728 x 90Advanced Acne Treatment

Tuesday, December 28, 2010


....::: Alangkah indahnya Hidup ini :::............


>> Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad Saw sebagai sosok penyampai risalah Allah yang benar dan di ridhai. Dan nanti di padang mahsyar, tiap umat Islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau dan menginginkan berada di barisan beliau. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendoakan beliau dengan cara memperbanyak shalawat kepada Rasulullah

>> Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang istri beliau, Sayyidatina Aisyah mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau. Rasulullah adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

>> Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh istrinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah sosok yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah sosok yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang Badui hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.

>> Dalam satu riwayat dikisahkan bahwa ketika beliau mengimami shalat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Seusai sholat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?.” “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

>> Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?.” Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

>> Teramat agung pribadi Rasulullah sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang Badui tentang akhlak beliau hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

>> Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah.

>> Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti beliau (Nabi Muhammad)”.

>> Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad Saw) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia” (HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumul qiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan sholawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.

>> Mari kita sampaikan salam dan shalawat kepada Rasulullah sallallahualaihiwasallam,,  yang dengannya kita akan peroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumul mahsyar. 
insyaAllah…Amiin.

p/s : di adaptasi dari >>
 Written by klulaku on March 10, 2010 – 2:57 pm -


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wednesday, December 1, 2010

~ jiwa Pemimpin ISLAM ~


ASSALAMUALAIKUM.......SILAKAN MEMBACA >> 

>> sedang membelek-belek kertas yang di fotostat,,lantas hati sangat tertarik dengan bacaan mengenai kepimpinan Islam,, jiwa-jiwa para pemimpin ISLAM....zuhud sikapnya,,tegas pendiriannya,,merendah diri dan pelbagai lagi sifat-sifat yang suci lagi murni.. persis RASULULLAH SALLALLAHUALAIHI WASSALAM.. mudah-mudahan kita semua dapat mencontohinya ~

>> antara kata-kata menarik yang di ungkapkan oleh pemimpin-pemimpin ISLAM yang kental IMANnya,, sufi serta tawadduk dalam perjalanan hidupnya ini antaranya :

~ ketikamana ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan gementar, Rasulullah saw bersabda kepadanya : "Tenangkan dirimu. kerana sesungguhnya aku bukan seorang raja, namun aku hanyalah seorang anak perempuan yang biasa memakan dendeng (daging kering )." 

~ Ibnu 'Asakir meriwayatkan dari Nu'man bin Basyir bahawa Umar bin al-Khattab r.a berkata dalam sebuah majlis yang di kelilingi oleh kaum muhajirin dan Ansar . "Apa yang akan kalian lakukan jika kalian melihat aku memudahkan ( memandang enteng ) beberapa urusan ?" mereka terdiam, lalu Umar mengatakan perkataan itu dua atau tiga kali. Akhirnya Basyir bin Sa'ad berkata : "Jika engkau lakukan hal itu, maka akan kami luruskan seperti meluruskan anak panah". Lalu Umar berkata : "Jadi kalianlah yang benar...... kalianlah yang benar........ ".

>> lihatlah,, ini baru sahaja dua contoh yang penulis bawakan untuk kalian...banyak lagi kata-kata emas yang amat menarik keluar dari hati yang suci para pemimpin berjiwa sufi ini lebih-lebih lagi apa yang di tonjolkan oleh junjungan besar Nabi muhammad sallallahu alaihi wassalam.... memang benarlah baginda adalah contoh teladan mahupun role model yang terbaik dalam kalangan umat manusia ciptaan-Nya.... Allahuakbar ~

>>cuba kita relatekan dengan diri kita..ada atau tidak ciri-ciri seorang pemimpin sebegini dalam diri kita... sebab apa penulis katakan begini? sebabnya kita semua adalah PEMIMPIN.. sesetengah orang mungkin akan terfikir bahawa takrif PEMIMPIN adalah khusus bagi mereka yang punya pangkat,,ataupun mereka yang mempunyai kuasa...tidak...bukan sebegitu yang penulis maksudkan... semua dari kita adalah PEMIMPIN..sekalipun kita tidak memimpin orang lain atau memimpin orang di bawah penguasaan kita,,tetapi SETIAP daripada kita ini adalah PEMIMPIN kepada dirinya sendiri..

>> kata bijak pandai >> " Barangsiapa mampu memimpin dirinya,,maka dia juga mampu memimpin orang lain. " 

>>pimpinlah diri kita ke arah yang betul agar  nanti kita juga mampu dan dapat memimpin orang di sekeliling kita ke arah kebenaran..lebih-lebih lagi menuju keredhaan-NYA..tiadalah indah hidup di dunia ini hatta kita di limpahi kekayaan yang melimpah ruah, keseronokan duniawi yang berpanjangan,,kebangaan pada rupa paras yang menawan,kacak.. tapi hakikatnya hatinya kosong, kontang serta tandus dengan siraman nur ilahi... nauzubillahiminzalikh ~ mintalah perlindungan agar kita tidak tergolong dalam kalangan ini..

~ Rasulullah sallallahualaihi wassalam bersabda : "Orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan dia beramal untuk hari selepas kematiannya. Sedangkan orang yang lemah (rugi ) pula ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya sambil menyandarkan (pelbagai impian ) daripada Allah". (Hadis Riwayat al-Tarmidzi)

>> di antara musuh yang paling dekat dalam diri kita adalah nafsu kita sendiri.. nafsu kadangkala mengajak kita ke arah kebaikan, kadangkala juga mengajak kita ke arah menjahanamkan diri sendiri.. berwaspadalah.. perlunya mujahadah dalam diri setiap individu Muslim..nafsu memang sukakan pada perkara keseronokan..tolaklah dengan IMANmu.. semoga kita menjadi raja kepada Nafsu..bukannya hamba kepada nafsu..dengan itu kita akan mampu memipin diri kita ke arah kebaikan.. seterusnya menuju toriq redha ilahi..insyaAllah ~
" lakukanlah apa-apa perkara yang Allah swt sukai dan bukan apa yang kita sukai" 

>> p/s : kdgkala kita sering tertewas dengan bisikan-bisikan yang mengajak kita melalui ''lorong-lorong gelap'' walhal kita tahu perkara itu salah,, melanggar syariat.. seteguh manakah iman kita..mampukah kita memimpin orang lain walhal dalam masa yang sama kita tidak mampu memimpin diri sendiri.. " islah nafsaka wa islah ghairuka.. perbaikilah diri kamu dan perbaikilah diri orang lain.. ".. kadangkala hati juga perlu di ketuk dengan  "percikan air " peringatan,,nasihat,, inzar... agar tidak leka dan tidak sewenang-wenangkan mempersiakan hidup di dunia yang semakin fana' ini..renung-renungkanlah.. nasihat & peringatan untuk penulis juga.. terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan yang sering  dan tidak putus-putus menegur khilaf dan silapku..tidaklah di namakan manusia jika dia seorang yang kamil (sempurna) .. aku juga hamba seperti kalian.. cawan yang mahal, cantik  serta di simpan di dalam kaca yang berkunci tidak akan terhasil dengan sendirinya melainkan jika ada orang yang sanggup mengambil, mengetuk, membentuknya mengikut acuan,,memanaskan, mewarnakannya,, mengilat permukaannya dengan sabar dan teliti sehinggalah cawan tersebut menjadi cawan yang benar-benar berkilau dan amat berharga dari yang lain... ~wallahua'lam~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce