Bismillahirrohmanirrohim...dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. alhamdulillah selamat sampai di uniSZA pagi smalam.. setelah bercuti selama 2 mnggu di bumi selangor.. alhamdulillah semuanya sihat,,bila smpai t'ganu mulalah t'ingat kat fmily..begitulh lumrahnya,, bila dekat tidak terasa.. bila berjauhan macam2 rasa ada.. nak balek s'gor skrg jugak rasanya.. =(
Sambil menaip2 apa yang patut,, tergerak hati nak buka lagu ayah ibu dri group Alarm Me... sgt2 menyentuh hati ini,, n mata yang kering tiba2 basah.. walau siapa pun ayah n ibu kita ,, they still your parents.. mak abah tetap di hatiku... semoga Allah membalas segala jasa baik, pengorbanan serta apa sahaja yang mak n abah buat untuk anak-anak mak n abah semua.. Ya Allah..tempatkanlah mak dan abahku di tempat yang mulia di akhirat nanti..
Diri ini sentiasa merindui dan dahagakan didikan dari mak n abah.. semoga mak abah n adik beradik lain merestui aku di jalan perjuangan ini...ameen ~
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra’: 23-24)
** Mak abah u r my star...without u i'm nothing.. thanks a lot mak n abah for all things..
luv mak , abah n our family forever.. \(^_^)/
Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)
~ Ayah Ibu Restui Perjuanganku ~
Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu
Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan
Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu
Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya
Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu
Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan
Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu
Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya
Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, Tabrani dan al-Hakim)
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua. Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)
~ YA ALLAH...BERIKANLAH KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KEPADA KEDUA IBU BAPAKU YANG AMAT KU KASIHI SERTA SAYANGI... ~ AMEEN \(^_^)/
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_