728 x 90Advanced Acne Treatment

Friday, December 2, 2016

Teladani 5 Cara Islam Dalam Mendidik Zuriat

Akhlak yang baik menjadikan peribadi anak-anak sebagai seorang muslim yang baik. Mulakan silibus mengajar anak-anak dengan akhlak Rasulullah SAW. Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah akhlak al-Quran.

Anak atau zuriat merupakan anugerah dari Allah SWT kepada pemenerima amanah; sama ada sebagai ibu-bapa kandung, pengasuh mahupun guru.

Selain bertanggungjawab menamakan zuriat dengan nama yang baik dan memberikan nafkah, para ibu bapa juga wajib mendidik dan membesarkan anak-anak mereka sesuai dengan tuntunan Allah SWT yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik.

Terdapat banyak cara dalam mendidik anak-anak mengikut lunas Islam, antaranya;



1- Memperkenal Anak-anak Dengan Kalimah Tauhid

“Bukakanlah untuk anak-anak kalian pertama kalinya dengan kalimat La ilaha illallah (tiada sesembahan yang hak kecuali Allah).” -Hadis Riwayat al-Hakim dari Ibnu Abbas

Sebaik sahaja anak-anak dilihat sudah berada di peringkat umur yang sesuai, kenalkan mereka dengan ajaran akidah, akhlak dan syariat Islam yang ringan dan mudah difahami. Latihlah anak-anak mengucapkan salam, menghafal doa-doa harian, seperti doa sebelum makan, doa ketika hendak tidur dan sebagainya.

Jika dibiasakan setiap hari, pasti anak-anak akan terdidik untuk mengingati Allah sebelum melakukan sesuatu. Bahkan anak-anak akan terbentuk menjadi seseorang yang berserah diri kepada Allah SWT. Sehinggakan apabila dewasa kelak, mereka sentiasa bersedia menghadapi kehidupan.

Pendek kata ajarlah anak mengenal Allah dan ciri-ciri seorang hamba dengan takut kepada Tuhannya. Dengan itu anak-anak akan lebih lekas menjadi matang.

2- Mengajarkan Anak Mencintai Al-Quran Dan As-Sunnah

“Ajarkanlah mereka untuk taat kepada Allah dan takut bermaksiat kepadaNya, serta suruhlah anak-anakmu untuk menaati perintah-perintahnya dan menjauhi larangannya, kerana hal itu akan memelihara mereka dan kamu dari api neraka.”- Hadis Riwayat Ibnu Abbas

Sejak anak-anak mulai mengenal huruf ajarkan mereka mengenali al-Quran. Bukan sahaja mengajar membaca dengan hukum tajwid yang betul, tetapi termasuk menceritakan ajaran yang terkandung dalam setiap ayat dalam al-Quran.

Selain itu, ajarkan anak-anak akan amalan sunnah dengan bersama-sama melakukannya, seperti berpuasa sunat dan makan dengan cara sunnah. Kenalkan mereka tentang ‘pahala’ dan ‘dosa’ serta hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam al-Quran.

3- Ajar Dan Perintahkan Solat

Ibu bapa mestilah bertanggungjwab mengajarkan anak-anak mereka cara solat, sebaik-baiknya ketika berumur tujuh tahun. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW;

“Perintahkanlah anak-anakmu melaksanakan solat pada usia tujuh tahun dan disaat mereka telah berusia sepuluh tahun pukullah mereka jika tidak melaksanakkannya dan pisahkanlah tempat tidurnya.” -Hadis Riwayat al-Hakim dan Abu Daud

4- Mendidik Anak Mencinta Nabi Dan Keluarga Baginda

Bagi merapatkan anak-anak dengan ajaran Islam, ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan mereka dengan kehidupan para nabi dan rasul serta ahli keluarga Baginda, termasuklah para tokoh Islam yang lain. Sentiasa bercerita kepada anak-anak tentang kisah-kisah teladan para sahabat, para alim ulama dan golongan soleh.

Sabda Rasulullah:

“Didiklah anak-anakmu atas tiga hal; mencintai nabimu, mencintai ahli baitnya dan membaca al-Quran, kerana orang yang mengamalkan al-Quran nanti akan mendapatkan naungan Allah SWT pada hari ketika tiada naungan kecuali dariNya bersama para nabi dan orang-orang yang suci.”-Riwayat at-Tabrani

Oleh itu, ibu bapa jangan sesekali berkira-kira untuk membeli buku-buku cerita berkaitan para nabi dan berkaitannya untuk dibacakan kepada anak-anak, terutamanya sewaktu mereka mahu tidur.

5- Teladani Akhlak Yang Baik

Akhlak yang baik menjadikan peribadi anak-anak sebagai seorang muslim yang baik. Mulakan silibus mengajar anak-anak dengan akhlak Rasulullah SAW. Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah akhlak al-Quran. Bahkan baginda pemilik akhlak terbaik dalam kalangan manusia,

Firman Allah;

‘’Kemudian, dalam mendidik akhlak anak-anak, ibu bapa sendiri mestilah menunjukkan teladan yang baik dalam keluarga. Dari kecil, ajarkan mereka menyantuni golongan tua, mengucapkan terima kasih jika mendapat sesuatu, selain melatih mereka meminta maaf jika melakukan kesilapan.’’
Dengan itu, anak-anak pasti akan tumbuh dengan akhlak mulia dan membaja sehingga dewasa. Bahkan bijak membezakan perbuatan yang baik dan sebaliknya.

Oleh yang demikian, jauhilah anak-anak daripada pengaruh buruk, seperti rancangan televisyen yang menggunakan bahasa kesat yang bakal memeberi kesan negatif kepada anak-anak.

Cara lain, didiklah anak-anak dengan kesabaran dan kelembutan, dendalah dengan cara yang tidak berlebihan selain menerapkan suasana sekeliling yang positif. Jangan mudah menyalahkan anak-anak tetapi sentiasa menyokong minat mereka.

Banyakkan memberi penghargaan dan pujian demi menaikkan semangat mereka.
Jangan pilih kasih dan tunaikan permintaan mereka selagi tidak berlebihan. Apabila semakin dewasa jadikanlah anak-anak sebagai kawan agar hubungan kasih-sayang sentiasa terjalin mesra.

Akhirnya, doa sangat penting dalam melahirkan anak-anak yang baik dan soleh. Apalah erti mendidik tanpa doa dan keiziinan dari Allah SWT;

“Dan (hamba-hamba ar-Rahman adalah) mereka yang mengatakan: ‘Ya Tuhan kami! Anugerahkan kepada kami, isteri-isteri dan keturunan kami yang akan menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin untuk orang-orang yang bertakwa’.” - Al-Furqaan: 74

Sumber : http://tazkirah.net/teladani-5-cara-islam-dalam-mendidik-zuriat/
Anda mungkin boleh dapat lebih tips di sini : 
DidikAnak.com AnakPintarCerdas.com

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce