728 x 90Advanced Acne Treatment

Friday, July 23, 2010

~ seBuah perteMuan yanG TIDAK di sanGka...mengUbah seGalanya.. ~


Assalamaualaikum wbt kepada semua…selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,, junjungan mulia yang menjadi ikutan umat Islam seantero dunia.. muslimin muslimat sekalian mudah-mudah istiqomah di jalan-NYA..insyaAllah..
>> Indahnya sebuah pertemuan,,,pahitnya sebuah perpisahan..entah kenapa diri ini begitu sayu mendengar lagu “sebuah pertemuan” by UNIQUE,, lajunya air mata mengalir dek kerana liriknya yang begitu menyentuh qalbu..masyaAllah ~

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta

Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
By >> UNIC aka UNIQUE...
>> Buat sahabat-sahabat yang ana kasihi lagi sayangi,, terima kasih di atas segala-galanya yang telah sahabat-sahabat lakukan buat diri ini,,pengorbanan,, susah payah bersama dan segala-galanya.. indahnya pertemuan ini…..semoga sahabat-sahabat semua mendapat kebahagiaan hidup d dunia dan akhirat,, “berpijak” di jalan yang penuh onak & duri dengan sabar,, berpegang dengan apa yang menjadi teras dan pegangan buat umat ISLAM,, iaitu al-Quran & sunnah kerana dua perkara inilah yang hanya dapat menyelamatkan kita semua dari terjebak dengan anasir-anasir luar yang  mengelirukan,, menyesatkan,, serta jauh dari dasar ISLAM.. mudah-mudahan taufik dan hidayah-NYA sentiasa menaungi ana,,ibu bapa,, kelurga,,sahabat-sahabat,, muslimin muslimat semua insyaAllah….Alhamdulillah Engkau mengurniakan kepadaku sahabat-sahabat yang seakidah denganku..sentiasa menyeru ke toriq2 kebaikan serta kembali  meraih redha-MU,, ameen ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Monday, July 19, 2010

~ hanya HAMBA ALLAH ~

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian yang tidak putus-putus singgah di ruanganku ini.. mudah-mudahan di berikan taufik ,, hidayah serta perlindungan dari-NYA..insyaAllah....dh lama juga penulis xupdate blog ni,, banyak perkara yang ingin di kongsi bersama pembaca sekalian,,, insyaAllah penulis akan mencari juga waktu walaupun sedikit untuk terus menghidupkan "laman maya" penulis ini daripada sunyi dan gelap ~

>> beringat-ingatlah kita wahai hamba Allah yang dhaif. dan faqir..di cipta dari tanah,, air mani ,, gumpalan darah ,, tulang- temulang.. seterusnya terhasillah diri kita manusia..mempunyai mata untuk melihat, telinga untuk mendengar,, hidung untuk bernafas, mulut untuk bercakap, kaki untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain..tangan untuk menulis dan lakukan aktiviti2 lain dan sebagainya...inilah kita manusia,, khalifah Allah di muka bumi-NYA..mempunyai tanggungjawab yang di amanahkan oleh Pencipta muka bumi ini..

>> Manusia dengan perkembangan kejadiannya dari suatu fasa kepada fasa yang berikutnya, bahkan juga bumi dengan segala tumbuh-tumbuhan yang ada di atasnya semuanya merupakan bukti kekuasaan serta keagungan Allah swt. Dalam hal ini Allah Taala berfirman,

“Hai sekalian manusia! Jika kamu semua masih ragu-ragu terhadap hari kebangkitan dari mati, maka ingatlah bahwa Kami (Allah) telah menciptakan kamu semua dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu berupa segumpal darah beku, lalu menjadi sekepal daging, yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami dapat menjelaskan kepadamu. Dan Kami menetapkan manusia dalam rahim (kandungan ibunya) selama masa yang Kami kehendaki sampai waktu yang ditentukan. Selanjutnya Kami  mengeluarkankamu semua sebagai seorang anak bayi, seterusnya kamu semua mencapai usia dewasa. Sebagian dari kamu semua ada yang dimatikan dan sebagian lagi ada yang diantar sampai kepada usia yang sangat lanjut, sehingga ia tidak mengetahui apa-apa lagi, padahal dulu pernah mengetahuinya. Dan engkau lihat bumi kering, tetapi apabila Kami turunkan air hujan di atasnya, ia pun bergerak dan mengembang menumbuhkan segala macam tanaman yang indah permai. Demikianlah keadaannya, karena sesungguhnya Allah lah yang sebenarnya (hak) dan sesungguhnya Dia dapat menghidupkan apa yang telah mati dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya hari kiamat pasti datang, tiada diragukan lagi kejadiannya dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang yang di dalam kubur.” ( Surah Al-Haj:5-7)


>>  beringat-ingatlah wahai hamba Allah sekalian..include my self.. setiap kali dalam solat kita ada menyebut,, innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbil alamin.. yang  bermaksud ,, sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hiudp serta matiku hanya kerana Allah swt.. mudah-mudahan iqrar serta janji yang kita ungkapkan ini dapat di tunaikan dengan sebaiknya... insyaAllah ~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, July 3, 2010

~++ Apa Sumbangan Muslimah Kepada Ummah ++


>> Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…Alhamdulillah, segala puji-pujian d tujukan buat Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. salawat dan salam di tujukan khas buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam..hamba Allah yang di angkat menjadi kekasih Rabb-NYA,, mendapat jaminan syurga..merupakan utusan yang di pilih oleh Allah agar dapat menyampaikan risalah-risalah kebenaran-NYA kepada segenap alam dan seantero dunia..,, seorang hamba Allah yang menjadi qudwah atau ikutan buat hamba-hamba-NYA yang lain di muka bumi ini,, juga merupakan hamba Allah yang baik serta luhur pekertinya yang mana jika sesiapa membaca mengenai kisah-kisah baginda pasti terpikat dengan akhlaknya..sungguh,, tiada siapa yang boleh menandingi baginda dari segala aspek...Subhanallah.. seterusnya kepada pembaca sekalian yang sudi men’klik’ this blog and read the post in this page.. syukran.. mudah-mudahan dengan membaca dapat meningkatkan lagi IQ kita semua..yang mana jika kita amati,, banyak kelebihan yang boleh kita perolah daripada membaca ni.. bacalah walaupun sedikit… J sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Alaq yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)
>> Iqra’…… bacalah…Menggeletarlah seluruh tubuh Nabi Muhammad SAW sewaktu sedang beribadat di dalam Gua Hira itu. Dan pada ketika itulah, Nabi Muhammad SAW yang tidak pandai menulis dan membaca itu menerima wahyunya yang pertama daripada Allah SWT…subhanallah..


Iqra'………
Iqra'………
Iqra'………


Bacalah…..
Bacalah…..
Bacalah……
Baiklah kepada pembaca sekalian ,, jom teruskan bacaan anda…
>> secara ghalib atau kebiasaannya, kita sering mendengar atau membaca mengenai kisah-kisah kaum wanita yang di tindas ataupun ayat yang paling mudah di fahami.. di perlakukan dengan tidak baik..oleh para suami mereka,,di dera, di sepak terajang, di simbah asid, dan lebih parah di gadai maruah serta kehormatan kepada orang lain demi kepentingan diri sendiri.. nauzubillahminzalikh..tergamak sungguh mereka perlakukan hamba Allah yang bergelar perempuan,wanita, hawa, muslimat yang di cipta oleh Allah swt dari tulang rusuk mereka sendiri.. bukanlah di lahirkan untuk di sakiti,, di pukul ataupun di aniaya..akan tetapi berada dekat di hati untuk di lindungi, di bimbing, di didik serta di sayangi.. kerana kaum wanita,perempuan, hawa, muslimat adalah hamba Allah yang lemah yang memerlukan sokongan serta perlindungan dari kaum yang bergelar lelaki, adam , muslimin..banyak! terlalu banyak kisah-kisah suka duka kaum wanita atau kaum hawa ini..sedih jika kita mendengar luahan-luahan hati mereka… tahukah kalian, bahawasanya banyak peranan yang di mainkan oleh kaum wanita, hawa, perempuan,muslimat dalam kehidupan kita semua.. kaum inilah yang menjadi tulang belakang ataupun pembantu bagi kaum yang bernama lelaki, muslimin @ kaum adam..tidak kira dalam aktiviti apapun,, kedua-duanya saling memerlukan.. na’am memang kita secara fitrahnya di lahirkan tidak sempurna.. setiap hamba Allah yang lahir di muka bumi ini punya kekurangan dan kelebihan tersendiri yang di kurniakan oleh Allah swt dalam aspek yang pelbagai dan berbeza-beza.. setiap sesuatu yang di cipta oleh Allah swt mempunyai pasangannya yang tersendiri..ianya saling lengkap- melengkapi antara satu sama lain…malam pasangannya siang, tidur pasangannya jaga/sedar, langit pasangannya bumi, begitu juga halnya dengan lelaki .. pasangannya sudah tentu perempuan.. barulah seimbang hidup.. cuba kita imagine sekejap,, seandainya seorang lelaki berpasangan dengan kaum sejenisnya yang telah bertukar jantina sudah pasti ada yang tidak kena atau tidak lengkap dalam perjalanan hidup mereka..nah! sudah terbukti bahawasanya penciptaan Allah swt ke atas makhluk-makhluk-NYA mempunyai hikmah-NYA yang tersendiri..janganlah kita sesuka hati tanpa rasa bersalah buat kepala sendiri dengan mengubah segala penciptaan-NYA yang sudah di tetapkan secara azali… jom teruskan lagi membaca..usah jemu membaca..kalian juga yang akan peroleh faedahnya.. J
Baiklah..Post di bawah ni bersumberkan dari : http://sinaronline.tripod.com/Edisi3/Muslimah.htmJom baca… ini sebagai tambahan… mudah-mudahan ianya beri manfaat kepada semua.. insyaAllah..

“ Tangan yang menghayun buaian, Bisa menggegar pelosok dunia , Di gegar oleh sebuah umat, Diasaskan oleh keluarga bahagia..”

>> # Di atas merupakan serangkap lirik dari lagu nasyid yang bertajuk `Keluarga cemerlang umat gemilang' dendangan kumpulan Syahdu. Di dalam rangkap lagu itu, di sebut betapa pentingnya peranan yang di mainkan oleh kaum hawa sehingga mampu menggoncangkan dunia (Mesti ramai yang dah tahu apa yang di maksudkan dengan `phrase' tersebut). Siapa sangka di sebalik insan yang di anggap lemah.. Lihatlah contoh muslimah teladan, Sayidatina Asma' binti Abu Bakar, seorang yang berjaya mendidik anaknya Sayidina Abdullah Ibn Zubair menjadi seorang yang berkeperibadian tinggi dan hanya takutkan Allah SWT. Kita lihat pula peranan yang dimainkan oleh Sayidatina Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah yang mempunyai peribadi yang unggul hasil asuhan dan didikan ibunya, Ummul Mukminin Sayidatina Khadijah binti Khuwailid.

>> Contoh-contoh di atas telah memperlihatkan dengan jelasnya sumbangan muslimah. Walau bagaimanapun ianya tidak hanya terhad di dalam rumahtangga sahaja. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa tugas amar ma'ruf nahi munkar juga merupakan antara kewajipan setiap manusia. Ini telah dijelaskan oleh Allah swt dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran yang mafhumnya seperti berikut :

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian dari mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mereka taat kepada Allah SWT dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana. (At-Taubah:71)

>> Begitu ramai yang beranggapan bahawa tugas berdakwah ini sebagai tugas orang-orang yang tertentu sahaja seperti ustaz-ustaz dan ulama', padahal semua manusia ialah seorang daei'/daei'ah. Marilah kita menteladani wanita-wanita solehah yang menyumbangkan bakti dalam menegakkan Islam. Seperti kata-kata Sayidatina Asma' Abu Bakar, "Bagiku tidak ada masalah untuk mengotorkan kaki dengan debu-debu, demi perjuangan fi sabilillah". Gelanggang muslimah bukan hanya bertumpu di rumah tetapi turut merangkumi tugas menaikkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jangan disebabkan oleh kesibukan dengan keluarga, di tinggalkan pula tugas ini. Puteri Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ini telahpun membuktikan bahawa muslimah perlu dan mampu turut sama berganding bahu dengan para muslimin dalam menjalankan da'wah. Di kala dunia di gegarkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimun di Mesir yang amat aktif memperjuangkan Islam pada awal tahun 1920-an, kaum muslimat juga tidak ketinggalan memikul tanggungjawab tersebut apabila Zainab Al-Ghazali, ketua yang menerajui gerakan muslimat memberikan baia'h (oath) kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, presiden Ikhwanul Muslimun. Mereka turut sama merasai kesusahan dan kekejaman rejim Mesir yang begitu `aktif' memburu dan membunuh para ikhwan.

>> Pengalaman yang di rasai oleh Zainab Al-Ghazali adalah pengalaman muslimah sejati bukan pendokong Women's Lib atau persatuan wanita yang tidak tunduk kepada garis-garis syara', bukan juga Miss World atau Ratu Cantik yang memperagakan keindahan tubuhnya tetapi mereka adalah wanita Islam yang mengadakan isi Bai'a Annisa' iaitu perjanjian wanita dengan Rasulullah seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:

“  Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya ,tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan da kaki mereka dan tidak akan menderhakakan dalam sesuatu urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonlah keampunan Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [ Al-Mumtahinah:12]

>> Tidak perlulah kita mengagungkan atau mengikut fahaman gerakan Women's Lib yang kononnya ingin memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dengan perempuan seperti yang telah ditunjukkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam di Malaysia. Kumpulan sebegini bukan sahaja berpotensi merosakkan aqidah kaum muslimah, malah dengan lantang sekali menafsir ayat Al-Quran mengikut kehendak mereka. Sila lihat Berita Harian yang bertarikh 5 Ogos 1997 yang memuatkan komen mereka mengenai isu aurat wanita. Terlalu banyak sumbangan yang boleh di berikan oleh muslimah dalam menjamin kekuatan ummah. Seperti kata Hukama', Wanita adalah ibarat tiang negara, apabila sejahtera wanita, maka sejahteralah negara dan apabila rosaknya wanita maka akan pincanglah Negara… Oleh itu, marilah kita bersama-sama turut berganding bahu, berjuang bersama-sama dalam menegakkan sebuah keluarga, masyarakat negara dan ummah yang cemerlang… #

>> Subhanallah… begitu besar peranan yang di mainkan oleh kaum wanita,perempuan,muslimat, hawa dan seumpama dengannya..kepada sebuah keluarga, masyarakat , negara seterusnya kepada ummah.. masyaAllah..marilah kita sama-sama  mengambil iktibar daripada kisah-kisah kaum muslimat yang terdahulu,,yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW, mujahidah-mujahidah ISLAM yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan ISLAM demi-NYA.. mudah-mudahan ianya dapat menjadi pembakar semangat dan dorongan bagi kita semua yang bergelar muslimat untuk sama-sama menjalankan amanah yang di berikan oleh Allah swt.. seterusnya berusaha untuk meneladani mereka sedikit demi sedikit..insyaAllah.. wallahua'lam..


Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce