~ SALAM IHYA' RAMADHAN FI HAZA SYAHRI....1431HIJRAH ~
>> ALHAMDULILLAH segala puji-pujian ku panjatkan buatMU , Ya Allah Tuhan sekalian alam yang mentadbir serta mengurus segala macam benda di dalam, luar dan keadaan di sekelilingnya.Segala-galanya adalah milikMU... siapalah diri hamba ini jika hendak di bandingkan dengan kudratMU yang Maha Hebat,, terpaku aku seketika tatkala melihat segala kebesaranMU di pertontonkan di hadapanku bagaikan melihat tayangan video secara live.. sungguh diri ini terasa sungguh kerdil...terasa kehadiranMU ada di mana-mana...
>> Hari ini merupakan hari ke- 7 puasa ketikamana post ini di taip =D ALHAMDULILLAH masih lagi di kurniakan nikmat IMAN & ISLAM kepada diri ini.Selaku hamba-Nya yang bersyahadah di dalam hidupnya bahwa Allah itu Tuhanku dan Muhammad SAW itu pesuruhNYA, maka WAJIBlah bagi diri ini dan kita semua yang beragama ISLAM melaksanakan ibadah ini bagi melengkapi akidah serta iktiqod kita sebagai seorang muslim yang mana jika kita sedari.. puasa adalah salah satu dari rukun ISLAM..jika hilang satu batang tiang untuk kita buat rumah, bagaimana mungkin rumah itu boleh tertegak dengan sendirinya?? begitu jugalah halnya dengan rukun ISLAM.. jika hilang atau tiada salah satu rukun ini dalam diri kita.. hal ini bermakna kita masih lagi tidak sempurna sebagai seorang muslim.. melainkan ibadah haji yang di beri kelonggaran oleh Allah swt.. (tunaikanlah ibadah haji bagi sesiapa yang berkemampuan..) manakala rukun-rukun yang lain adalah WAJIB bagi kita hamba-NYA yang Muslim untuk melaksanakannya dengan ikhlas kerana-NYA.... insyaALLAH......
>> sabda Rasulullah saw : " Islam itu di tegakkan atas lima dasar iaitu bersaksikan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH, mendirikan SOLAT, membayar ZAKAT, mengerjakan HAJI dan BERPUASA pada bulan RAMADHAN ".
>> di kesempatan ini juga sukalah diri ini untuk mengajak muslimin muslimat semua termasuklah yang membaca entry ini untuk sama-sama kita memperbanyakkan amal-amal ibadah yang sunat,,(yang WAJIB sudah semestinya perlu di laksanakan =D insyaAllah) sama-samalah kita lakukan ibadah yang sunat yang mana kita jarang-jarang,, kadang-kadang melakukannya.. tekadkanlah target / keinginan dalam diri untuk merebut peluang di bulan RAMADHAN yang mulia ini agar dapat mengislahkan diri ke arah yang lebih baik daripada yang sebelumnya kerana matlamat kita hidup di dunia ini tidak lain adalah kerana-NYA sebagaimana janji serta ikrar kita semua yang selalu di lafazkan 5x sehari dalam ibadah solat yang wajib.. iaitu " innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin.. mafhumnya : sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam ( ALLAH swt ).. insyaAllah mudah2an kita semua dapat menunaikan janji yang di ungkapkan dengan sebaiknya..
>> di bulan yang penuh keberkatan ini juga amatlah baik untuk kita perbanyakkan doa.. insyaAllah akan di kabulkan.. jom amalkan doa di bawah ni,, sangat bagus untuk di amalkan..mudah2an di berikan kemudahan dalam kehidupan dunia & akhirat.. ameen ~
الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي
بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ
بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ
"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”
>> Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.”
(Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
>> Subhanallah..begitulah besarnya peranan doa dalam hidup seseorang.. usahlah jemu untuk berdoa..kerana doa itu adalah senjata dan kekuatan kita umat ISLAM,, janganlah sombong denganNYA sehingga tidak mahu meminta apa-apa dari-NYA,, seolah-olah diri sudah cukup segalanya dan tak perlukan pertolongan.. nauzubillahiminzalikh..dan perlu juga di ingatkan sekiranya kita mengalami kebuntuan atau apa jua permasalahan,, mengadulah pada-NYA terlebih dahulu sebelum mengadu kepada hamba2-NYA yang lain.. mudah2an kita semua tergolong dalam golongan hamba-NYA yang bertaqwa kepada-NYA.. insyaALLAH ~ Wallahua'lam..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_