728 x 90Advanced Acne Treatment

Wednesday, April 28, 2010

10 ANSWER for 1 QUESTION,, Great !!


~ Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri kesempatan dan kenikmatan untuk terus bergiat dalam aktivit blogging ini,, yang mana jika ia di manfaatkan ke arah yang ma'ruf insyaAllah akan memberikan natijah yang baik untuk diri & Islam itu sendiri ~ Alhamdulillah juga kerana baru sahaja habis exam bagi level diploma ni,,namun ini tidak bermakna pencarian ilmu itu juga akan berakhir, tidak sama sekali.. hal ini kerana di usia yang masih mentah inilah sepatutnya kita berebut-rebut untuk mengecapi ilmu sebagaimana umat Islam yang berebut-rebut pergi ke masjid tatkala tibanya bulan Ramadhan kerana di situ pelbagai nikmat & ganjaran yang di tawarkan bagi sesiapa yang mengingininya..agar tidak menyesal di kemudian hari..

>> Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintu gerbangnya ". namun ramai sahabat yang meragukan mengenai kearifan atau keilmuan Ali bin Abi Talib sehingga mereka cuba menguji Ali dengan beberapa masalah. 

>> Salah seorang sahabat bertanya : " Wahai Ali, manakah yang utama antara ilmu dan harta ?"." Ilmu lebih utama daripada harta," tegas Ali.  " Mengapa begitu ?" tanya sahabat itu lagi. " Ilmu adalah pusaka para nabi, sedangkan harta adalah pusakan Qarun, Sadat,Firaun dan lain-lain," jawab Ali. Jawapan Ali masih tidak dapat memuaskan hati lalu sahabat yang kedua pula bertanya dengan pertanyaan serupa. " Mengapakah ilmu lebih utama daripada harta, wahai Ali?". Ali menjawab, " Ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu itu boleh menjagamu, sedangkan harta engkau yang harus menjaganya".

>> Orang yang ketiga masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan dia pun bertanya dengan pertanyaan yang serupa. Namun di jawab oleh Ali dengan jawapan yang berbeza-beza. " Harta itu jika engkau belanjakan akan berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau berikan kepada orang lain akan bertambah". Ali menjawab lagi dengan menegaskan perkara yang sama terhadap soalan-soalan serupa yang di ajukan oleh sahabat-sahabatnya. "Pemilik harta di sebut dengan nama bakhil (kedekut) dan sebagainya atau gelaran yang lebih buruk lagi, tetapi pemilik ilmu di sebut dengan gelaran yang agung dan mulia".

>> Ali masih mempunyai jawapan yang berbeza terhadap persoalan yang masih di ajukan kepadanya. " pemilik harta itu memiliki banyak musuh, sedangkan pemilik ilmu memiliki banyak teman". "Ilmu lebih utama darpada harta kerana harus di jaga daripada di curi, sedangkan ilmu tidak perlu". " Ilmu lebih utama daripada harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan di hisab, sedangkan orang yang berilmu akan memperoleh syafaat". " Harta akan hancur dan habis kerana di makan masa, sedangkan ilmu tidak akan rosak dan musnah kerana masa"."Harta membuatkan hati seseorang menjadi kuat, sedangkan ilmu menjadikan hati anda bercahaya". " Ilmu lebih utama daripada harta kerana pemilik harta boleh mengatakan dirinya Tuhan kerana harta yang di milikinya, sedangkan pemilik ilmu pasti mengatakan dirinya adalah hamba Tuhan kerana ilmunya"...

>> Begitulah kearifan Ali bin Abi Talib, beliau memberikan sepuluh jawapan kepada sepuluh soalan yang sama. namun begitu ali dengan rendah diri mencabar, "Jika ada sesiapa lagi yang hendak bertanya tentang perkara ini, aku akan memberikan jawapan yang berbeza pula, selama aku masih hidup, " katanya mengakhiri perjumpaan itu ~ wallahua'lam..~

SUMBER : kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA ~


" Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati " 
- IMAM MALIK -
"Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat" - SUFFIAN ATS-TSAURI
"Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan" - IMAM SYAFIE
"Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia" 
-SUFFIYAN BIN UYYAINAH

** owner this blog left massage >> "al-ilmu bila amalin kasyajari bila samarin..what it does mean? this massage said that the knowledge that we know but we not practise it in our life it's been like the tree without the fruits..nothing ~ wallahua'lam..


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, April 25, 2010

~ SYURGA bagi orang yang PEMAAF ~


Tersebutlah kisah…………………
Dalam suatu hadith telah di sebutkan bahawa apabila seseorang itu berbuat aniaya atau zalim kepada saudara seagama maka pahala mereka yang menzalimi itu akan di berikan kepada saudara yang di zaliminya. Sehubungan dengan itu, tersebutlah alkisah bahawasanya Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa pada suatu hari ,,Rasulullah saw sedang duduk dalam suatu majlis,,tiba-tiba beliau tersenyum sehingga kelihatan dua gigi baginda. Maka hadirin yang hadir bertanya , “ Mengapa engkau tersenyum sendirian, ya Rasulullah ?”


Beliau menjawab, “ Aku melihat dua orang lelaki umatku sedang berlutut di hadapan Tuhanku, maka berkatalah orang  yang pertama, “ Ya Allah, kembalikanlah hakku yang di zalimi oleh  saudaraku! (bermaksud berikanlah kepadaku pahala orang yang menzalimiku).


“Maka Allah memerintahkan kepada seorang lagi lelaki, berikanlah hak pahala itu kepada saudaramu yag telah kau zalimi itu”.Lelaki  itu menjawab, “ Tidak ada lagi kebajikan yang tinggal pada diriku, ya Allah”.
Lalu orang pertama berkata , “ Kalau begitu biarlah dia memikul dosa-dosaku”.


Abu Hurairah meriwayatkan selepas menceritakan bantahan kedua-dua orang itu di hadapan Allah, berlinanglah air mata Rasulullah lalu baginda bersabda, “ Hari itu adalah hari yang besar kerana pada hari itu manusia menginginkan  dosanya yang berat di pikul oleh orang lain”.


Maka Allah pun berfirman kepada orang pertama yang dahulu  di zalimi oleh saudaranya itu dan sekarang meminta haknya. “Cubalah angkat mukamu, lihatlah syurga di atasmu!”.
Orang itu pun mengangkat muka dan dia melihat pelbagai kebajikan dan nikmat Ilahi. Lalu dia bertanya, “Ya Allah, untuk siapakah semua itu ?”.


Allah menjawab, “ Untuk orang yang sanggup membayar harganya”.
Hamba itu bertanya lagi, “ Siapakah yang sanggup membayar  harganya ?”.
Allah menjawab, “ Engkau sendiri”.
Orang  itu bertanya lagi, “ Bagaimana caranya ?”.
“Dengan memberi maaf kepada saudaramu itu,” jawab Allah.
Hamba itu berkata lagi ,” sekarang juga dia telah memaafkan aku ya Allah ! “
Maka Allah berkata kepadanya, “ Ambillah tangan saudaramu itu. Bimbinglah supaya dia boleh masuk syurga bersamamu”.


Rasulullah saw bersabda lagi, “ Oleh sebab itu, takutlah kamu sekalian kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu”. Maknanya jika hubungan persaudaraan  itu terjejas kerana suatu pihak merasa di zalimi oleh pihak yang lain, maka hendaklah saling memaafkan segera. Meskipun orang yang di zalimi itu memperoleh pahala daripada orang yang menzalimi tetapi ingatlah Allah akan memberikan pahala yang lebih besar kepadanya jika dia memaafkan perbuatan saudaranya yang zalim itu dan pahala itu adalah SYURGA..wallahua’lam ~ 


sumber : kisah Nur dan teladan buat perindu SYURGA ~


>> pesanan penaja : bermaaf-maafanlah antara  hamba + al-Kholiq,, hamba + hamba,, hamba + makhluk al-Kholiq yang lain..nescaya hidupmu akan di sinari dengan nur sakinah, dan halawatul yang tidak akan dapat di rasai melainkan diri sendiri yg merasainya ..bagaimana caranya ?? >> start from now..don't let's it's go likes fur floating in the air ~ tanyalah diri sendiri kerana ia yang menjalani kehidupan ini ~ insyaAllah ,, will be continued with other story from the same book..coming soon >>>
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, April 22, 2010

~ ke SYURGA dengan hatinya ~


ALKISAH,CERITANYA BEGINI.......
     Pada suatu hari,Rasulullah saw sedang duduk bersama beberapa orang sahabat baginda,,tiba-tiba datang seorang sahabat lain daripada golongan Ansar. Dari celah-celah janggutnya menitis air wuduk..sebelum sahabat itu mendekati,,Rasulullah saw bersabda, "seorang dari calon penghuni syurga telah datang ke majlis kalian". Mereka sungguh ta'ajub & hairan apabila mendengar ucapan Rasulullah saw. Abdullah bin Amir,,salah seorang sahabat yang lain segera ingin tahu apakah amal ibadat orang itu sehingga Rasulullah saw mengatakan bahawa beliau merupakan penghuni syurga..Abdullah bin Amir meminta izin untuk menginap di rumah sahabat itu selama  3 hari 3 malam..

     Semasa dia tinggal di rumah sahabat itu,,dia perhatikan setiap tindakan sahabat itu. Apabila tiba separuh akhir daripada malam,,Abdullah pun bangun untuk menyaksikan sama ada sahabat itu bertahajjud & berzikir. Ternyata sahabat itu tetap lena sehingga subuh.Menjelang pagi pula,dia menyaksikan sahabat itu tidak berpuasa seperti Nabi Muhammad saw yang berpuasa Isnin & Khamis. Sahabat itu juga bekerja seperti orang lain. Apabila berakhirnya 3 hari 3 malam,,Abdullah bin Amir tidak menemukan sebarang amal ibadat sahabat itu yang boleh di pandang istimewa,,bahkan tidak melebihi amal ibadat sahabat Rasulullah saw yang lain.

     Pada hari ketiga,,Abdullah bin Amir ingin meninggalkan rumah sahabat itu dan sebelum melangkah keluar dari rumah itu, dia pun bertanya kepada sahabat itu , " apakah amal iabadat yang saudara lakukan sehingga Rasulullah saw mengatakan demikian?". Sahabat itu pun menjawab, " Saya tidak mempunyai amal ibadat selain daripada apa yang telah saudara saksikan selama 3 hari 3 malam itu. Saya dirikan solat seperti orang lain solat. Saya mentaati semua perintah Allah & Rasul-Nya sepertimana saudara dan sahabat yang lain lakukan..namun saya tidak pernah berasa dengki kepada orang yang mendapat kurnia dari Allah SWT. Setiap malam saya tidur dengan hati yang tiada perasaan benci kepada sesiapa pun".

     Maka,,apa yang dapat di simpulkan daripada cerita menarik di atas menunjukkan kepada kita bahawasanya kebersihan & keikhlasan hati serta ketulusan jiwa menjadi syarat utama dalam semua amal ibadat.. Ali bin Abi Talib juga pernah berkata & menasihatkan bahawa apa yang muhim ( penting ) dalam beribadat itu bukan banyaknya...tetapi amalannya yang di lakukan secara terus-menerus biarpun sedikit...wallahua'lam..

*sumber dari buku Kisah Nur & Teladan Buat Perindu SYURGA ~ 
 and 2 be continued with others story >> INSYAALLAH ~



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Monday, April 19, 2010

" Warkah buatmu "

...:: warkah dariku ~ buatmu ::..

wahai hawa, ,

andai engkau masih remaja, jadilah ank yg solehah bwat kedua ibu bapamu,,andai engkau sudah bersuami, , jdilah isteri yg meringankan beban suamimu,,andai engkau masih ibu,,didiklah ankmu shingga dia tdak gentar mmperjuangkan ad-din ALLAH...

wahai hawa,,

andai engkau belum berkahwin jgn risau akan jodohmu..ingatlah hawa janji Tuhan kita,, wanita yg baik utk lelaki yg baik..jgn di mulakan sbuah pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim kerana aku sungguh khuatir dari mata jatuh ke hati,,maka lahirlah senyuman maka tercetuslah salam & sekaligus di susuli dgn pertemuan,,takut lahirnya nafsu kjahatan yg mguasai diri..

wahai hawa,,

lelaki yg baik tidak melihat rupa paras, lelaki y soleh tidk mmilih wanita mlalui keseksiannya, lelaki yg warak tidak mnilai wanita mllalui keayuannya,kemanjaannya serta kmmpuannya menggoncg iman lelaki.. tetapi lelaki yg baik akan mnilai wanita mlalui akhlaknya, peribadinya & pgangan agamanya. lelaki yg baik juga tidak ingnkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya kerana dia takut mmberi kesempatan kpd syaitan utk menggodanya..lelaki yg warak tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamt dlm sebuah pertemuan antara lelaki & wanita iaitu perkahwinan..

oleh itu hawa, ,

jagalah pndanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirinamu..andai di takdirkan tiada cinta dari adam utkmu, , cukuplah hnya cinta ALLAH mmnuhi & mnyinari kekosongan jiwamu, , biarlah hnya cinta dri kedua ibu bapamu yg mmberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, , cukuplah sekadar cinta dik-beradik serta keluarga yg mmbahagiakan dirimu..

wahai hawa, ,

cintailah ALLAH di kala susah & senang kerana kau akan peroleh cinta dripada insan yg juga mencintai ALLAH.. cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan peroleh keredhaan ALLAH..cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dri cinta keluarga.. janganlah sesekali tangan yg mnggoncang dunia juga yg akan menggoncang iman kaum adam..

wallahua'lam.. 

~ hati bicara,mulut t'kunci, jari mengikut : Ya Allah, mata, telinga, mulut, hidung, tangan, kaki serta segala nikmat kurniaan-Mu ke atas diriku masih tidak mmpu aku jaga..bagaimana mungkin aku boleh bersuka ria sedangkan neraka sering terbayang-bayang dlm fikiranku..teringat pada kata2 ustazku, bahawasanya penghuni neraka yg ramainya terdiri dri golongan wanita..Ya Allah, ampunilah aku hambaMU yg tidak serik melakukan dosa kepada-Mu..


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wednesday, April 14, 2010

~cOme n Go likes ChipsmoRe~


~ Everyone which we meet,,n know..we will loss them one day,,one time..even we say NO!! but it's still go away..but we must remember,,who are u and who i am,, it's not a matter,,where are u,, where i am,,you and i still a human..as human and as slave to ALLAH..human still as a human,, slave still as a slave..as a human and as a slave that enslave our life to ALLAH YA MUHYI YA MUMIT ~

~ frenz 4 eva n ukhwah fillah abadan abada~

 **hati terlintas,,mulut b'bicara,,jari menaip : shbt,shabiah,kwn2 & smua yg mngenali diri ini, xade ape yg aku ingin ungkapkn,,cuma aku ingin mmohon maaf andai slma kita bershbt,berkwn,aku pnah guriskan hati/prasaan kalian smada dlm keadaan aku sdar @ tidak..aku juga hamba spti kalian yg xlari dr ksilpan..apa yg aku hrpkan agar aku & kalian smua peroleh redha dari-NYA..smga kalian berjaya dunia wal akhirat..ehemm klu nk buat "nsi minyak bsar-bsarn" 2 jgn lupe hntr kad taw..k =)

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, April 11, 2010

~ Sifat yang Perlu Di Banteras !! ~

Assalamualaikum..Saudara/Saudari,,sahabat/sahabiah sekalian.. 

~ Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi : 

~ “Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”. Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya. 

1.Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur ..
-- Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak. 

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar..
-- Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan drpd meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap. 

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang...
-- Dia akn merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yg dia rasakan m’pu utk m’jawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bhgn lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yg tidak ego akan b’khidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dpt mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat. 

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap..
-- Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia t’paksa m’buat kerja krn rela paksa ttp bkn ikhlas krn Allah. 

5. Mudah marah..
-- Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain. 

6. Mudah tersinggung..
-- Di dlm sifat org yg pemarah itu, dia jg m’punyai sifat yg t’lalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik drpdnya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta org pujuklah tu. 

7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol..
-- Dlm berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yg lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah utk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh oranr lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dlm sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain. 

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain..
-- Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya. 

9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan ..
-- Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat. 

10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan ..
-- Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya org nampak bhw dia banyak m’beri p’dapat dan pandangan di dlm majlis itu. 

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima..
-- Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerimape ndapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik. 

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain..
-- Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu t’cetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu m’dpt pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya. 

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi..
-- Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula. 

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya ..
-- Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar m’p’kenalkan tentang dirinya atau bhgn yg dipegangnya drpd m’perkenalkan ketuanya atau kumpulannya. 

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang ..
 -- Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita. 

** Mari nilai diri dan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri... 
Astaghfirullah-al-'azhim...

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, April 1, 2010

~ Benefit's JoKes ~

~ Jenaka Dalam Ilmu~
:: Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda.


:: Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan dengan penuh keseriusan tanpa diselang seli dengan sedikit jenaka. Memahami hakikat ini, kita dapati sesetengah ulama memasukkan sedikit jenaka dalam pengajian ilmu mereka. Ia ibarat garam yang melazatkan makanan. Jika terlebih, lain pula jadinya.

:: Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga.


1) Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebut bahawa tidak boleh membuat perlumbaan kecuali haiwan yang mempunyai khuf (unta), atau memanah, atau haiwan yang kakinya menghentak (kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?
Syeikh menjawab: Dalam hadis tersebut, maksudnya tidak boleh diadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu. Kerana perkara-perkara itu membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu boleh menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu, ia boleh berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak harus. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).

2) Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membina satu ayat. Lalu muridnya menjawab.
Murid: “Saya membaca di hadapan seorang mabuk”.
Syeikh: Allahul Musta’an. Kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?


3) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya.
Syeikh: Kamu mahu ke mana?
Lelaki: Mahu berjalan-jalan.
Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.


4) Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.


5) Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.


6) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.


7) Dalam satu pengajian tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya.
Murid: Syeikh, kalau saya berkahwin, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh?
Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.


8 ) Dalam satu majlis ceramah, pengerusi majlis mengalu-alukan syeikh dengan ucapan doa. Antara lain pengerusi menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesihatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”.
Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.


Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.
** Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith..
-- xsalah klu nak bergurau,, sbb ketawa adalh penghibur hati ..jgn gurau lebih2 sudah... nanti ilmu hilang ,, byk keje x jalan,, asyik ketawa je setan suka..niat e2 yang penting.. n utk muslimah pulak xmnis klu gurau or gelak lebih2,, lagi2 bila kat tmpat umum..klu nk gelak g dalam bilik gelak r puas2 sampai pecah perut!! =)

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce