728 x 90Advanced Acne Treatment

Monday, February 1, 2010


:: KULLU NAFSIN ZAIQOTUL MAUT :: 

~ Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..semoga sentiasa mendapat naungan dan rahmat daripada ALLAH swt. Alhamdulillah di beri lagi kesempatan utk aq menaip dan post entry pada kali ini. Alhamdulillah.. ~ Semua orang akan merasai detik kematian. “kullu nafsin zaiqotul maut”.. Tiada siapa yang akan terkecuali.. lari lah sejauh mana pun ..beribu2 kilometer, panjat gunung Everest, lari ke luar Negara, xpun sembunyi dalam bilik..kematian tetap akan berlaku..bila bercerita tentang kematian,maut..apa yang terlintas dalam pemikiran kita??mungkin salah satu persoalan yang akan bermain dalam benak pemikiran kita ialah : “ Ya Allah, bagaimanakah keadaan aq nti ketika malaikat Izrail mencabut nyawaku..adakah ketika aq dalam keadaan lalai, lagho ataupun ketika aq sujud kepadaMU..”  

~ Sedih rasanya bila kehilangan org yang kita sayang..org yang selama ini telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..orang yang telah mendidik kita dengan cara hidup Islam dsb…kehilangan dua orang yang di sayangi dalam usia yang masih muda amat mencabar diri kita..lebih2 lagi apabila kita adalah individu yang bertanggungjawab utk menjaga dan membesarkan adik-beradik yang masih kecil…Yang masih perlukan kasih sayang dari orang yang membesarkan mereka..

~ Begitu sulit,pahit dan sesak rasanya utk menelan semua ini apabila aq bayangkan aq berada di tempat ini..alhamdulillah aq masih punya insan yang aq hormati dan sayangi.. baru2 ni aq dapat berita dari kawan 1 kos aq..(kos usuluddin bukan kosmetik k..).. aq dapat berita bahawa ibu salah seorang kawan 1 kos aq telah meninggal dunia pada hari yang mulia iaitu hari jumaat.. innalillahiwainnailaihiraji’un..takziyah aq ucapkan padanya dan ahli keluarganya yang lain..semoga kawan aq 2 tabah dengan pemergian orang2 yang di hormati dan di sayangi.. 

~ Ingatlah walau apa pun yang terjadi, hidup tetap perlu di teruskan..walaupun sulit utk menerima, kita sebagai hamba Allah yang mengaku beriman kepadanya hendaklah redha dengan qada’ dan qadar ALLAH.. inilah masanya utk kita membuktikan iman kita padaNYA.. 

~ Bersyukurlah dengan ujian yang menimpa..kerana sebenarnya Allah nak tingkatkan darjat kita di sisiNYA.. adakah kita hendak menyalahkanNYA? Atau kita redha dgn segala ketetapan yang telah di rancang oleh ALLAH.. 

~ Akhirul kalam..semoga kita sama2 mengambil iktibar di atas kematian yang menimpa saudara2 seIslam kita..insyaALLAH kita pun akan menyusul mereka nanti.. Cuma masa, tempat dan bila je kita xtahu..apa yang perlu kita lakukan ialah bersedia menghadapi saat ITU..semoga kita mati dalam keadaan beriman kepadaNYA.. insyaALLAH.. 

** Kita yang masih punya kedua ibu bapa hendaklah bersyukur kerana kita masih belum terlewat utk melakukan amal bakti kepada mereka.. engatlah redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa kita..wallahua’lam.. 

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce