728 x 90Advanced Acne Treatment

Sunday, November 27, 2011

:::: ISLAM itu TINGGI... tidak ADA yang lebih TINGGI darinya ::::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. تَحِيَّتُمْ بِتَحِيَّةِ الإِسْلاَمِ تَحِيَّةً طَيِّبَةً مُبَارَكَةً مِنْ عِنْدِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى.رب الشرح لي صدرى ويسرلي أمري وحلل عقدة من لساني يفقه قولي. الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين المبعوث رحمة للعالمين سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.أما بعد.        

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNYA, aku masih lagi di berikan kesempatan untuk bernafas dimuka bumi milikNYA, amiin... bersyukur juga kerana aku masih lagi di kurniakan nikmat iman & islam yang mana jika di lihat pada hari ini, ramai dalam kalangan saudara-saudara seislam ku, sekalipun bergelar ISlam namun seolah2 hanya gelaran semata-mata tanpa mahu menghayatinya.. nauzbulillah... 

Tidak lupa juga ingin aku ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H buat semua umat ISLAM di seantero dunia ini, terutama sekali bagi mereka yang rajin melayari blogku yang hampir 2 bulan xdupdate.. :)     petang tadi ada pengisian ilmu + rohani buat diriku yang saban waktu perlu di siramkan dengan siraman air-air kerohanian... petang td perkongsian ilmu berkisar mengenai HIJRAH... xpasal2 aku kena jadi pengerusi.. it's ok.. wpun xbersedia, but still cool... insyaAllah.. perkonsian ilmu di mulakan dengan beberapa orang sahabatku memberikan pandangan2 serta buah-buah fikiran mereka mengenai pengertian HIJRAH.. rata-rata sahabat2ku memberikan point yang lebih kurang iaitu berkisar HIJRAH DARI SUDUT AKHLAK iaitu >> berpindah@ berubah dari sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik....... @pun berubah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik....  tiba pada turn aku...



aku :  "pernah dengar x lagu MAAL HIJRAH??..
sahabat2 :  Pernahhh... suasana yang agak serius sejak awal tadi mula kecoh sdikit.. (memang itu hasratku..iaitu untuk menghidupkan suasana taman ilmu yang agak suram sejak tadi..alhamdulillah agak berhasil)
ustazah : haaa.. cuba dengarkan sikit lagu tu...nak dengar jugak..
aku: aishh ustazah... xpe ke ustazah? (merah padam muka aku xtaw nak sorok mana.. )
ustazah : xpe... :)
aku: emmmm... ok, maaflah ye kalaw xsedap...xbape sihat..
sahabat2: hehehe (masing2 xsabar nk mendengar...)
aku: ~ HIJRAH itu PENGORBANAN........ ~
         ~ HIJRAH itu PERJUANGAN..... ~
         ~ HIJRAH itu PERSAUDARAAN... ~
         ~ HIJRAH membentuk PERPADUAN... ~
         ~ Oleh itu..mari semua kita sambut MAAL hijrah.... ~
         ~ tingkatkan semangat, TEGAKKAN KEADILAN... ~
         ~ UNTUK SEPANJANG ZAMAN......... ~

aku : aishh maaf..pitching lari.. :)
sahabat2 + ustazah : ^_^

(ok habis dah bab tu.. juz iklan je tadi tu... :) now i want to share about the istifadoh/moral values from the HIJRAH's story........ )

Antara pengajaran yang boleh di ambil ialah :


1) peristiwa hijrah merupakan peristiwa di mana NABI SAW berusaha bersungguh2 untuk menyelamatkan AKIDAH UMAT ISLAM...NABI SAW mengatur strategi serta sanggup berkorban demi kelangsungan akidah umat ISLAM.. 

2) banyaknya pihak yang berganding bahu dalam merealisasikan HIJRAH NABI SAW.. antaranya : Saidina Abu Bakar as-Siddiq (sahabat yang setia menemani Rasulullah saw), Saidina Ali bin Abi Talib (sahabat yang tidak punya rasa gentar untuk menggantikan tempat tidur Rasulullah saw), Asma' binti Abu Bakar (puteri Saidina Abu Bakar alaihissalam yang berulang-alik menghantarkan makanan ke Gua Thur & Asma' juga di tampar oleh Abu Jahal kerana tidak mengetahui kedudukan Rasulullah ada di mana...), Abdullah bin Uraiqit (sebagai penunjuk arah kepada Nabi saw)...

3) selain itu, makhluk2 Allah merangkap tentera-tentera Allah swt seperti al-ankabut (labah-labah), al-usfur (burung merpati), al-ghonam (kambing) dsb.. juga memainkan peranan penting dalam MISI HIJRAH NABI SAW... makhluk2 Allah ini telah membantu memperdayakan musuh-musuh Allah daripada menangkap Rasulullah saw.. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,, labah2 & burung merpati dalam peristiwa HIjrah Nabi ini telah membantu Rasulullah saw dengan membuat rumah serta sarangnya di hadapan pintu masuk gua, (memang xlogik kalau ada org masuk gua ni sedangkan di pintu masuk gua ni ada sarang labah2 & sarang burung merpati.....) kambing pula telah membantu Rasulullah dengan menghapuskan jejak2 kaki Rasulullah di padang pasir agar musuh2 Islam tidak dapat menjejaki baginda... subhanallah alangkah indahnya aturan Allah....

4) daripada peristiwa HIJRAH ini juga NABI telah membina sebuah MASJID QUBA' seusai tiba di MADINAH AL-MUNAWWARAH @ YATHRIB... (simbolik daripada pembinaan masjid ini ialah NABI saw amat menitikberatkan soal AMAL IBADAH terutama SOLAT kerana jika umat ISLAM hanya mempunyai AKIDAH semata-mata, namun TIADA AMAL tiada gunanya.. apa yang sepatutnya ada dalam diri kita UMAT ISLAM ialah apabila AKIDAH kita mantap, insyaAllah AMAL pun turut meningkat (untuk diriku lebih2 lagi..) 

5) peristiwa HIJRAh juga memaparkan mengenai PERSAUDARAAN antara kaum MUHAJIRIN (yang sehelai sepinggang) dengan kaum ANSAR..

6) NABI SAW juga di angkat menjadi pemerintah di MADINAH AL-MUNAWWARAH..

7) PIAGAM MADINAH juga terbentuk & meletakkan HUKUM-HUKUM ALLAH yang akan menyelamatkan umat ISLAM..

dan banyak lagi istifadoh yang boleh kita ambil daripada peristiwa HIJRAH Nabi SAW... mengapa peristiwa HIJRAH di kaitkan dengan AWAL MUHARRAM ya?? agak2nya siapa boleh berikan saya jawapan yang tepat?

Bagi pendapatku, peristiwa HIJRAH ini di kaitkan dengan AWAL MUHARRAM kerana MUHARRAM merupakan BULAN PERTAMA dalam kalendar ISLAM.. dan PERISTIWA HIJRAH merupakan titik tolak bagi permulaan perkembangan ISLAM... yang di bawa oleh junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW... subahanallah betapa besarnya TADHIAH yang di lakukan oleh junjungan besar NABI kita demi menegakkan ISLAM TERCINTA... OLEH itu, tidak mustahil baginda di gelar sebagai kekasih ALLAH SWT... Allahurabbi..

p/s : ISLAM YU'LA WALAM YU'LA ALAIHI ~ >> ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi selainnya.. akhirulkalam, SALAM MAAL HIJRAH 1433H sekali lagi & SELAMAT BERHIJRAH!! :)



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, October 1, 2011

~ Lihat Yang Dibawah ~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
dengan menyebut kalam suciMU Ya Allah.. berkatilah penulisanku ini.. 
~ kadangkala kita sering merugut, mengeluh mengenai nasib diri yang serba kekurangan.. namun kita tidak sedar, ada hamba Allah yang masih mampu tersenyum sekalipun dirinya tidak punya apa-apa.. bersyukurlah dengan apa yang ada.. sentiasalah lihat orang yang di bawah mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNYA.. ~

 p/s : "dan barang siapa yang bersyukur atas pemberianKU akan AKU tambahkan nikmat ke atasnya"- (sila rujuk tafsir al-Quran al-Karim..penulis ingat maksud tapi xingat surah & ayat brapa.. t penulis check smula ye.. penulis ada hal ni.. nak cepat.. k. smoga bermnfaat wallahual'lam ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Tuesday, September 27, 2011

~ Maafkanlah..bila Hati tak sempurna MencintaiMU~

  ::::: Opick - Rapuh ::::::

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
 
~ ulama sufi : ABU SULAIMAN AD DARANI berkata : '' Jika akhirat memenuhi ruang hati maka dunia tetap akan datang mendampinginya.. namun tatkala dunia yang memenuhi hati maka akhirat akan menyisih kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang hina''.. ~





Saturday, April 30, 2011

~ AkU & KaMu MeMerLukaNnya ~


>> ku mulai setiap langkah & perbuatanku dengan menyebut kalam murnimu ,,
:: BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM::

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh…… kepada semua pembaca & pengunjung yang singgah di laman blog ini.. jazakumullah khairan kathira.. selawat dan salam tidak di lupakan buat junjungan besar kita dan penghulu segala anbiya’ , Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam, sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam. Selawat dan salam juga ke atas ahli keluarga serta para sahabat baginda serta orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan sehingga ke hari kiamat.
Alhamdulillah, segala puji-pujian serta kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan ruang & juga peluang buat penulis untuk mengupdate’ laman yang hampir b’sawang ni.. ^_^ sekalipun penulis sdg mnghadapi final exam.. & tugas2 yg lain.. Tidak di lupakan juga nikmat IMAN & ISLAM yang masih lagi b’semadi dlm diri penulis sehingga ke saat ini.. Alhamdulillah… sementelah penulis dlm mood final exam…jom.. penulis nk share something mngenai “KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU”.. yang merupakan bekalan dunia wal akhirat bagi seluruh umat manusia di atas muka bumi Allah swt ini.... myb bgi sstgah org agak jemu dgn tajuk ni sbb dah acapkali prkara ni di bincgkan,di ceramahkan, di kuliahkan di merata2 tempat, but penulis nk share juga..manusia kan sifatnya pelupa, perlu di ingatkan sokmo.. ke guane? (kecek ganu sikit2 jah dok reti royak byk2 kek g di ketawakan..) ^_^
Ok, straight 2 da point >> di dalam Al-Quranul karim, banyak firman Allah swt yang mengangkat darjat, memuji org2 yang berilmu, membandingkan antara org2 yg b’ilmu & x b’ilmu dsb……. Kewajipan mnunut ilmu juga berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
1 ::' 'Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui” – (surah an-Nahl : 43).
2 :: “katakanlah : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? “ – (surah az-Zumar :9)
3 :: “Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya, hanyalah orang-orang yang berilmu” – ( surah Fathir : 28)
4 :: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat “ – (surah al-Mujadilah : 11)

Rasulullah sallallahualaihiwasalam juga bersabda  : “ Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila di perlukan kepadanya ia akan memberi manfaat (kepada orang lain) dan jika ia tidak di perlukan ia akan menjaga dirinya (dari orang lain)”. – Riwayat Imam al-Baihaqi.
Baginda juga bersabda : “Kematian satu kabilah (puak) lebih mudah bagiku dari kematian seorang alim”. – Riwayat at-Thabrani.
Namun, perlu juga di ingat, jika kita menuntut ilmu tidak kena dengan caranya dan bukan kerana ALLAH, maka akan tergolonglah kita di dalam kelompok yang di sebutkan oleh Rasulullah ini,, di riwayatkan juga dari Rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Sesiapa menuntut ilmu kerana empat perkara ia akan di masukkan ke dalam neraka iaitu menuntut ilmu kerana untuk bermegah dengan ilmunya di depan para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang yang jahil/bodoh atau untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya atau untuk memperoleh harta kekayaan dari pemerintah”. (seram juga bila baca hadis ni..manalah tahu pernah terlintas di hati yang sokmo b’bolak balik ni) Nauzubillahiminzalikh……
Berkata Imam Malik radiallahuanhu : “ Selayaknya seorang mukmin itu memiliki empat perkara, binatang/kenderaan yang tangkas, rumah yang lapang, pakaian yang cantik  dan pelita yang meneragi. Adapun yang di maksudkan dengan kenderaan yang tangkas ialah AKAL, rumah yang lapang ialah SABAR, pakaian yang cantik ialah SIFAT MALU dan pelita yang menerangi ialah ILMU”.
Berkata Syeikh Muhammad at-Tastari dalam tafsiran al-Qurannya : “ ketahuilah bahawa sesungguhnya ilmu itu ibarat LAUTAN  BERGELORA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA. Dan sesungguhnya satu ayat dari AL-QURAN adalah ibarat satu lautan yang tidak akan berupaya di rentas oleh seorang pun,dengan berenang”. [** maksudnya : ilmu al-Quran xakan habis di timba skalipun ssorg habiskan waktu utk itu.]
Berkata Imam as-Syafi’e : “Sesiapa mempelajari al-Quran akan besar nilai dirinya. Sesiapa mempelajari ilmu Feqah, akan tinggi kedudukannya. Sesiapa mempelajari hadis akan kuatlah hujahnya. Sesiapa mempelajari ilmu Hisab, akan hebatlah buah fikirannya. Sesiapa mempelajari ilmu Gharib, akan haluslah tabiatnya. Sesiapa yang tidak memuliakan dirinya, tidak akan memberi manfaat kepadanya akan ilmunya”.
Syeikh Abu Hasan as-Syazili pernah berkata : “Tidak sempurna seorang alim pada kedudukan ilmu shinggalah ia di uji dengan empat perkara di mana jika ia mampu bersabar berhadapan dengannya, maka ALLAH akan menjdikannya pemimpin yang diikuti iaitulah 1) kegembiraan musuhnya (apabila melihat ia ditimpa musibah/ujian) 2) celaan dari kawan-kawan. 3) tuduhan atau fitnah dari orang-orang jahil. 4) hasad dengki dari para ulama (yang jahat)’’.
Rasulullah salallahualaihiwasallam bersabda : “Tuntulah ilmu sekalipun di negeri China”. (kenapa negara China eh,,sape2 tahu share la ye..tapi bagi pndgn penulis ayat ni adalah kinayah @ kiasan dalam ilmu Balaghah yg mmberi maksud tuntutlah Ilmu sekalipun trpksa merantau jauh ke tmpt2 & negra2 org lain,, if I’m not wr0ng..but kalu salah tlg betulkan ye..) ^_^
Syeikh Ahmad as-Shoqi pernah berkata : “Sesiapa menuntut ilmu, maka tuntutlah ia dengan usaha dan kesungguhan bukan kerana berlengah-lengah dan bermalas-malas. Sesungguhnya ilmu tidak datang kecuali kepada orang yang bersungguh-sungguh dan orang yang merinduinya samada ilmu itu ilmu yang di peroleh dengan usaha atau ilmu melalui pemberian. Mnjadi satu kemestian bagi org yang mencari ilmu utk berusaha keras,merasai kepayahan/kepenatan dan berlawan dgn nafsunya”.
Ada ungkapan yang mengatakan ; “Ilmu-ilmu itu tertutup/terkunci. Soalan- soalan adalah anak kuncinya”. ( maksudnya di cni >> ilmu itu terkunci, utk mmbukanya ialah dgn selalu b’tnya soalan kpd org alim)…
Banyak lagi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Rasulullah saw, kata-kata mutiara, kata hikmah yang ber’cerita’ mengenai ilmu & sangkut-paut yang berkaitan dengannya…… mudah-mudahn perkongsian yang sdikit ini dapat memberi manfaat kepada penulis & pembaca sekalian….. insyaAllah ~ AKU & KAMU MEMERLUKANNYA ~ wallahua’lam.
** Sumber bacaan dari buku : 50 kewajipan seorang Muslim oleh Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil **
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, March 19, 2011

~Tak KEnal maka xTahu~


Assalamualaikum buat pengunjung, pelawat dan pembaca blog yang xseberapa ni... Alhamdulillah masih lagi di berikan kesempatan untuk terus menghidupkan laman ni.. da lama jugak xupdate :)... xpe2 dont wori, xupdate blog bukan satu masalah pun, yg penting kene update amal & iman sokmo, insyaAllah ~ 

>> penulis nak share sedikit daripada buku yg penulis baca tajuknya : 50 kewajipan seorang MUSLIM, oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali serta di syarah oleh Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar..serta di terjemah oleh Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil...penerbitan Dar Hakamah.......

 >> perkara 1 yang di sebut dalam buku ini ialah berkenaan " MENGENALI TUHAN YANG DI SEMBAH SEBELUM MENYEMBAHNYA"....

>> kewajipan ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :


"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya, dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNYA hanyalah orang yang berilmu. sesungguhnya Allah  Maha Kuasa, Lagi Maha Pengampun. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab  Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian" - {surah al-Fatir : 27-29}

>> bersibuk dengan ilmu oleh seorang yang bertakwa itu LEBIH BAIK, LEBIH AFDAL kerana ibadah orang yang jahil menyesatkan....terdapat dalam satu hadis qudsi : '' maka hendaklah kamu mengenaliKU sebelum kamu menyembahKU. Sesiapa tidak mengenaliKu, Maka bagaimana Ia menyembahKu".

p/s : samalah juga halnya dengan perkara yang kita sayangi atau cintai, bagaimana mungkin kita menyayangi atau mencintai sesuatu/seseorang sebelum  kita mengenali si empunya badan.. seperti Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw...bagaimana mungkin kita boleh mengatakan bahawa kita merindui, mencintai baginda? tapi dalam masa yang sama kita tak tahu pun siapakah baginda serta tidak mengikut segala ajaran-ajaran yang d bwa oleh baginda...ada pepatah /kata2 yang mengatakan "jika kita mengingati seseorang, orang itu akan ingat pada kita"....cuba kita ubah sedikit kata2 ni menjadi begini >> "Jika kita mengingati Allah dalam setiap tindak tanduk kita, insyaAllah Allah akan mengingati hamba-hambaNya yang ingat kepadaNYA"... baru best kan ayat ni... :) insyaAllah sama2lah kita berebut-rebut untuk menarik perhatian Allah kepada kita.. alangkah bahagianya ~ wallahua'lam.....insyaAllah will b continue with other thing from this book ...... :)


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Monday, February 28, 2011

~ panaHan maTa ~


~~ memerhati GELagat & RAGAM org d sekeliling 

kdgkala menmbulkan rasa 







keINSAFAN, keGEMBIRAAN
 
keSERONOKAN,keSEDIHAN dsb.. 

lihatlah dengan MATA HATI pasti akan ketemu 'SeSuAtU'

dlm diri setiap indvdu yg d jumpai @ yg d perhati..

ssghnya penciptaan manusia itu juga 

mmberikan peNGAJARAN buat manusia yang lain...

smOga PANDANGAN itu bernilai IBADAH ~~

Wallahua'lam..........


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Monday, February 7, 2011

~ jadilah PengGUNA yang Bijak ...... ~


::::: Bismillahirrahmanirrahim:::::

Dunia hari ini......... >>

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan muhrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

>> Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan muhrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

>>Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

>>Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

p/s : agak2nya kita pernah buat x..........
think 4 a while........
setiap detik itu tarbiyyah......
tarbiyyah utk orang lain = tarbiyyah utk diri kita......
setiap hambaNya tiada yang sempurna.....
usahlah angkuh sehingga tidak mahu meminta pada-Nya...
bukanlah di lihat pada rupamu yang menarik mahupun sebaliknya...
bukan juga di lihat pada baju yang di sarung di tubuhmu...
bukan juga pada kenderaan yang engkau naiki....
akan tetapi dilihat pada benda yang tidak bisa di lihat dengan mata kasar...
iaitu hati & apa yang ada dalam hati..........
hati-hatilah dalam menjaga hati...
kerana boleh jadi hati itu membawa diri yang hina terus menjadi dina...
mungkin juga hati itu bisa membawa pemiliknya terlebih-lebih cintakan dunia...
lantas melupakan yang DI SANA....
hati ini juga jika di biarkan kosong dan sepi bisa membuatkan,,
orang yang waras menjadi tidak siuman........
carilah hatimu... di mana kau letakkannya..
jika masih tidak ketemu....
pintalah agar di berikan hati yang baru...
bersih dari segala dosa dan noda..
kembali kepada Tuhannya dalam keadaan fitrah...
alangkah indahnya saat itu jika hati seumpama itu menjadi milikku...
usah kotori hati yang satu... 
kerana kelak kita akan kembali menghadap Tuhan Yang Maha Agung...
.......UniSZA , kampus KUSZA, kuala terengganu.......
..............................................................................

Saturday, February 5, 2011

~ Carilah......... ~

...Bismillahirrahmanirrahim...

~ Carilah Cinta ~

>> Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

>> Carilah cinta yang abadi

yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu


>> Di dalam mencari cinta yang sejati

Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

>> Carilah cinta yang sejati

yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

>> Namun janjinya

Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

>> Di dalam mencari cinta yang sejati

Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

>> Namun janjinya

Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

>> Yakinlah kepada Tuhan-Mu

Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki


 p/s : di mana tahap cintaku..............................

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, January 15, 2011

~ Ketenangan bersamaMu..~


...:::: INDAHNYA HIDUP DALAM SYARIAT ISLAM ::::...

>> Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini... Alhamdulillah..baru berkesempatan untuk mengupdate... smoga pengisian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya kepada penulis yang masih lagi terkapai-kapai dalam mencari jalan mawaddah wa rahmah..... ~

>> Indahnya hidup di dunia andainya kita mengikut syariat yang telah di tetapkan oleh Allah swt... apa hukumnya bagi seseorang yang belajar agama, tahu syariat akan tetapi dia sendiri melanggar syariat tersebut.....malah apa yang lebih malang sekali seseorang itu berbicara pada orang lain untuk mengikut syariat tersebut akan tetapi dia sendiri melanggarnya....nauzubillahiminzalikh.... ~

>> Muslim dan syariat Islam memang tidak dapat di pisahkan... ibarat isi dan kuku.... ibarat irama dan lagu... sangat berkait antara satu sama lain.. ya..memang tidak boleh di pisahkan....namun apa yang terjadi pada hari ini ramai yang memisahkannya.. entah di mana silapnya syariat ISLAM... di tinggalkan keseorangan... di biarkan kesepian...tidak di endahkan...tidak di hiraukan....alangkah luluhnya hati ini tatkala melihat orang yang kita cintai pergi meninggalkan diri ini... di biarkan keseorangan...kesepian... terkapai-kapai mencari orang yang di cintai walaupun hakikatnya dia sudah jauh meninggalkan kita......begitulah jika kita tamsilkan Muslim & Islam...Islam sentiasa mencari jiwa-jiwa yang memerlukannya...namun amat pedih untuk menelan pedihnya hati ini tatkala melihat jiwa-jiwa yang telah di tanam dengan Islam sejak lahirnya...namun mereka sanggup melarikan diri untuk tidak terikat dengannya... Islam amat mencintai jiwa-jiwa yang menghargainya.....entah di mana kurangnya syariat ISLAM...teganya dia pergi meninggalkannya...malah membina syariatnya yang tersendiri.. Subhanallah... mudah-mudahan Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepadanya...~

>> Berasa mulia dengan kebenaran ISLAM dan yakin kepada ALLAH swt....adalah salah satu ciri-ciri bagi mereka yang menghayati & memperjuangkan deen ALLAH swt... ini juga adalah antara salah satu sifat bagi orang-orang yang beriman.Firman Allah swt yang mafhumnya bermaksud : 

" Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa dukacita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman".. (al-IMRAN : 139)

>> individu yang menghayati serta memperjuangkan ISLAM harus terikat dan menurut ajaran ISLAM...iman bukanlah sekadar cita-cita....iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan di buktikan melalui amal-amal perbuatan...ALLAH swt sering mengaitkan antara IMAN & AMALAN.... FIrman ALLAH swt yang bermaksud :

" ......orang-orang yang berIMAN dan berAMAL soleh.. " (al-ASR : 3 )

Dalam hubungan ini...ALLAH swt telah mengingatkan kepada kita semua , janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.... Firman ALLAH swt :

 " Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab, tidakkah kamu berfikir?" (al-BAQARAH : 44)

"Amat besar kemurkaan Allah swt jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.." (as-SAFF :3)

>> selain itu, mereka akan lebih sensitif dengan ISLAM....ini bermakna mereka yang memperjuangkan ISLAM sentiasa mengutamakan kepentingan terhadap ISLAM....

sabda Rasulullah saw : "berkisarlah untuk kepentingan Islam  dimana kepentingannya berkisar".

Baginda mengingatkan lagi kepada kita dengan sabdanya yang bermaksud : "sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain, maka ia bukanlah dari golongan mereka (ISLAM ). "

>> sanggup bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan amilin-amilin ISLAM...apabila kita mengakui diri kita sebagai seorang MUSLIM,,secara tidak langsung kita harus bekerja untuk ISLAM..  

sabda Rasulullah saw bermakud : "seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. sebahagiannya meneguhkan sebahagiannya yang lain.." 
 
>> GELOMBANG HIJAU semakin mara.... allahummansurna fil iSLAM... ALLAHU AKBAR.. wallahua'lam...

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله , الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce