728 x 90Advanced Acne Treatment

Monday, September 27, 2010

~ jangan bagi PUTUS ~



 " jika seorang hamba meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya.. 
maka terputuslah rezeki untuknya" 

SALAM mahabbah lillahitaala ~ Alhamdulillah masih lagi di berikan ruang nafas untuk menghirup kembali udaraNya..serta segala nikmat yang di kurniakan kepada hamba-hambaNYA.. ameen ~ 

initipati yang boleh di ambil daripada hadis di atas ialah............ "JANGAN LUPA UNTUK MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA KITA..." tidak kiralah samada yang masih hidup mahupun yang telah pergi ke alam barzakh iaitu alam penentu bagi hamba-hambaNYA,, untuk di berikan tempat di akhirat nanti... insyaALLAH tanbih untuk diri ini sekali yang selalu leka dengan nikmat yang di berikan oleh ALLAH swt.. ~ 

>> IBU BAPA...MAK ABAH...AYAH IBU..UMI ABI..MAMA BABA.. WALID UMI dan pelbagai gelaran yang lain ,,  memberi pengertian yang sama...

>> menjadi seorang ibu mahupun bapa bukanlah sesuatu yang mudah,, ianya memerlukan persediaan yang rapi untuk ke arah itu.. lebih2 lagi sekiranya mereka di kurniakan cahaya mata yang ramai..alangkah bahagianya hidup ini.. ~ mempunyai anak yang ramai bukanlah suatu bebanan bagi ibu bapa yang merasakan kebertanggungjawaban dalam dirinya.... 

"REDHA ALLAH terletak pada REDHA KE DUA IBU BAPAMU "

.......................................................................................................................................................................



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, September 19, 2010

~ yOU ALwayz in my heart ~


Bismillahirrohmanirrohim...dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. alhamdulillah selamat sampai di uniSZA pagi smalam.. setelah bercuti selama 2 mnggu di bumi selangor.. alhamdulillah semuanya sihat,,bila smpai t'ganu mulalah t'ingat kat fmily..begitulh lumrahnya,, bila dekat tidak terasa.. bila berjauhan macam2 rasa ada.. nak balek s'gor skrg jugak rasanya.. =(

Sambil menaip2 apa yang patut,, tergerak hati nak buka lagu ayah ibu dri group Alarm Me... sgt2 menyentuh hati ini,, n mata yang kering tiba2 basah.. walau siapa pun ayah n ibu kita ,, they still your parents.. mak abah tetap di hatiku... semoga Allah membalas segala jasa baik, pengorbanan serta apa sahaja yang mak n abah buat untuk anak-anak mak n abah semua.. Ya Allah..tempatkanlah mak dan abahku di tempat yang mulia di akhirat nanti..

Diri ini sentiasa merindui dan dahagakan didikan dari mak n abah.. semoga mak abah n adik beradik lain merestui aku di jalan perjuangan ini...ameen ~

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra’: 23-24)


** Mak abah u r my star...without u i'm nothing.. thanks a lot mak n abah for all things..
luv mak , abah n our family forever..  \(^_^)/


Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

~ Ayah Ibu Restui Perjuanganku ~

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu
Banyak hadis yang mengisahkan mengenai kedua ibu bapa... sama2lah kita ambil ibroh daripadanya.. =)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, Tabrani dan al-Hakim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua. Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

~ YA ALLAH...BERIKANLAH KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KEPADA KEDUA IBU BAPAKU YANG AMAT KU KASIHI SERTA SAYANGI... ~ AMEEN \(^_^)/

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, September 2, 2010

~ seMut ........ ~


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca sekalian.. Alhamdulillah masih lagi di berikan nikmat Iman & Islam.. seterusnya dapat menghirup udara-NYA yg segar & hidup dlm suasana yang aman dan damai....alhamdulillah ~

>> kelas hubungan etnik xde semalam..almaklumlah ramai dh cuti awal utk raya..so,, kaki pun melangkah lah ke maktabah al-Mukhtar Unisza ni..hajatnya nak renew buku tapi xleh pulak,,coz member xpulangkan lagi buku yg dia pinjam.. org kat kaunter  tu pulak mntax cari kat rak.. kot2 kwn dh pulangkan...n komputer xdpt detect..hurmm...xpe2,, demi sebuah buku.. =D hajat di hati nk pegi port pling best kat maktabah tu.. ( bahagian magazine,,paper dll) kna tahu juga pkmbagan semasa dunia hari ni.. tapi kaki ni terus je menuju ke tmpat koleksi umum.. ( port ni pun best jugak... ) misi pencarian buku pun bermulalah...hurmm.,,  xde .. ( confirm mmber xpulgkan lagi..) xpe lah kalau ge2.. tgok jam.. (awal lagi ni.. bru je kluar dri hostel, xkan nk balik kot ) masa yg masih berbaki ni kalau xd manfaatkan amatlah rugi.. 

Firman Allah swt :
" Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."     ( surah al-as'r :1-3 )

>> lain yg di cari, lain yg dapat.. tiba2 pulak terasa nk cari hadis sahih bukhari n muslim.. Alhamdulillah dapat se,, apa lagi baca la kejap.. terserempak la pulak dgn shbiah2 ana ni.. ude,,acik,, nisha n kak mat =D klu g maktabah, xsah kalau xjumpe deme ni.. bagus2.. akademik bukan no 2 ye.. dripada buku hadis tu,, ana tertarik dengan salah satu hadis yang ada dalam buku tersebut..hadis tu berbunyi begini.. :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:”Seekor semut menyengat salah seorang nabi. Nabi itu pun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. Allah lalu menurunkan wahyu kepada nabi itu,”Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan.”
       (Bukhari dan Muslim)

 
>> the moral values yang boleh kita dapat dari hadis ini ialah.. kita di larang untuk membakar makhluk Allah hatta seekor semut  yg kecil.. kerana apa??? kerana semut tu pun makhluk ALLAH juga.. dan semut tu pun turut bertasbih memuji Allah subhanahu wataa'la... pas ni,, kalau kene sengat dengan semut ,, nyamuk dll bersabar je lah.. sebab makhluk2 ciptaan Allah ni pun hamba Allah juga,, bertasbih kepada Allah.. =D jom sama2 bertasbih, bertahmid, bertahlil memuji Allah subhanahu wataa'la... subhanallah walhamdulilllah wala ila haillallah allahuakbar ~

>> teringat masa muda2 dulu org tua2 ada kata,, kalau ade semut hitam dlm rumah tu maknanya akan ada rezeki mlimpah ruah buat kita..klu semut masuk dlm air, xelok utk di minum..nt payah nak mghafal.. dan macm2 lagi la pasal makhluk Allah yg kecil ni.. wpun kecil,, tapi sgt rajin.. contohilah kerajinn semut ~ wallahua'lam... kembara lailatul qadar ~

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce