~ ENGKAU CINTA AGUNGKU ~
Aku tahu
Engkau Tuhanku
Adalah, cinta Agung
Aku pun mahu
MencintaiMu
Aku tahu
MencintaiMu amat perlu
Ia kemuncak
Daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu
Banyak yang datang menggangu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempersona menggamit selalu
Di waktu itu
Lupaku padaMu
Cintaku jauh sekali
Sekali-sekala datang jua
Walaupun sedikit
Terasa indahnya
Kemudian lupa lagi
Adakalanya lupaku padaMu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali-sekala
Segar kembali kau cinta agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu
Lupa lagi
Begitu cintaku kepadaMu tuhan
Dengan kelalaian silih berganti
Oh tuhan
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku
Dengan rahmatMu
Bantulah aku
MencintaiMu
Agar cinta yang palsu terhunus sendiri
Itulah harapanku padaMu
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_