!! FUTUR DALAM PERJUANGAN !!
Salam
mahabbah lillahitaala..semoga kalian berada dalam keadaan sihat wal
afiat dan di redhai oleh ALLAH dalam segala hal..insyaALLAH pada kali
ini ana ingin berbicara sedikit mengenai futur dalam perjuangan.. ma
makna futur?? apa yang di maksudkan dengan futur? futur (فطور) adalah
kata jama' bagi feel fatrun (فَطْرٌ) yang bermaksud pecah, belah
ataupun putus. Jadi, jika di kaitkan dengan tajuk entry kali ini dan
bagi memudahkan kalian futur dalam perjuangan bererti terputus dari
medan perjuangan..
Futur
ini juga sering di kaitkan dengan perkara2 pasif mahupun negatif dan
ianya merupakan salah satu penyakit dari beribu2 penyakit yang ada
dalam perjuangan..perkara2 pasif mahupun negatif tersebut antaranya
ialah bersikap sambil lewa terhadap sesuatu perkara yang di amanahkan
ataupun sambil lewa terhadap sebarang bentuk pekerjaan. selain itu
perkara2 pasif yang kebiasaanya terjadi dalam kalangan orang yang
bergiat dengan perjuangan ialah semangat yang sekejap naik dan sekejap
turun..perlu di ketahui bahawasanya semangat kita tidak akan selalunya
berada di atas..perkara ini adalah lumrah dan biasa terjadi. apabila
kita di beri tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara, pada
awalnya memanglah begitu bersemangat dan jangan terkejut andai pada
suatu hari nanti kalian akan berasa letih serta tidak bersemangat untuk
meneruskan kerja yang di amanhkan atau di berikan kepada kalian.
Futur
ini juga umpama virus2 yang boleh menyebabkan kegagalan atau ia juga
merupakan salah satu faktor yang memungkinkan untuk gagal dalam sesuatu
perkara..ianya boleh mengancam sesiapa sahaja yang tidak berhati2 dan
tidak bersedia dengan pelbagai 'peralatan' mahupun anti-virus bagi
menghalangnya daripada merebak dalam diri kita..
Apakah
faktor2 ataupun penyebab2 terjadinya futur ini?? terdapat beberapa
faktor antaranya ialah keterlaluan dalam beribadah atau
beragama..bersederhanalah janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu
amalan sehinggakan tidak melakukan serta mengabaikan tanggungjawab yang
perlu dan wajib untuk kita laksanakan..ada pepatah yang mengatakan :
"ILMU I2 TIDAK JEMU..TETAPI KAMU YANG AKAN JEMU DENGAN ILMU.." faktor
seterusnya yang boelh menyebabkan futur dalam perjuanagan ialah suka
mengasingkan diri dengan sahabat2,,dan juga orang lain.. dalam
perjuangan kita tidak boleh berseorangan,, dan jika kita berseorangan
syaitan dengan mudahnya mempengaruhi akal fikiran kita untuk berfikir
perkara yang bukan2 dan lintasan2 hati yang mengajak ke arah
kejahatn..salah satunya lari dari medan perjuangan.. ingtlah dalam
perjuangan juga kita saling memerlukan..sahabat adalah anugerah yang
tidak ternilai yang di kurniakan kepada kita..indah dan manisnya
berjuang bersama sahabat2 yang memahami,, sahabat2 yang sefikrah dengan
kita,, sahabat2 yang lembut hatinya dalam memberikan teguran dan
nasihat kepada kita,, sahabat2 yang memberikan kata2 semangat tatkala
keresahan, kesedihan,, sahabat2 yang..........banyak sungguh anugerah
di sebalik "sahabat"..hargailah sahabat..walaupun tidak bersua
muka,,cukuplah dengan mendoakan kesejahteraannya..semoga ukhwah yang
terbina lillahitaala berkekalan selamanya.. insyaALLAH..
Selain
itu,, futur juga boleh berlaku jika seseorang e2 kurang mengingati mati
dan yaumul akhirat ( hari akhirat)..innasolati wanusuki wamahyaya
wamamati lilllahirobbil alaminnn.. yang bermaksud,, sesunggunhyan
solatku, ibadahku, hidup serta matiku hanyalah untuk ALLAH sekalian
alam.. jika kita perhatikan pada "janji" ini yang sering kita baca
dalam solat,, amat besar maknanya..hal ini demikian kerana ungkapan ini
seolah2 kita berjanji kepada ALLAH bahawasanya kita melkukn solat,
ibadah, kita hidup dan akan mati segala2nya kerana ALLAH..andaikata
futur dalam perjunagan ini terjadi dalam diri seseorang,, dia perlu
selidik kembali dirinya..apa tujuan dia hidup di muka bumi ini?? adakah
dia di jadikan oleh ALLAH hanya sebagai boneka mahupun sia2 yang xpunya
erti apa2??? perlu di koreksi kembali apa matlamat dan apa tjuan kita
di jadikan di hidupkan serta di jadikan khalifah di muka bumi ALLAH
yang terbentang luas ini..
firman ALLAH swt : "Dan kehidupan di dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui". ( surah al-ankabut : 64)
firman ALLAH swt : "Dan kehidupan di dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui". ( surah al-ankabut : 64)
Selain
itu,,faktor
lain yang memungkinkan seseorang itu terjebak dalam futur
ialah dia terjerumus dengan dosa2 kecil mahupun dosa2
besar..nauzubillahimin zalikh..sebagi orang yang membawa perjuangan
serta penyambung rantai2 perjuangan Nabi Muhammad SAW..adalah tidak
wajar dan tidak sepatutnya kita terjebak dengan perkara2 yang boleh di
hukumkan sebagai dosa kecil mahupun besar..tapi apakan daya kita.. kita
hanyalah hamba ALLAH,,manusia biasa yang sering melakukan kesalahan
smaada besar mahupun kecil tanpa kita sedar mahupun dalam keadaan
"terjaga".. ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dengan
perjuangan sekiranya diri kita tidak bersih dari virus2 kecil dan besar
ini..memang tidak di nafikan orang yang bergiat dalam perjuangan
kebiasaanya adalah dalam kalangan yang terkenal dengan ketinggian
ilmunya,, kerperibadiannya yang mulia,, akhlak yang boleh di contohi,,
individu yang dekat hatinya dengan rumah2 ALLAH dan sebagainya..tapi
perlu di ingat bahawasanya gelombang kehidupan ini lebih bahaya
daripada gelombang2 lautan..hal ini kerana gelombang2 kehidupan boleh
menjerumuskan diri kita ke dalam neraka manakala gelombang2 lautan jika
kita tidak berhati-hati mungkin sahaja hanya karam di lautan.. oleh itu
janganlah kita terlalu yakin dengan keadaan kita pada masa sekarang
kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi untuk hari esok..jadi,,
keterlibatan diri dalam perjuangan bukan hanya khusus untuk orang2 yang
dalam golongan alim ulama' sahaja..malahan ia terbuka untuk semua..
ISLAM untuk semua..ISLAM juga tidak membezakan seseorang atau menilai
seseorang e2 melalui warna kulit,bangsa mahupun agama yang di
anutinya.. tetapi perlu di ingat bahwasanya penggerak bagi sebuah
perjuangan mestilah dalam kalangan mereka yang berfahaman
ISLAM,,mengikut cara hidup ISLAM dan ikhlas bekerja kerana ISLAM agar
matlamat yang ingin di capai tercapai mengikut landasan al-Quran dan
sunnah .
firman ALLAH swt : " barangsiapa yang mengerjakan kebajikan dan dia beriman, maka usahanya tidak akan di sia-siakan dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya".
(surah al-anbiya' :94)
firman ALLAH swt : " barangsiapa yang mengerjakan kebajikan dan dia beriman, maka usahanya tidak akan di sia-siakan dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya".
(surah al-anbiya' :94)
Bagaimana
untuk menghadapi futur ini?? caranya adalah kita sentiasa berfikiran
positif,, bersangka baik dalam segala hal,, berpada2 dalam melakukan
sesuatu perkara serta dekatkan diri dengan ALLAH andaikata virus ini
mula menjalar dalam diri kalian.. akhirul kalam semoga kita semua
istiqomah di jalan ALLAH dan sentiasa menasihatkan diri sendiri agar
tidak leka dengan urusan duniawi yang mengajak kita menjauhkan diri
dengan ALLAH swt..
firman ALLAH swt : " dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong ". (surah al-Furqan : 31)
wallahua'lam..
firman ALLAH swt : " dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong ". (surah al-Furqan : 31)
wallahua'lam..