Assalamualaikum buat pengunjung, pelawat dan pembaca blog yang xseberapa ni... Alhamdulillah masih lagi di berikan kesempatan untuk terus menghidupkan laman ni.. da lama jugak xupdate :)... xpe2 dont wori, xupdate blog bukan satu masalah pun, yg penting kene update amal & iman sokmo, insyaAllah ~
>> penulis nak share sedikit daripada buku yg penulis baca tajuknya : 50 kewajipan seorang MUSLIM, oleh Syeikh al-Imam Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ali serta di syarah oleh Syeikh Yaakob Bin Muhammad Mokhtar..serta di terjemah oleh Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil...penerbitan Dar Hakamah.......
>> perkara 1 yang di sebut dalam buku ini ialah berkenaan " MENGENALI TUHAN YANG DI SEMBAH SEBELUM MENYEMBAHNYA"....
>> kewajipan ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya, dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNYA hanyalah orang yang berilmu. sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Lagi Maha Pengampun. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian" - {surah al-Fatir : 27-29}
>> bersibuk dengan ilmu oleh seorang yang bertakwa itu LEBIH BAIK, LEBIH AFDAL kerana ibadah orang yang jahil menyesatkan....terdapat dalam satu hadis qudsi : '' maka hendaklah kamu mengenaliKU sebelum kamu menyembahKU. Sesiapa tidak mengenaliKu, Maka bagaimana Ia menyembahKu".
p/s : samalah juga halnya dengan perkara yang kita sayangi atau cintai, bagaimana mungkin kita menyayangi atau mencintai sesuatu/seseorang sebelum kita mengenali si empunya badan.. seperti Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw...bagaimana mungkin kita boleh mengatakan bahawa kita merindui, mencintai baginda? tapi dalam masa yang sama kita tak tahu pun siapakah baginda serta tidak mengikut segala ajaran-ajaran yang d bwa oleh baginda...ada pepatah /kata2 yang mengatakan "jika kita mengingati seseorang, orang itu akan ingat pada kita"....cuba kita ubah sedikit kata2 ni menjadi begini >> "Jika kita mengingati Allah dalam setiap tindak tanduk kita, insyaAllah Allah akan mengingati hamba-hambaNya yang ingat kepadaNYA"... baru best kan ayat ni... :) insyaAllah sama2lah kita berebut-rebut untuk menarik perhatian Allah kepada kita.. alangkah bahagianya ~ wallahua'lam.....insyaAllah will b continue with other thing from this book ...... :)
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_