..::: JANGAN SEDIH,,JANGAN MENGELUH ::..
** Salam kepada pengunjung blog ana yg tak seberapa nie..
harapnya sentiasa berada dlm naungan rahmat Allah swt. Setiap dari kita mesti tidak lari dari pelbagai masalah,kesusahan,tak kiralah masalah papepun..masalah family,kawan,kewangan, pelajaran dll...umm,,apa yg kita buat ye?? klu kita ada masalah cmnie..
termenung??menangis?? mengurungkan diri dlm bilik?? atau bunuh diri!!! masya-Allah nauzubillahi min zalikh..
** Sebenarnya kita patut bersyukur dengan masalah2 yg datang kat kita. kita tak minta,,tapi ia datang dgn sendirinya...selalu kita dgr orang berkata @ mengeluh..(ishh tension r hidup cmnie! selalu je ada masalah..apa r malang nasib aku nie..selalu dpt masalah..baik aku mati je camnie,,tak payah serabutkan kepala..) umm,,i2lah antara dialog2 org yg selalu mengeluh bila dirinya di timpa masalah..tapi bukan sume org cam2.. berbalik pada persoalan tadi,, kenapa kita perlu bersyukur dgn masalah yg dtg pada kita??sebenarnya masalah2 inilah yang membantu kita..(eh,,kenapa membantu pulak!peningkan kepala adalah..) sebenarnya masalah2 nilah yang membantu kita untuk lebih mematangkan diri,,sebabnya kita telah dikurniakan oleh Allah swt dengan akal..yang membezakan diri kita dengan makhluk yang laen..
** Dengan akal inilah kita boleh berfikir dengan lebih cergas,efektif,kreatif,inovatif dll bagi mengatasi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah2 kita tu.. cuba bayangkan klu kita xde masalah..relax je..goyang kaki...bersuka-ria g jalan2,habiskan duit bershopping dll.. tentu otak kita xbape aktif..neuron2 dlm saraf otak kita pun x berkembang .betol x??umm,, sebab 2lah kita patut sangatlah bersyukur dengan masalah2 yang datang kat kita..bukannya mengeluh..
percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2-Nya..
** Selain itu,,kenapa kita perlu bersyukur dgn adanya masalah2 nie??(umm,,apa lagi ye..) kebiasaannya apabila kita di timpa masalah,kesedihan dll..kita akan cuba mengasingkan diri dr org ramai,, berdiam diri,,bermonolog sendirian.. ( wpun x sume org buat cmnie,,tp hasil kajian dan pemerhatian mengatakan YA!) Nabi juga beruzlah ketikamana baginda menghadapi masalah ketika menjalankan misi dakwahnya... baginda beruzlah seorang diri di gua Hira' dan di situ baginda mendekatkan dirinya dgn Allah swt... time nilah sebenarnya Allah nak uji kita..DIA nak lihat kepada siapa kita minta tolong,,pengharapan,,perlindungan dsb..ada segelintir org minta tolong dgn bomoh,,ada pulak 2 dgn jin, (ish2 menyeramkan). dari c2lah Allah nak menguji kita.. bagi seorang muslim,,sepatutnya apbila dirinya di timpa musibah @ masalah,,dia ptut berhubung dengan Pencipta dirinya 2..bukannya dgn makhluk2 yg sama taraf dgn dirinya.. (sekalipun boleh meminta pertolongan dgn makhluk,,engatlah e2 sume hanya perantara shja)..tapi kita perlu engat dan sentiasa mengengatkan diri kita..(engatkan apa??) engatkan diri kita bahawasanya bukan time kita ada masalah @ musibah je baru kita berhubung dgn Allah.. malah sewaktu senang pun selalu2 lah contact dgn-NYA.. supaya hubungan kita dgn-NYA bertambah akrab..
" jangan biarkan tali layang2 kita terputus..bimbang nanti layang2 yang kita main 2 di bawa angin entah ke mana"..
** Selain 2 jgk,, kita patut bersyukur sekiranya kita di timpa musibah,kecelakaan,masalah dsb.. sebabnya dgn sume ini jugaklah sebenarnya Allah nak naikkan darjat hamba2-NYA ...seterusnya dapat mendekatkan diri kita dengan-NYA...sesuai dan tepatlah dgn firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud :
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?"
** Segala masalah,kesusahan dsb yg datang pada kita 2 sume adalah ujian@ tarbiyyah khas dari Allah swt untuk kita sume..bersyukurlah jika kita dapat tarbiyyah dari Allah nie.. ( umm,, bukan senang nak dapat!janganlah kita mensia2kannya) dan dengan ujian nilah yang dapat dan boleh meningkatkan darjat kita di cc -NYA..dan ini juga bermakna Allah 'perhatikan' kita.. bersedihlah sekiranya kita tidak di 'pandang' oleh Allah,,Pencipta kita...jika kita baca dan engat kembali sejarah perjuangan yang di bawa oleh nabi kita,,NABI MUHAMMAD SAW...lebih dhsyat lagi penderitaan yg di alami oleh baginda..lebih2 lagi ketika baginda hendak menyebarkan risalah2,, mahupun dakwah ISLAM..banyak penentangan yang di hadapi oleh baginda sewaktu i2.... bagaimana pula dgn kita?? (umm,,renung2kanlah dan sentiasalah muhasabahkan diri kita..) semoga kita sume tergolong dalam kalangan hamba2-NYA yg sentiasa mensyukuri segala nikmatnya yg tak terhitung banyaknya..dan mudah2an hidup kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH swt..insyaALLAH..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_