Wednesday, April 12, 2017

REVIEW BUKU 1 - HIMPUNAN KISAH KAUM-KAUM YANG BINASA

  

Cover Depan  Buku Himpunan Kisah Kaum-kaum Yang Binasa :)

 Al-Quran, banyak menceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt akibat keingkaran mereka melaksanakan arahanNya dan melakukan pelbagai penyimpangan yang dilarang oleh Allah swt. Uniknya kisah mereka adalah apabila Allah swt sendiri meletakkan kisah kehidupan mereka dalam kitab suci umat Islam supaya umat terkemudian dapat mengambil ibrah atau iktibar daripada peristiwa yang berlaku ke atas mereka.



Isi kandungan dan layout dalam buku ini :)


Selain itu, terdapat juga kaum atau masyarakat yang dibinasakan oleh Allah swt tetapi tidak ‘dirakamkan’ dalam al-Quran. Sungguhpun begitu, kita masih boleh mengambil kisah mereka melalui kitab para ulama yang membicarakan mengenai mereka.


Selain bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat kemudian, kisah mereka ini juga turut membuktikan bahawa apa-apa yang ada dalam al-Quran, benar-benar wujud dan terjadi. Lantas menunjukkan bahawa al-Quran itu sendiri bukanlah sebuah kitab rekaan bahkan kitab utusan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya, Muhammad saw.


Antara kaum yang tersebut adalah kaum Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Lut, Nabi Syuaib, Kaum Ad, Nabi Sulaiman dan Ratu Saba’, Firaun, Tsamud, Ashabul Kahfi, Ashab al-Sabt, Ashab al-Rass, Ashab al-Ukhdudd, Ashab al-Qaryah, Kaum Tubba’, Kaum Saba.


Semoga paparan mengenai mereka dapat dijadikan tauladan sepanjang kehidupan.


 

*Maklumat mengenai buku ini : 

TAJUK BUKU : HIMPUNAN KISAH KAUM-KAUM YANG BINASA
NAMA PENULIS : MARINA BINTI MAT ARUS
TERBITAN : MAC 2016
CETAKAN : PERTAMA
PUBLISHER : HIJJAZ RECORDS SDN BHD
ISBN : 978-967-5391-57-6
HARGA : RM21.90 (SM)/ RM 23.90 (SS)

.................................................................................................................................................. 

*Buku ini boleh dapatkan dengan saya, 013-9770046
Sebarang review produk atau buku boleh ajukan melalui whatsapp nombor di atas. Sekian :)


Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce