>>
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…Alhamdulillah, segala puji-pujian d
tujukan buat Pencipta langit dan bumi, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
salawat dan salam di tujukan khas buat junjungan besar Nabi Muhammad
sallallahualaihiwasallam..hamba Allah yang di angkat menjadi kekasih Rabb-NYA,,
mendapat jaminan syurga..merupakan utusan yang di pilih oleh Allah agar dapat
menyampaikan risalah-risalah kebenaran-NYA kepada segenap alam dan seantero
dunia..,, seorang hamba Allah yang menjadi qudwah atau ikutan buat
hamba-hamba-NYA yang lain di muka bumi ini,, juga merupakan hamba Allah yang
baik serta luhur pekertinya yang mana jika sesiapa membaca mengenai kisah-kisah
baginda pasti terpikat dengan akhlaknya..sungguh,, tiada siapa yang boleh
menandingi baginda dari segala aspek...Subhanallah.. seterusnya kepada pembaca
sekalian yang sudi men’klik’ this blog and read the post in this page..
syukran.. mudah-mudahan dengan membaca dapat meningkatkan lagi IQ kita semua..yang
mana jika kita amati,, banyak kelebihan yang boleh kita perolah daripada
membaca ni.. bacalah walaupun sedikit… J sebagaimana firman Allah swt di dalam
surah al-Alaq yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)
>>
Iqra’…… bacalah…Menggeletarlah seluruh tubuh Nabi
Muhammad SAW sewaktu sedang beribadat di dalam Gua Hira itu. Dan pada ketika
itulah, Nabi Muhammad SAW yang tidak pandai menulis dan membaca itu menerima
wahyunya yang pertama daripada Allah SWT…subhanallah..
Iqra'………
Iqra'………
Iqra'………
Bacalah…..
Bacalah…..
Bacalah……
Baiklah kepada
pembaca sekalian ,, jom teruskan bacaan anda…
>>
secara ghalib atau kebiasaannya, kita sering mendengar atau membaca mengenai kisah-kisah
kaum wanita yang di tindas ataupun ayat yang paling mudah di fahami.. di
perlakukan dengan tidak baik..oleh para suami mereka,,di dera, di sepak
terajang, di simbah asid, dan lebih parah di gadai maruah serta kehormatan kepada
orang lain demi kepentingan diri sendiri.. nauzubillahminzalikh..tergamak
sungguh mereka perlakukan hamba Allah yang bergelar perempuan,wanita, hawa,
muslimat yang di cipta oleh Allah swt dari tulang rusuk mereka sendiri..
bukanlah di lahirkan untuk di sakiti,, di pukul ataupun di aniaya..akan tetapi berada
dekat di hati untuk di lindungi, di bimbing, di didik serta di sayangi.. kerana
kaum wanita,perempuan, hawa, muslimat adalah hamba Allah yang lemah yang memerlukan
sokongan serta perlindungan dari kaum yang bergelar lelaki, adam , muslimin..banyak!
terlalu banyak kisah-kisah suka duka kaum wanita atau kaum hawa ini..sedih jika
kita mendengar luahan-luahan hati mereka… tahukah kalian, bahawasanya banyak
peranan yang di mainkan oleh kaum wanita, hawa, perempuan,muslimat dalam kehidupan
kita semua.. kaum inilah yang menjadi tulang belakang ataupun pembantu bagi
kaum yang bernama lelaki, muslimin @ kaum adam..tidak kira dalam aktiviti
apapun,, kedua-duanya saling memerlukan.. na’am memang kita secara fitrahnya di
lahirkan tidak sempurna.. setiap hamba Allah yang lahir di muka bumi ini punya
kekurangan dan kelebihan tersendiri yang di kurniakan oleh Allah swt dalam
aspek yang pelbagai dan berbeza-beza.. setiap sesuatu yang di cipta oleh Allah
swt mempunyai pasangannya yang tersendiri..ianya saling lengkap- melengkapi
antara satu sama lain…malam pasangannya siang, tidur pasangannya jaga/sedar, langit pasangannya bumi, begitu juga halnya dengan lelaki .. pasangannya
sudah tentu perempuan.. barulah seimbang hidup.. cuba kita imagine sekejap,,
seandainya seorang lelaki berpasangan dengan kaum sejenisnya yang telah
bertukar jantina sudah pasti ada yang tidak kena atau tidak lengkap dalam
perjalanan hidup mereka..nah! sudah terbukti bahawasanya penciptaan Allah swt
ke atas makhluk-makhluk-NYA mempunyai hikmah-NYA yang tersendiri..janganlah
kita sesuka hati tanpa rasa bersalah buat kepala sendiri dengan mengubah segala
penciptaan-NYA yang sudah di tetapkan secara azali… jom teruskan lagi
membaca..usah jemu membaca..kalian juga yang akan peroleh faedahnya.. J
Baiklah..Post
di bawah ni bersumberkan dari : http://sinaronline.tripod.com/Edisi3/Muslimah.htm Jom baca… ini sebagai tambahan… mudah-mudahan
ianya beri manfaat kepada semua.. insyaAllah..
“ Tangan
yang menghayun buaian, Bisa menggegar pelosok dunia , Di gegar oleh sebuah
umat, Diasaskan oleh keluarga bahagia..”
>>
# Di atas merupakan serangkap lirik dari lagu nasyid yang bertajuk `Keluarga cemerlang
umat gemilang' dendangan kumpulan Syahdu. Di dalam rangkap lagu itu, di
sebut betapa pentingnya peranan yang di mainkan oleh kaum hawa sehingga mampu
menggoncangkan dunia (Mesti ramai yang dah tahu apa yang di maksudkan dengan
`phrase' tersebut). Siapa sangka di sebalik insan yang di anggap lemah..
Lihatlah contoh muslimah teladan, Sayidatina Asma' binti Abu Bakar, seorang
yang berjaya mendidik anaknya Sayidina Abdullah Ibn Zubair menjadi seorang yang
berkeperibadian tinggi dan hanya takutkan Allah SWT. Kita lihat pula peranan
yang dimainkan oleh Sayidatina Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah yang
mempunyai peribadi yang unggul hasil asuhan dan didikan ibunya, Ummul Mukminin
Sayidatina Khadijah binti Khuwailid.
>>
Contoh-contoh di atas telah memperlihatkan dengan jelasnya sumbangan muslimah.
Walau bagaimanapun ianya tidak hanya terhad di dalam rumahtangga sahaja.
Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa tugas amar ma'ruf nahi munkar juga
merupakan antara kewajipan setiap manusia. Ini telah dijelaskan oleh Allah swt dengan
sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran yang mafhumnya seperti berikut :
"Dan
orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian dari mereka (adalah)
menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang
ma'ruf, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mereka taat kepada Allah
SWT dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Bijaksana. (At-Taubah:71)
>>
Begitu ramai yang beranggapan bahawa tugas berdakwah ini sebagai tugas
orang-orang yang tertentu sahaja seperti ustaz-ustaz dan ulama', padahal semua
manusia ialah seorang daei'/daei'ah. Marilah kita menteladani wanita-wanita
solehah yang menyumbangkan bakti dalam menegakkan Islam. Seperti kata-kata
Sayidatina Asma' Abu Bakar, "Bagiku tidak ada masalah untuk mengotorkan
kaki dengan debu-debu, demi perjuangan fi sabilillah". Gelanggang
muslimah bukan hanya bertumpu di rumah tetapi turut merangkumi tugas menaikkan
kalimah Allah di muka bumi ini. Jangan disebabkan oleh kesibukan dengan
keluarga, di tinggalkan pula tugas ini. Puteri Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ini
telahpun membuktikan bahawa muslimah perlu dan mampu turut sama berganding bahu
dengan para muslimin dalam menjalankan da'wah. Di kala dunia di gegarkan dengan
gerakan Ikhwanul Muslimun di Mesir yang amat aktif memperjuangkan Islam pada
awal tahun 1920-an, kaum muslimat juga tidak ketinggalan memikul tanggungjawab
tersebut apabila Zainab Al-Ghazali, ketua yang menerajui gerakan muslimat
memberikan baia'h (oath) kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, presiden Ikhwanul
Muslimun. Mereka turut sama merasai kesusahan dan kekejaman rejim Mesir yang
begitu `aktif' memburu dan membunuh para ikhwan.
>>
Pengalaman yang di rasai oleh Zainab Al-Ghazali adalah pengalaman muslimah
sejati bukan pendokong Women's Lib atau persatuan wanita yang tidak tunduk
kepada garis-garis syara', bukan juga Miss World atau Ratu Cantik yang
memperagakan keindahan tubuhnya tetapi mereka adalah wanita Islam yang
mengadakan isi Bai'a Annisa' iaitu perjanjian wanita dengan Rasulullah seperti
yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:
“ Hai Nabi, apabila datang kepadamu
perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka
tidak akan mersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan
berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya ,tidak akan berbuat dusta yang mereka
ada-adakan antara tangan da kaki mereka dan tidak akan menderhakakan dalam
sesuatu urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonlah
keampunan Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” [ Al-Mumtahinah:12]
>>
Tidak perlulah kita mengagungkan atau mengikut fahaman gerakan Women's Lib yang
kononnya ingin memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dengan perempuan
seperti yang telah ditunjukkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka
Sisters In Islam di Malaysia. Kumpulan sebegini bukan sahaja berpotensi
merosakkan aqidah kaum muslimah, malah dengan lantang sekali menafsir ayat Al-Quran
mengikut kehendak mereka. Sila lihat Berita Harian yang bertarikh 5 Ogos 1997
yang memuatkan komen mereka mengenai isu aurat wanita. Terlalu banyak sumbangan
yang boleh di berikan oleh muslimah dalam menjamin kekuatan ummah. Seperti kata
Hukama', Wanita adalah ibarat tiang negara, apabila sejahtera wanita, maka
sejahteralah negara dan apabila rosaknya wanita maka akan pincanglah Negara…
Oleh itu, marilah kita bersama-sama turut berganding bahu, berjuang
bersama-sama dalam menegakkan sebuah keluarga, masyarakat negara dan ummah yang
cemerlang… #
>>
Subhanallah… begitu besar peranan yang di mainkan oleh kaum wanita,perempuan,muslimat,
hawa dan seumpama dengannya..kepada sebuah keluarga, masyarakat , negara seterusnya
kepada ummah.. masyaAllah..marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah-kisah kaum
muslimat yang terdahulu,,yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW,
mujahidah-mujahidah ISLAM yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan ISLAM
demi-NYA.. mudah-mudahan ianya dapat menjadi pembakar semangat dan dorongan
bagi kita semua yang bergelar muslimat untuk sama-sama menjalankan amanah yang
di berikan oleh Allah swt.. seterusnya berusaha untuk meneladani mereka sedikit demi sedikit..insyaAllah.. wallahua'lam..