggunhyan solatku, ibadahku, hidup serta matiku hanyalah untuk ALLAH sekalian alam.. jika kita perhatikan pada "janji" ini yang sering kita baca dalam solat,, amat besar maknanya..hal ini demikian kerana ungkapan ini seolah2 kita berjanji kepada ALLAH bahawasanya kita melkukn solat, ibadah, kita hidup dan akan mati segala2nya kerana ALLAH..andaikata futur dalam perjunagan ini terjadi dalam diri seseorang,, dia perlu selidik kembali dirinya..apa tujuan dia hidup di muka bumi ini?? adakah dia di jadikan oleh ALLAH hanya sebagai boneka mahupun sia2 yang xpunya erti apa2??? perlu di koreksi kembali apa matlamat dan apa tjuan kita di jadikan di hidupkan serta di jadikan khalifah di muka bumi ALLAH yang terbentang luas ini..

firman ALLAH swt : "Dan kehidupan di dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui". ( surah al-ankabut : 64)

Selain itu,,faktor lain yang memungkinkan seseorang itu terjebak dalam futur ialah dia terjerumus dengan dosa2 kecil mahupun dosa2 besar..nauzubillahimin zalikh..sebagi orang yang membawa perjuangan serta penyambung rantai2 perjuangan Nabi Muhammad SAW..adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya kita terjebak dengan perkara2 yang boleh di hukumkan sebagai dosa kecil mahupun besar..tapi apakan daya kita.. kita hanyalah hamba ALLAH,,manusia biasa yang sering melakukan kesalahan smaada besar mahupun kecil tanpa kita sedar mahupun dalam keadaan "terjaga".. ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dengan perjuangan sekiranya diri kita tidak bersih dari virus2 kecil dan besar ini..memang tidak di nafikan orang yang bergiat dalam perjuangan kebiasaanya adalah dalam kalangan yang terkenal dengan ketinggian ilmunya,, kerperibadiannya yang mulia,, akhlak yang boleh di contohi,, individu yang dekat hatinya dengan rumah2 ALLAH dan sebagainya..tapi perlu di ingat bahawasanya gelombang kehidupan ini lebih bahaya daripada gelombang2 lautan..hal ini kerana gelombang2 kehidupan boleh menjerumuskan diri kita ke dalam neraka manakala gelombang2 lautan jika kita tidak berhati-hati mungkin sahaja hanya karam di lautan.. oleh itu janganlah kita terlalu yakin dengan keadaan kita pada masa sekarang kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi untuk hari esok..jadi,, keterlibatan diri dalam perjuangan bukan hanya khusus untuk orang2 yang dalam golongan alim ulama' sahaja..malahan ia terbuka untuk semua.. ISLAM untuk semua..ISLAM juga tidak membezakan seseorang atau menilai seseorang e2  melalui warna kulit,bangsa mahupun agama yang di anutinya.. tetapi perlu di ingat bahwasanya penggerak bagi sebuah perjuangan mestilah dalam kalangan mereka yang berfahaman ISLAM,,mengikut cara hidup ISLAM dan ikhlas bekerja kerana ISLAM agar  matlamat yang ingin di capai tercapai mengikut landasan al-Quran dan sunnah .

firman ALLAH swt : " barangsiapa yang mengerjakan kebajikan dan dia beriman, maka usahanya tidak akan di sia-siakan dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya". 
                                                                                                                             (surah al-anbiya' :94)

Bagaimana untuk menghadapi futur ini?? caranya adalah kita sentiasa berfikiran positif,, bersangka baik dalam segala hal,, berpada2 dalam melakukan sesuatu perkara serta dekatkan diri dengan ALLAH andaikata virus ini mula menjalar dalam diri kalian.. akhirul kalam semoga kita semua istiqomah di jalan ALLAH dan sentiasa menasihatkan diri sendiri agar tidak leka dengan urusan duniawi yang mengajak kita menjauhkan diri dengan ALLAH swt..
 firman ALLAH swt : " dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong ".    (surah al-Furqan : 31)

wallahua'lam..

Tuesday, March 2, 2010


::: AKHLAK YAHUDI MENURUT AL-QURAN :::

Assalamualaikum kepada pembaca yang membaca ruanganku ini yang xseberapa..di harapkan berada dalam naungan dan perlindungan dari ALLAH swt..insyaALLAH. oklah pada kali ini kita akan berbicara mengenai kaum Yahudi dan lebih memfokuskan kepada akhlak2 mereka menurut "kaca mata" al-Quran. (sebenarnye ni tjuk assignment aq alang2 buat assignment, baik aq share kat blog aq nie..xge2??) kna taqdim skali pulak 2.. 

Alhamdulillah di permudahkan segala urusan..nak di jadikan cerita, petang semalam aq bersama 2 orang sahabat sekelasku pergi ke TTC (terengganu trade centre) sebelah maydin mall yang famous 2..kat ce2 ada pameran buku..kami excited sangat sbbnya xsabar nak tgk n beli buku2 yang di jual kat ce2..dah la harga promosi,, banyak pulak buku2 yang besttt..apelagi borong la..kan best klu tmpat ni jadi library kat rumah aq..mmg rambang mata la tgk buku2 kat ce2..dah lepas satu gerai, satu gerai kami redah..tiba2 masuk satu gerai nie terpikat la dgn 1 buah buku..tajuknye "AWAS! Yahudi pesongkan kandungan al-Quran..Ya Allah hanya Engkau sahaja Yang Mengetahui betapa bersyukurnya diri ini..sbb kandungan dalam buku ini berkisar mengenai Yahudi dan sdikit sebanyak dapat membantu aq untuk taqdim @ presentation..ameen Ya Rabb..

Seperti yang kita semua sedia maklum kisah kaum Yahudi @ Bani Israel ni banyak di sebutkan dalam kitab suci al-Quran..haaa sebab ape mereka ni sangat anti/benci dengan orang Islam..knpa xanti dgn agama lain?? jawapannya sebab agama lain xtahu pun kisah2 mereka nie..hanya orang Islam sahaja yang tahu,, sebab kisah2 mereka sejak zaman Nabi sehinggalah yang akan datang telahpun di "rekod" di dalam al-Quranulkarim iaitu kitab suci bagi umat Islam..sikap, tingkah laku,kezaliman dan segala perbuatan mereka telah pun di sebut di dalamnya dan memang xboleh di sangkal lagi..

Antara sikap atau perangai kaum Yahudi ialah :
-- MEMUNGKIRI JANJI & KEPERCAYAAN
Firman Allah swt :  

83. Dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik, dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat", kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

lagi........

84. Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing", kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

dan lagi..........

85. Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya, kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan, padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka, sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(al-Baqarah: 83-85)
 
tapi apa yg berlaku pada hari ni??? adakah mereka mengikut janji2 tersebut..(tidakkkk) that's why la kenapa mereka ni bermusuh sangat dengan umat Islam..sbb umat Islam dh tahu ape yg kaum Yahudi akan lakukan..bila mereka berjanji akan di mungkiri..bila berkata, mereka akan berdusta dan bila di beri amanah atau tanggungjawab mereka akan berlaku khianat..inilah kekuatan yang ada pada umat Islam,,al-Quran telah menjelaskan secara terang lagi nyata mengenai sikap serta tingkahlaku kaum Yahudi ke atas penduduk bumi.. jadi, di sinilah kita peroleh kelebihan berbanding agama yang lain.. (tapi xsemua..hanya yang membaca serta bertadabbur/memahami isi al-Quran sahaja yang dapat mengetahui)..

Firman Allah swt : " kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa".                                                                                                                           ( surah al-Baqarah :2)





Kini, umat Islam banyak yang di tindas, di perlakukan seperti haiwan, di perlakukan sesuka hati mereka tanpa ada rasa sekelumit di dalam jiwa mereka perasaan kasih sayang, kasihan dsb.. apa yang mereka tahu, mereka perlu laksanakan tugas mereka bagi mencapai matlamat yang telah mereka rancang.. tahukah kalian,, kaum Yahudi mengidamkan sesuatu yang ada pada umat Islam..apakah benda itu?? benda tersebut ialah tiga tanah suci Islam iaitu Baitulmaqdis, Baitullah di Mekah dan makam Rasulullah saw di Madinah...

DAN TAHUKAH KALIAN..bahawasanya kaum Yahudi akan berasa tidak tenteram,kerisauan,,atau mungkin mati terkejut apabila mendapati umat Islam terutamanya pemuda2 Islam hadir pada solat SUBUH untuk solat secara berjemaah dan bilangan yang hadir ramainya seperti mereka pergi ke masjid pada hari Jumaat untuk melakukan solat JUmaat..masyaALLAH..alangkah hebatnya kuasa solat SUBUH yang mana jika kita koreksi/imbas kembali mengapa solat SUBUH yang mereka perhatikan??mengapa bukan solat Zuhur,Asar,Maghrib mahupun Isyak?? hal ini demikian kerana waktu SUBUH adalah waktu di mana orang2 masih nyenyak tidur... azan berkumandang pun liat untuk bangun,, dan seandainya mereka (pemuda2 Islam) ini bangun, ambil wuduk, dan  pergi ke masjid seterusnya solat berjemaah..dari ce2 mereka akan dapat kekuatan atau cas2 positif yang di alirkan dalam tubuh. waktu SUBUH juga merupakn waktu yang tenang, akal boleh berfikir lebih pantas dan cergas, selain e2 waktu SUBUH juga mempunyai keberkatan..bagi umat Islam,,mereka akan dapat meningkatkan keimanan kepada ALLAH swt..kerana berjaya melawan bisikan2 serta hembusan2 syaitan yang mengajak mereka utk terus terlena di buai mimpi2 yang indah..banyak lagi kelebihan2 yang ada pada waktu SUBUH ini..

tapi apa yang dapat kita perhatikan di msjid2,,surau2 pada masa ini??penuh?? adakah bilangan yang mengimarahkan masjid2,,surau2 pada waktu subuh e2 ramainya seperti pada hari jumaat??tepuk dada tanyalah iman........renung2kan dan praktikkanlah bersama..semga apa yang tersiar di ruangan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita yang selama ini terpejam dan tidak sedar tentang keadaan sekeliling yang semakin di ancam serangga2 yang bila2 masa shaja boleh merosakkan  tanaman2 yang hidup subur di ladang2.. wallahua'lammm..

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce