SALAM ALAIK kepada pembaca-pembaca sekalian,mudah-mudahan berada dalam rahmat dan naungan-NYA..minggu ni adalah minggu yang amat menyibukkan bagi diriku,,sebelum melangkah keluar dari tempat pengajianku ini,banyak perkara perlu di bereskan supaya tidak gelisah ketika berada di kampung halaman nanti,,amanah yang di berikan perlu di jalankan dengan sebaiknya, insyaAllah ~ perlunya kesabaran dan ketenangan saat diri di landa kegelisahan,,bak kata buku TGNA : SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH,, dalam dan sungguh bermakna kata-kata ini jika di amati..
ada suatu kisah berkenaan sifat orang yang sabar ini,,al- kisahnya begini......
>> Abu Talhah adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang mempunyai seorang isteri bernama al-Rumaisha Ummu Sulaim binti Salman an-Najjari. pasangan ini di kurniakan seorang anak lelaki yang sangat mereka cintai. pada suatu hari , anak mereka jatuh sakit,sakit yang amat teruk. al-Rumaisha merasakan anak mereka sudah tiada harapan lagi untuk teruskan hidup lagi.. al-Rumaisha meminta zaujnya ( suamiya), Abu Talhah pergi menemui Rasulullah supaya zaujnya itu tidak menyaksikan anaknya mengahdapi kematian..rancangan al-Rumaisha berjaya kerana kebetulan pada masa zaujnya pergi ke rumah Rasulullah s.a.w ajal telah menjemput putera kesayangan mereka..
>> biasanya wanita lebih sensitif dan tidak tahan menghadapi peristiwa kematian berbanding lelaki terutamanya kematian anaknya sendiri. ada wanita yang menangis kuat-kuat, meraung-raung, ada pula yang mencari kesalahan orang lain seperti zaujnya @ anggota keluarganya yang lain..dan ada juga yang menyalahkan diri mereka sendiri..seolah-olah tidak rela dengan kematian anak mereka..bukankah setiap dari kita juga akan merasai detik itu?? cuma masa dan bila sahaja yang tidak di ketahui..
>> namun, kebiasaan seperti itu tidak berlaku pada al-Rumaisha. walaupun dia amat sedih,dia menghadapinya dengan kesabaran yang sungguh luar biasa. apabila mengetahui anaknya sudah tidak bernafas lagi, al-Rumaisha dengan tabah dan sabarnya menyelimuti anak kesayangannya itu. tidak lama kemudian, zaujnya pulang dan terus bertanyakan tentang keadaan puteranya, "bagaimana keadaan anak kita?"
>> al-Rumaisha menjawab, "dia sudah sembuh dan sekarang sedang beristirehat".
apabila mendengar jawapan isterinya itu, dia percaya bahawa anaknya telah sembuh dan dia terus bersiap menunaikan solat. hari sudah malam dan Abu Talhah pun telah menikmati hidangan yang di sedikan al-Rumaisha manakala al-Rumaisha pula berhias dan berwangi-wangian untuk zaujnya.
>> pada saat itu, dia berkata pada zaujnya , " wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu jika ada orang yang meminjam barang lalu barang itu di minta kembali apabila cukup masa?"
>> " ya, itu haknya dan tidak boleh di tolak. sesungguhnya barang pinjaman itu harus di kembalikan kepada pemiliknya", jawab zaujnya.
>> al-Rumaisah berkata lagi, "begitulah, sesungguhnya Allah telah meminjamkan putera kepada kita dan kemudian DIA mengambilnya kembali.maka harapkanlah pahala dari-Nya".
>> setelah mendengar perkataan zaujahnya itu, barulah Abu Talhah tahu bahawa puteranya telah meninggal dunia tetapi dia hairan tentang zaujahnya yang begitu tabah menghadapi situasi ini. kemudian Abu Talhah berkata , " Demi Allah, sepatutnya aku lebih bersabar atas musibah yang menimpa anak kita, walhal engkau adalah seorang ibu..kemudian, Abu Talhah pergi mendapatkan anaknya, mengkafankan, memandikan dan mensolatkan anaknya..kemudian dia pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menjelaskan apa yang telah terjadi. Rasulullah pun bersabda , "hari ini Allah telah memberkati perkahwinan kalian berdua dan memberi kalian berdua keturunan yang bebas dripada perkara yang tidak baik. Aku sungguh bersyukur kepada Allah kerana DIA telah menganugerahkan kepada umatku seorang wanita yang penyabar.."
>> kesabaran Abu Talhah dan al-Rumaisha dalam menghadapi dugaan hidup yang berupa kehilangan anak sungguh luar biasa. ujian seperti kehilangan harta benda, kelaparan, ketakutan dan sebangainya telah di sebut dalam Firman-NYA , " Dan sungguh Kami akan menguji kalian dengan rasa takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan innalillahi wa inna ilaihi rojiun ( sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadan-NYA kami kembali ) - surah al-Baqarah 155-156..
>> kesabaran dan keihklasan al-Rumaisha dalam menghadapi ujian ini di puji oleh Rasulullah s.a.w " Aku masuk syurga, lalu ku dengar suara orang yang berjalan di depanku. ternyata dia adalah al-Rumaisha, zaujah Abu Talhah..begitulah Allah mengkhabarkan kepada Nabi sehingga Baginda tahu ganjaran yang akan di terima oleh al-Rumaisha daripada kesabaran dan keikhlasannya ~..
sumber : kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA~
sumber : kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA~
~
owner' blog left massage and forward to all readers especially to all my sahabat/sahabiah : berasabarlah dengan ujian yang menimpa diri kalian semua,, ada hikmah dari setiap kejadian dan perkara yang berlaku,,apa yang penting jangan terus bertindak terburu-buru,sabar, munajat pada-NYA untuk tenangkan diri yang gelisah agar bernilai gelisah itu kepada suatu ibadah,,jangan berputus asa..ingatlah bukan kita sahaja yang mengalami ujian ini, bahkan ada lagi hamba Allah yang lain yang di beri ujian yang lebih berat dan hebat dari kita semua..DIA Maha Mengetahui kemmapuan setiap hamba-Nya,,sabarlah kalian, sabar dan terus bersabar pasti manis rasa dan hasilnya ~ assobaru minal iman...:)
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_