Tersebutlah kisah…………………
Dalam suatu hadith telah di sebutkan bahawa apabila
seseorang itu berbuat aniaya atau zalim kepada saudara seagama maka pahala
mereka yang menzalimi itu akan di berikan kepada saudara yang di zaliminya. Sehubungan
dengan itu, tersebutlah alkisah bahawasanya Abu Hurairah telah meriwayatkan
bahawa pada suatu hari ,,Rasulullah saw sedang duduk dalam suatu
majlis,,tiba-tiba beliau tersenyum sehingga kelihatan dua gigi baginda. Maka
hadirin yang hadir bertanya , “ Mengapa engkau tersenyum sendirian, ya
Rasulullah ?”
Beliau menjawab, “ Aku melihat dua orang lelaki umatku sedang berlutut di hadapan Tuhanku, maka berkatalah orang yang pertama, “ Ya Allah, kembalikanlah hakku yang di zalimi oleh saudaraku! (bermaksud berikanlah kepadaku pahala orang yang menzalimiku).
“Maka Allah memerintahkan kepada seorang lagi lelaki, berikanlah hak pahala itu kepada saudaramu yag telah kau zalimi itu”.Lelaki itu menjawab, “ Tidak ada lagi kebajikan yang tinggal pada diriku, ya Allah”.
Lalu orang pertama berkata , “ Kalau begitu biarlah dia
memikul dosa-dosaku”.
Abu Hurairah meriwayatkan selepas menceritakan bantahan kedua-dua orang itu di hadapan Allah, berlinanglah air mata Rasulullah lalu baginda bersabda, “ Hari itu adalah hari yang besar kerana pada hari itu manusia menginginkan dosanya yang berat di pikul oleh orang lain”.
Maka Allah pun berfirman kepada orang pertama yang dahulu di zalimi oleh saudaranya itu dan sekarang meminta haknya. “Cubalah angkat mukamu, lihatlah syurga di atasmu!”.
Orang itu pun mengangkat muka dan dia melihat pelbagai
kebajikan dan nikmat Ilahi. Lalu dia bertanya, “Ya Allah, untuk siapakah semua
itu ?”.
Allah menjawab, “ Untuk orang yang sanggup membayar harganya”.
Hamba itu bertanya lagi, “ Siapakah yang sanggup
membayar harganya ?”.
Allah menjawab, “ Engkau sendiri”.
Orang itu bertanya
lagi, “ Bagaimana caranya ?”.
“Dengan memberi maaf kepada saudaramu itu,” jawab Allah.
Hamba itu berkata lagi ,” sekarang juga dia telah memaafkan
aku ya Allah ! “
Maka Allah berkata kepadanya, “ Ambillah tangan saudaramu
itu. Bimbinglah supaya dia boleh masuk syurga bersamamu”.
Rasulullah saw bersabda lagi, “ Oleh sebab itu, takutlah kamu sekalian kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu”. Maknanya jika hubungan persaudaraan itu terjejas kerana suatu pihak merasa di zalimi oleh pihak yang lain, maka hendaklah saling memaafkan segera. Meskipun orang yang di zalimi itu memperoleh pahala daripada orang yang menzalimi tetapi ingatlah Allah akan memberikan pahala yang lebih besar kepadanya jika dia memaafkan perbuatan saudaranya yang zalim itu dan pahala itu adalah SYURGA..wallahua’lam ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_