728 x 90Advanced Acne Treatment

Sunday, November 29, 2009





Aku pelik,, kenapa saudara seIslamku tak pakai tudung..
Walhal dahulu dia belajar agama denganku di satu sekolah yang sama..
Ustaz,ustazah pun dah beritahu perempuan yang sudah baligh wajib memakai tudung dan menjaga auratnya..
Aku pelik,,kenapa saudara seIslamku tak menutup auratnya..
Walhal bapanya adalah seorang muazzin di surau..
Menyeru orang ramai menyahut seruan 5 waktu..
Ya memang benar iman tak dapat di warisi..
Aku pelik,,kenapa saudara seIslamku dengan slumbernya boleh bertepuk-tampar,,bergurau-senda dan ke hulu-hilir menaiki motor & kereta keliling kampung bersama teman lelakinya..
Walhal dia langsung tiada ikatan yang sah dengan lelaki e2..
Mana ayahnya?mana ibunya?
Kenapa di biarkan anak mereka melakukan perkara begini..
Adakah saudara seIslamku itu memang tidak tahu @buat2 tak tahu sehingga sanggup mencabar dirinya utk menentang hukum ALLAH..



Aku heran,kenapa setiap kali aku menonton tv..
Banyak sungguh hiburan di sana sini..
Mana rancangan ilmiahnya? Boleh dikira dgn jari..
Banyak sungguh pengaruh barat yang sudah masuk..
Bijak sungguh mereka mempengarui fikiran anak2 muda &
remaja belia..
Senjatanya mudah sahaja iaitu melalui hiburan..
Artis di jadikan idola..
Menyanyi dgn suara yang merdu,di tambah pula dgn solekan di wajah..
Berpakaian seperti orang yang telanjang..
Sudah cukup untuk mengetarkan hati hamba2 yang bergelar muslim..
Aku bertambah heran,kenapa ramai artis2 terdiri daripada bangsa dan agamaku sendiri..
 Tetapi gaya,tingkah laku,cara pakaian,dll langsung tidak mengambarkan hakikat dirinya yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM..
 Adakah mereka memang tak tahu atau buat2 tak tahu?
Aku pun tak tahu..
Yang pasti aku nak ambil tahu..
Sebab mereka adalah saudara seIslamku..
................








Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce