>> Alhamdulillah, ALLAH masih beri aq peluang dan kesempatan untuk aq menaip dan mencurahkan buah fikiran kat blog aq ni..biarpun xseberapa tapi harapan aq agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua.. insyaALLAH..kali ni aq nak cite pasal tokoh ISLAM yang aq kira semua sudah maklum.Beliau di lahirkan pada 22 September 1917 masihi bersamaan 6 Zulhijjah 1335 di perkampungan Nakla al-'Inab, Itai al-Barud dalam wilayah al-Buhairah, Republik Arab Mesir..
>> Lahir dalam keluarga yang berkedudukan baik dari sudut pegangan agama, menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun di tangan para ulama' hafiz di kampungnya dan begitu yakin bahawa al-Quran adalah sebuah kitab suci yang tiada bandingannya kerana ia bukan sahaja mukjizat Nabi Muhammad saw,,malah menjadi teman rapat ketika bersendirian...
>> Beliau di kenali kerana sumbangan besar yang ditaburkan untk Islam khususnya dalam menyampaikan mesej Islam yang jelas,,bukan sahaja kepada individu tertentu,,malah kepada para pemerintah di semua negara-negara Islam agar menjalankan hukum-hukum Islam dalam negara masing-masing....siapakah beliau?? beliau adalah Syeikh Muhammad al-Ghazali.. kalian jangan tersalah pulak dengan Imam Ghazali..nama je yang sama tapi individu yang berbeza...
Syeikh Muhammad al-Ghazali ~ Ulama' yang tak kenal erti jemu dalam berdakwah ~
>> Ketokohan Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja di iktiraf di negara asalnya (Mesir),, malah negara- negara umat Islam yang lain pun iktiraf beliau..jadi tak hairanlah jika beliau memegang jawatan2 akademik yang penting seperti di Universiti Zaitoon di Tunisia,,menjadi pakar rujuk beberapa universiti Timur Tengah,, menjadi tenaga pengajar di Universiti Amir Abdul Qader di Libya bersama Dr.Yusuf al-Qardawi, Dr.Muhammad Said Ramadan al-Buti dll...
>> Beliau juga telah di lantik sebagai Wakil Menteri Urusan Wakaf dan Dakwah Islamiah pada tahun 1971. Pada tahun 1977,, beliau menjadi tenaga pengajar di Universiti Ummu Qura di Mekah..Beliau juga pernah di berikan penghormatan menjadi Ketua Lembaga Pengetahuan di Universiti Islam Amir Abdul Qadir di Algeria,,Dan pernah dilantik sebagai anggota lembaga Pusat Urusan Islam..(banyak sungguh tanggugjawab yang beliau galas..) tapi apa yang menarik perhatian aq,,walaupun beliau pegang banyak taklifan/amanah/tanggungjawab tapi dalam masa yang sama beliau juga bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah.. dakwah merupakan bidang yang menjadi keutamaan kepada beliau. Maka,, beliau mengkhususkan dan mengabiskan banyak masa untuk berdakwah sama ada secara teori atau praktikal..kalau dari sudut teori,, beliau telah hasilkan beberapa kajian yang berkaitan dengan dakwah melalui penulisan..kalau dari sudut praktikal pula,, beliau pernah menjawat jawatan sebagai pegawai masjid..selepas tamat pengajian di Universiti al-Azhar. Beliau mendekati masyarakat dalam konteks dakwah di masjid..
>> Menurut kenyataan Syeikh Muhammad al-Ghazali,, Ayahandanya menamakan beliau dgn al-Ghazali agar beliau benar2 menjadi seorang alim pada masa akan datang.jikalau tidak setanding dengan Imam al-Ghazali pun,,sekurang-kurangnya akan mencontohi ulama' besar itu..bapanya merupakan seorang pencinta ilmu yang sangat mengkagumi Hujjatul Islam Imam Ghazali..
>> Antara kata-kata beliau yang menarik perhatian dan mendorong semangat :
" Hatiku sangat pilu ketika mengetahui bahawa nyawa orang-orang Islam adalah nyawa yang paling murah di atas bumi ini. Orang2 Majusi,Yahudi,Kristian, penyembah berhala, etheis( golongan yang anti Islam) & para penguasa muslim.. semuanya dengan begitu mudah membunuh org2 Islam..Wpun org2 yang berjuang membela Islam dalam keadaan sangat sulit dan rumit,,semangat juang harus tegar untuk membela org2 yang di zalimi dan org2 yang lemah..kita harus memberi semangat kepada mereka sehingga mendapat hasil yang di cita-citakan.. dalam keadaan apa pun, dakwah Islam harus tetap di lakukan,,benderanya harus tetap di kibarkan ,,hidayahnya harus tetap terpancar dengan jelas,, kebenarannya harus di tampilkan,, bukti2 kebenarannya harus di munculkandan rintangan2 yang menghalang harus di singkirkan.."
" Hatiku sangat pilu ketika mengetahui bahawa nyawa orang-orang Islam adalah nyawa yang paling murah di atas bumi ini. Orang2 Majusi,Yahudi,Kristian, penyembah berhala, etheis( golongan yang anti Islam) & para penguasa muslim.. semuanya dengan begitu mudah membunuh org2 Islam..Wpun org2 yang berjuang membela Islam dalam keadaan sangat sulit dan rumit,,semangat juang harus tegar untuk membela org2 yang di zalimi dan org2 yang lemah..kita harus memberi semangat kepada mereka sehingga mendapat hasil yang di cita-citakan.. dalam keadaan apa pun, dakwah Islam harus tetap di lakukan,,benderanya harus tetap di kibarkan ,,hidayahnya harus tetap terpancar dengan jelas,, kebenarannya harus di tampilkan,, bukti2 kebenarannya harus di munculkandan rintangan2 yang menghalang harus di singkirkan.."
>> Beliau telah meninggal dunia pada usia 79 tahun di Riyadh pada 9 Mac 1996 selepas di serang
sakit jantung. Beliau telah dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah
al-Munawarah berdekatan dengan makam anak Nabi Muhammad, Ibrahim dan
Malik bin Anas iaitu lebih kurang 15 meter dari masjid al-Nabawi.
Jenazahnya telah disembahyangkan oleh Huzayfi di Masjid al-Nabawi.
Allah telah memuliakannya sehingga beliau dimakamkan berhampiran makam
Nabi Muhammad s.a.w sehingga penggali kubur bertanya siapakah yang akan
dikebumikan di tempat yang mulia ini yang begitu dekat dengan Masjid
Rasulullah s.a.w lalu mereka memberitahu orangnya ialah Muhammad
al-Ghazali...semoga khazanah2 yang beliau tinggalkan dapat memberi manfaat pada semua..dan semoga rohnya di cucuri rahmat Allah hingga hari akhirat..insyaALLAH..