~
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri kesempatan dan
kenikmatan untuk terus bergiat dalam aktivit blogging ini,, yang mana jika ia
di manfaatkan ke arah yang ma'ruf insyaAllah akan memberikan natijah yang baik
untuk diri & Islam itu sendiri ~ Alhamdulillah juga kerana baru sahaja
habis exam bagi level diploma ni,,namun ini tidak bermakna pencarian ilmu itu
juga akan berakhir, tidak sama sekali.. hal ini kerana di usia yang masih
mentah inilah sepatutnya kita berebut-rebut untuk mengecapi ilmu sebagaimana
umat Islam yang berebut-rebut pergi ke masjid tatkala tibanya bulan Ramadhan
kerana di situ pelbagai nikmat & ganjaran yang di tawarkan bagi sesiapa
yang mengingininya..agar tidak menyesal di kemudian hari..
>>
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah
pintu gerbangnya ". namun ramai sahabat yang meragukan mengenai kearifan
atau keilmuan Ali bin Abi Talib sehingga mereka cuba menguji Ali dengan
beberapa masalah.
>>
Salah seorang sahabat bertanya : " Wahai Ali, manakah yang utama antara
ilmu dan harta ?"." Ilmu lebih utama daripada harta," tegas
Ali. " Mengapa begitu ?" tanya sahabat itu lagi. " Ilmu
adalah pusaka para nabi, sedangkan harta adalah pusakan Qarun, Sadat,Firaun dan
lain-lain," jawab Ali. Jawapan Ali masih tidak dapat memuaskan hati lalu
sahabat yang kedua pula bertanya dengan pertanyaan serupa. " Mengapakah
ilmu lebih utama daripada harta, wahai Ali?". Ali menjawab, " Ilmu
lebih utama daripada harta kerana ilmu itu boleh menjagamu, sedangkan harta
engkau yang harus menjaganya".
>>
Orang yang ketiga masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan dia pun
bertanya dengan pertanyaan yang serupa. Namun di jawab oleh Ali dengan jawapan
yang berbeza-beza. " Harta itu jika engkau belanjakan akan berkurang,
sebaliknya ilmu jika engkau berikan kepada orang lain akan bertambah". Ali
menjawab lagi dengan menegaskan perkara yang sama terhadap soalan-soalan serupa
yang di ajukan oleh sahabat-sahabatnya. "Pemilik harta di sebut dengan
nama bakhil (kedekut) dan sebagainya atau gelaran yang lebih buruk lagi, tetapi
pemilik ilmu di sebut dengan gelaran yang agung dan mulia".
>>
Ali masih mempunyai jawapan yang berbeza terhadap persoalan yang masih di
ajukan kepadanya. " pemilik harta itu memiliki banyak musuh, sedangkan
pemilik ilmu memiliki banyak teman". "Ilmu lebih utama darpada harta
kerana harus di jaga daripada di curi, sedangkan ilmu tidak perlu". "
Ilmu lebih utama daripada harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan di
hisab, sedangkan orang yang berilmu akan memperoleh syafaat". " Harta
akan hancur dan habis kerana di makan masa, sedangkan ilmu tidak akan rosak dan
musnah kerana masa"."Harta membuatkan hati seseorang menjadi kuat,
sedangkan ilmu menjadikan hati anda bercahaya". " Ilmu lebih utama
daripada harta kerana pemilik harta boleh mengatakan dirinya Tuhan kerana harta
yang di milikinya, sedangkan pemilik ilmu pasti mengatakan dirinya adalah hamba
Tuhan kerana ilmunya"...
>>
Begitulah kearifan Ali bin Abi Talib, beliau memberikan sepuluh jawapan kepada
sepuluh soalan yang sama. namun begitu ali dengan rendah diri mencabar,
"Jika ada sesiapa lagi yang hendak bertanya tentang perkara ini, aku akan
memberikan jawapan yang berbeza pula, selama aku masih hidup, " katanya
mengakhiri perjumpaan itu ~ wallahua'lam..~
SUMBER
: kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA ~
" Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan
riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati
"
- IMAM MALIK -
"Menuntut ilmu lebih utama daripada solat
sunat" - SUFFIAN ATS-TSAURI
"Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum
kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi
bagimu untuk mencari pengetahuan" - IMAM SYAFIE
"Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu
maka akan memberi mudarat padamu. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap
sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian
manusia"
-SUFFIYAN BIN UYYAINAH
-SUFFIYAN BIN UYYAINAH
**
owner this blog left massage >> "al-ilmu bila amalin kasyajari bila
samarin..what it does mean? this massage said that the knowledge that we know
but we not practise it in our life it's been like the tree without the
fruits..nothing ~ wallahua'lam..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_