728 x 90Advanced Acne Treatment

Sunday, June 27, 2010

~ waKTu itu emaS...hati JUga Emas ~


Assalamualaikum..kepada pembaca sekalian..mudah-mudahan berada dalam naungan rahmat, perlindungan serta hidayah-NYA..insyaAllah.. terima kasih,, syukran jazilan arigato gozaimass,,xie xie,,vanakam kepada semua pembaca yang mengambil sedikit waktu untuk membaca apa yang ada di ruangan penulis yang tidak seberapa ni.. mudah-mudahan mendapat manfaat darinya walaupun sedikit,, insyaAllah ~

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, 
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti...
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
  Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.. 

>>  cinta itu indah andai segala-galanya kerana DIA..peliharalah hati ini agar tidak terjebak dalam cinta yang boleh melalaikan diri dari mengingati PEMBERI cinta ini..hindarkanlah dari terkena panahan-panahan syaitan yang boleh menggugat iman yang masih nipis ini.. hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersembunyi dalam diri ini..biarlah nikmat cinta yang Engkau hadirkan dalam diri setiap hambaMU ini dapat di berikan kepada PEMBERI cinta ini terlebih dahulu..peliharalah hati ini dari zina hati yang begitu halus sifatnya.. nauzubillah.. ~ wallahua'lam..


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Friday, June 25, 2010

~ keRana Baju,, ISLAm d Hati ~


Assalamualaikum to all my readers's blog.. Alhamdulillah segala puji-pujianku panjatkan kepada-NYA Yang menghidup dan mematikan..Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang..hari ini merupakan hari jumaat ketikamana aq menaip entry ini..penghulu segala hari..bila tiba hari jumaat sahaja pasti diri ini tidak senang duduk..ada sahaja yang bermain di fikiran..mungkin juga memikirkan hari jumaat yang penuh barokah ini jika tidak di isi dengan amalan yang mulia pasti ianya menjadi hari yang merugikan bagi hamba-hamba-NYA yang di beri kesempatan & peluang utk menghirup udara pada hari itu namun tidak di gunakan dengan sebaiknya.. nauzubillah.. ya, banyak keistimewaan,, kelebihan & fadhilat hari jumaat ini.. bila tiba hari jumaat sahaja, apa yang berpinar di kepalaku adalah mati!! entahlah xtahu kenapa aq begitu takut berhadapan dengan hari jumaat..mungkin kerana aq masih belum bersedia untuk berhadapan dengan segala qada' & qadarnya.. wallahua'lam hanya DIA yang Maha Mengetahui.. tawakkaltu allallah ~ apa-apa pun semoga kita semua dapat bersama-sama mengambil kesempatan yang ada ini untuk terus menanam benih-benih yang baik agar di "sana" nanti kita semua dapat menuai dan mengambil buah-buah yang manis & enak rasanya.. insyaAllah ~

>> pada kali ini, aq ingin kongsi sedikit mengenai salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu ALI BIN ABU TALIB.... siapa Ali Bin Abu Talib ya anak-anak?? :)  ya,, Ali Bin Abu Talib adalah salah seorang khalifah keempat yang di lantik setelah mendapat sokongan majoriti dan beliau menjadi khalifah pada tahun 35 hijrah. Beliau di lahirkan pada tahun 602 Masihi dan berasal dari Bani Hasyim yang berketurunan Quraisy..beliau adalah sepupu dan menantu kepada Rasulullah saw..beliau adalah zauj @ suami kepada puteri Rasulullah saw iaitu Fatimah,, beliau juga merupakan  the first man that embrace in ISLAM,, pemuda pertama yang memeluk agama suci ISLAM.. 

>> Rasulullah saw telah menggelarkannya sebagai zu al-fiqar kerana keberanian & sifat kepahlawanannya yang terserlah dan gelaran Asad Allah yg bermaksud singa Allah.. beliau telah meninggal dunia pada 40 Hijrah kerana di tikam oleh Abdullah bin Maljam iaitu salah seorang drpd golongan khawarij..menurut satu cerita, khalifah Ali ini telah kehilangan sepasang pakaian perang miliknya. Puas beliau mencarinya tapi xjumpa. Suddenly, one day khalifah Ali ternmpak seorang lelaki memakai pakaian perang itu dan beliau yakin pakaian itu adalah kepunyaanya. maka, bermulalah sesi dialog antara keduanya :

>> " tahukah kamu, pakaian perang yang kamu pakai itu adalah milik saya, " kata Ali kepada org Nasrani itu. "pakaian perang itu milik saya'' , ulang Ali lagi.. "tidak! pakaian perang itu milik saya" , jawab org Nasrani itu lagi. Ali tidak berputus asa lalu berkata, "serahkan semula pakaian perang itu kpd saya, sudah lama saya mencarinya.." "tidak!saya xmahu serahkan pakaian perang ini kepada kamu" kata org Nasrani itu. lelaki Nasrani itu tetap dengan pendiriannya. Beliau xmahu serahkan pakaian perang itu w/pun khalifah Ali sudah memintanya berulang-ulang kali ..

>> " jika begitu kata kamu, mari kita pergi ke mahkamah. di sana pihak pengadilan dpt menentukannya, " kata Ali. "Baik, saya setuju.. mari kita pergi berjumpa dgn tuan hakim.. " jawab lelaki Nasrani itu. kemudian, mereka pun pergilah berjumpa dengan hakim yg bernama Kadi Syuraih, beliau adalah hakim yg adil & bijaksana. Sampai shja d mahkamah itu, Ali berkata kpd tuan hakim.." saya xpernah berikan pakaian perang itu kpd org lain. saya rasa pakaian perang yg di pakai oleh lelaki Nasrani itu adalah milik saya. Saya dpt mengenali pakaian perang t'sebut.. " jelas Ali.

>> mendengar penjelasan Ali,hakim menyoal pula org Nasrani itu, "adakah benar seperti yang di katakan oleh Ali tadi? " lelaki Nasrani itu menjawab, "pakaian perang itu milik saya ". lelaki itu tetap dgn pendiriannya  yg mengatakan pakaian itu miliknya. Tuan hakim menjalankan tugasnya dgn adil. Bagi mndptkan kpastian, tuan hakim b'tnya pula kpd Ali, " Bolehkah kamu berikan bukti??bukti yg mnunjukkan bhwa pakaian perang itu milik kamu bukan milik lelaki Nasrani itu.." Tuan hakim memang seorang yg adil & bijaksana. Ali berkata , " saya tidak mempunyai sebarang bukti.. 

>> keputusan mahkamah di buat. Orang Nasrani itu tak bersalah. "saya memutuskan bhwa pakaian perang itu milik org Nasrani bukan milik Ali, " kata tuan hakim. keputusan mahkamah muktamad!! Ali & org Nasrani itu keluar dr p'sidangan mahkamah. Di luar mahkamah, lelaki itu berjumpa dengan khalifah Ali. " keputusan yg di jatuhkan oleh mahkamah adalah muktamad. tuan hakim hanya menjalankan tugasnya dgn seadil-adilnya. Kamu memang seorang yg jujur & sabar. Mulai hari ini, saya mengaku bahwa TIADA TUHAN YG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH & NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH.. '' kata org NASRANI itu di hadapan Ali.

>> Ali mndengar dgn teliti. kemudian, lelaki Nasrani itupun menceritakan kisah sebenar mengenai pakaian perang yang di pakainya itu. "pakaian perang ini saya terjumpa ketika kamu pergi ke Perang Siffin. Pakaian ini terjatuh dri kenderaan  yg kamu naiki. lalu saya  mengambil pakaian perang itu. saya pakai pakaian perang ini dan menjadi milik saya. Tetapi sekarang pakaian perang ini bukan milik saya lagi. Pakaian perang ini adalah milik kamu. Ambillah, kata lelaki Nasrani itu.  Mendengar penerangan lelaki itu, Ali kagum dengan sikap jujurnya itu. Kemudian Ali berkata kpd lelaki Nasrani itu , "kamu memang seorang yg jujur. Sekarang kamu sah menjadi orang ISLAM..ambillah pakaian perang ini. Saya beri pakaian perang ini kepada kamu. Sekarang pakaian perang ini sah menjadi milik kamu.." 

>> subhanallah..demikianlah sikap jujur, amanah & suka bertoleransi antara satu sama lain.. sikap toleransi, jujur & amanah terhadap org lain akan mendatangkan kebaikan & kesejahteraan dlm kalangan manusia sejagat seterusnya memberi kebaikan yang melimpah ruah buat agama ALLAH iaitu ISLAM....insyaAllah.. Wallahua'lam..

sumber : buku Sayap dari syurga terbitan PTS Islamika..


P/S : nak cari org yang bernama Ali..nak tengok ada x ciri2 khalifah Ali ini pada dirinya.. subhanallah..ada ke lagi hamba Allah sepertinya?? payah nak cari zaman lor ni..jgn setakat nama je yang molek tapi sifat peribadi tidak menggambarkan maksud bagi nama empunya badan tu..utk owner's this blog juga agar sentiasa beringat.. :) wallahua'lam

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Tuesday, June 22, 2010

~ daPUr UkhwaH KitA ~


ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca sekalian .. sudah lama penulis tidak menjenguk blog ini yang merupakan satu wadah bagi diri penulis untuk mengisi masa sebagai hambaNya,, yang mana tidak lari dari tuntutan mengajak manusia ke arah yang ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran.. apa yang di harapkan agar penulisan penulis ini tidak bercanggah dari syariat yang telah di tetapkan.. insyaAllah ~ 

>> Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan kembara menuju ke satu daerah yang tidak mungkin aq bisa lupakan..tempat yang jauh dari negeri kelahiranku,,berbekalkan keyakinan pada-NYA akhirnya dapat juga sampai di sana dan berakhir dengan jayanya..segala puji-pujian dan kesyukuranku panjatkan pada-NYA..Alhamdulillah..satu pengalaman yang cukup berharga pada diri ini..

>> aq hanya tersenyum bila ada yang bertanya.. “dapat elaun x pergi sana?” .. serba salah pulak nk cakap, kelakar pun ada,, elaun?? senyum je la jalan yang terbaik.. permulaan kembara yang penuh dengan debaran, cuaca yang tidak menentu seolah-olah memahami apa yang di alami dalam diri.. angin sepoi-sepoi bahasa datang tanpa di minta seolah-olah memahami lantas meredakan kegelisahan dalam diri.. Alhamdulillah nikmat dari-NYA..dapat juga aq berpijak di daerah itu bersama sahabat-sahabat yang aq sayangi.. cinta dan kasih sayang kerana DIA Yang Maha Esa.. memang berbeza dengan yang lain..manis rasanya.. 

>> di sana juga aq pelajari ilmu2 duniawi yang secara jujurnya aq kurang arif tentangnya.. ada hikmah dari semua ini..di beri tanggungjawab yang mungkin agak simple bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi bagi kaum hawa..namun tidak bagiku.. hampir-hampir muka di sambar api fuhhh.. memang tak dapat di lupakan..nasib baik sempat mengelak dengan pantas! Alhamdulillah… rasa bimbang sentiasa menyelubungi diri andai diri tidak laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.. “walau sekecil manapun perkara itu, ia tetap menjadi tanggungjwab di bahumu..” itu yang aq pegang.. 

>> “ air 50 sen.. teh ais satu.. nasi goreng satu “! :) usikan sahabat – sahabat menceriakan suasana di dapur itu.. mcm warung la pulak dapur ni,, kelakar pun ada.. hurmm kalau masak guna periuk kecik xpe jugak ini macam masak utk kenduri kawen..fuhh memang mencabar nasib baik ada assistant yang banyak bagi tunjuk ajar.. syukran kak fizah dan sahabat-sahabat lain.. rindu pulak kat dapur tu.. :) tempat kita semua berkumpul dan bergotong-royong.. xtaw pun nk pasang gas tu cmne.. kat rumah lain.. kat dapur tu yang di bagi lain.. memang lain la.. nasib baik ada pak cik yang sudi bagi tunjuk ajar.. macam tu rupanya nak hidupkan periuk nasi yang lain dari yang lain.. satu ilmu bagiku & xrugi rasanya malah manis yang aq peroleh…insyaAllah lepas ni aq akan perbaiki lagi segala kekurangan dan kelemahan sepanjang men’handle’ “dapur ukhwah” itu.. :)

>> pantas bekerja! Ya memang perlu pantas dalam melaksanakan sesuatu kerja.. time management perlu di tekankan supaya tidak menganggu perjalann akiviti yang lain..biarpun penat masih tak hilang, namun kepuasan dapat di rasai bilamana dapat melaksanakan tanggungjwab itu,, until the last day.. Alhamdulillah..walaupun makan yang ala kadar tapi perut cepat kenyang.. memang betullah apa yang mak aq cakap.. bila kita masakkan untuk orang kita yang akan kenyang.. so amazing! perlu tanamkan rasa kesyukuran kerana ada lagi insan atau manusia lain yang mungkin tidak dapat merasai apa yang kita rasai pada hari ini.. bersyukurlah.. sikap membazir perlu di kikis dan di elakkan! Mahukah kita bersahabat dengan syaitan? Mestilah xnak kan.. so jangan membazir ok, xkiralah dalam bab makan, minum, elektrik, air dan segala-galanya.. qana’ah atau berpada-padalah dengan apa yang kita miliki.. insyaAllah hidup akan di berkati.. terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua yang terlibat di “dapur ukhwah” itu..kenangan bersama kalian tak mungkin ku lupakan.. semoga kalian berjaya dunia wal akhirat..dan istiqomah dalam perjuangan demi agama Allah..UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA... :)


p/s : 1st time dengar ikan selayang & ikan duri..hu3 klu kt s'gor ikan2 tu d pnggil nama lain.. layang2 tahu la, klu ikan selayang mmg xpernah dengar..daerah selayang pun ada kat s'gor dekat dengan batu caves.. kelakar bila lain loghat & negeri ni,,banyak perkara baru yg di jumpa..ada juga yg xtahu gam uhu tu apa ya? hihiii so funny.. memang funny.. aq salah cakap ke?? so the conclusion, pelbagai bahasa & loghat meningkatkan pengetahuan kita semua.. belajarlah dan terus belajar..  :)


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wednesday, June 9, 2010

~ PENGEMIS buta bersama KEKASIH ALLAH ~

:: Pengemis Buta &  Rasulullah sallallahualaihi wassalam ::

~ Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca budiman sekalian  yang tidak jemu-jemu melewati ruanganku ini,,aq sangat meminati bidang penulisan..ianya seolah-olah menjadi sebahagian dalam hidupku..begitu juga dengan IT,, dengan zaman teknologi kini,,segala-galanya dapat di perolehi melalui hujung jari sahaja..oleh itu,, ilmu mengenainya perlu di ketahui agar kita dapat menikmati "nikmat" ini..dengan sedikit ilmu yang aq pelajari dan  dari apa yang aq perolehi..ingin aq kongsikan pada kalian semua..mudah-mudahan ianya dapat memberi kebaikan kepada aq dan kalian semua..jom kita teroka mengenai kisah seorang PENGEMIS yang BUTA bersama RASULULULLAH SALLALLAHUALAIHI WASSALAM...

~ Al-kisahnya begini.....Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

~ Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang di bawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

~  Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar radiallahuanhu berkunjung ke rumah anaknya Aisyah radiallahuanha yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu..Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

~ Aisyah RA menjawab,"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abu bakar RA." Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana" , kata Aisyah RA.

~ Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?"..Abu bakar RA menjawab,"Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)".
 
~ "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu." Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu di haluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

~ Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…."

~ Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat (mengucap kalimah syahadah) di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim...

~ SUBHANALLAH!!begitu halus cara yang di ajar oleh kekasih ALLAH..tanpa menyakiti hati sesiapa pun..walau di hina, di keji dan di fitnah sekalipun baginda tetap melayani pengemis buta yang berbangsa YAHUDI itu sehinggalah baginda wafat..memang benarlah dalam diri Rasululullah itu adalah contoh teladan yang baik kepada semua manusia..dan memang tidak boleh di sangkal lagi..Ya Rasulullah..hamba ini terlalu merinduimu,,walau tidak pernah bersua..walau tidak pernah ku lihat rupamu..aq hanya boleh mengenalimu melalui buku-buku yang banyak mengisahkan tentang dirimu wahai kekasih Allah..terpaut hatiku padamu..akhlak yang engkau tonjolkan begitu meruntun jiwaku kerana mengenangkan diriku ini yang masih tidak dapat mencontohi peribadimu..sungguh kerdil diri ini jika hendak di bandingkan dengan zaujah-zaujahmu yang begitu baik dan elok pekertinya..aq tidak tahu bagaimanakah perasaanmu jika melihat umatmu kini sudah semakin leka dengan duniawi..seolah-olah dunia ini kekal abadi.. termasuklah diriku ini..Ya Rasululullah kekasih Allah insyaAllah akanku teruskan perjuangan yang engkau tinggalkan bersama sahabat-sahabatku..Aq yakin sinar ISLAM pasti akan kembali suatu hari nanti.. ALLAHUAKBAR!!




_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, June 6, 2010

~sAMPAI BILA begini??


>> Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian yang sudi singgah di ruanganku ini walaupun hanya sebentar,, alhamdulillahirobbilalamin wassolatuwassalamuala asyrafil anbiyai wal mursalim wa'ala alihi wasohbihi ajma'in..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya masih lagi diri ini dapat menyambung kembali tugas sebagai penulis tidak rasmi di ruangan ini....ameen ya robbal alamin.. 

>> Baru-baru ini dunia di kejutkan dengan insiden yang amat-amat memilukan, mengeramkan,,  dek kerana perbuatan yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera-tentera zionis Israel laknatullah!! seluruh negara menjalankan demonstrasi di jalan-jalan, di hadapan bangunan kedutaan,, menandatangan sebagai tanda bantahan, membakar bendera negara terbabit dan sebagainya sebagai cara mereka persembahkan ketidakpuashatian terhadap tindakan kejam yang di lakukan oleh tentera Israel kepada sukarelawan-sukarelawan yang mempunyai misi yang murni demi menjalankan tanggungjawab sebagai sesama muslim..

>> hampir seluruh negara di dunia ini mengutuk dan mengecam tindakan tentera terbabit, termasuklah negaraku..MALAYSIA ,, ya banyak sungguh demonstrasi-demonstrasi yang di lakukan sejak peristiwa tersebut..dan sudah pasti tanggal 31 mei yang juga hampir tarikh dengan tarikh kelahiranku bakal menjadi tarikh keramat @ tarikh yang amat bersejarah yang tidak mungkin akan di lupakan begitu sahaja.. namun pernahkah kita terfikir?? adakah perkara yang di lakukan itu akan mengubah pendirian musuh-musuh ISLAM ,,yang mana sejak azali lagi mereka tidak akan redha dengan agama Islam selagi mana kita tidak mengikut ajaran mereka..subhanallah!!

Firman Allah swt :“ dan tidak akan redho kepadamu orang-orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut agama mereka” ( Surah Al Baqarah : 120)

>> nahh..sudah terbukti di dalam al-Quranul karim mengenai sikap mereka yang sudah pasti akan memberi kebaikan kepada kita, umat Islam sekiranya kita benar-benar memahami akan isi kandungan ayat ini.. dmeonstrasi itu tidak salah, namun apa yang salah dari kacamata ku yang melihat ini adalah tindakan-tindakan yang di lakukan semasa demonstrasi tersebut adakalanya bagi ku tidak patut di lakukan sebagai contoh, membakar bendera..yaaa memang tidak di nafikan perasaan geram terhadap Israel dan kuncu-kuncu mereka  membuak-buak sehinggakan tindakan terbabit di lakukan.. sebagai umat Islam adalah tidak patut perkara ini terjadi dan di lakukan malah di tayang-tayang pula di dada-dada akhbar, di televisyen.. persoalannya disini,, beginikah sikap umat Islam?? penulis teringat pada kisah-kisah Rasulullah saw di mana tatkala baginda di hina, di caci oleh puak yang bermusuh dengan Islam,, baginda tidak membalasnya dengan kejahatan bahkan di balas pula dengan kebaikan...

>> sebagai contoh, terdapat suatu kisah di mana setiap kali baginda melalui satu jalan , baginda akan di lontar dengan batu, di letak duri , di baling najis dan sebagainya..namun pada suatu hari, ketika baginda melalui jalan tersebut tiada lagi najis, duri mahupun batu yang kebiasaannya ada! lalu baginda pun bertanya pada seorang hamba Allah, ke mana perginya orang yang selalu membaling-baling batu kepadaku? soal Rasulullah..lantas hamba Allah itu pun berkata, bahawasanya orang yang selalu membaling-baling batu ke arahnya sedang sakit dan sekarang berada di rumah,,sejurus selepas mendengar berita tersebut..baginda terus menziarahi orang tersebut, merawat, memberi makan sehinggalah orang itu sihat seperti sediakala lantas bertanya kepada pembantu di rumahnya,, siapakah orang yang sungguh baik hati ini membantu aku sehingga aku sihat? lantas dia pun berkata, dialah Rasulullah saw, orang yang selalu engkau sakiti..selepas mendengar..orang tersebut terus berjumpa dengan baginda dan mengucap kalimah syahadah...subhanallah...kisah ini patut di jadikan contoh kepada kita semua,, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan puak-puak yang memang anti pada ISLAM.. 

>> banyak lagi kisah-kisah Rasulullah saw dan kisah-kisah para sahabat dan umat-umat terdahulu yang boleh di jadikan ikutan dan guide untuk kita semua.. pernah x terfikir,, dalam pada kita sibuk berdemontrasi,,adakah kewajipan yang di pertanggungjawabkan ke atas bahu kita ini telah kita laksanakan..sebagai contoh solat 5 waktu..tutup aurat.. dan sebagainya yang mana sudah terang lagi bersuluh perkara itu adalah WAJIB!! apa makna wajib?? wajib ini bermaksud mesti!! tidak dapat tidak kita mesti melakukannya... tahukah anda sebenarnya ramai lagi umat ISLAM yang tidak menyempurnakan ibadah yang fardhu ke atas mereka..  yang mana setiap individu yang beragama ISLAM wajib melaksanakannya..amat malang seribu kali malang! buattlah demonstrasi sekerap manapun!! bakarlah bendera mereka sebanyak manapun!! jika SOLAT masih culas, masih lagi tidak lengkap..jangan harap mereka akan "dengar kata-kata kita" malah mereka akan anggap perkara itu 'small matter 'aje!  malah mungkin tidak akan beri kesan pun pada mereka..tahukah kalian bahawasanya kekuatan kita umat ISLAM adalah IMAN dan JIHAD!!

>> bila mana IMAN sudah bertapak dalam hati  secara tidak langsung akan mewujudkan semangat JIHAD dalam diri..syabas dan tahniah bagi mereka yang mampu menjaga IMAN,, dan menzahirkan melalui semangat JIHAD seperti demonstrasi ini..alangkah indah dan seronoknya jika umat ISLAM yang hadir di stadium-stadium menyaksikan perlawanan bola sepak, shopping-shopping complex, pasar-pasar malam dan siang, konsert-konsert juga menghadiri solat SUBUH ataupun solat-solat fardhu yang lain serta di lakukan secara berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid sepertimana solat JUMAAT..jika ini dapat di lakukan secara konsisten,, insyaAllah kita akan peroleh kemenangan kerana dapat menyakitkan hati musuh-musuh ISLAM yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kita semua.. wallahua'alam..

>> ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri hasil pemerhatian dan kajian sedikit yang di lakukan, komen-komen dari sesiapa yang rasa tidak berpuashati atau sebarang cadangan amat-amatlah di harapkan bagi menambah baik penulisan penulis ini..akhirulkalam,, semoga kita dapat bersama-sama mengambil pengajaran daripada kisah-kisah Rasulullah.. ingatlah biarlah orang lain baling kita dengan batu,, tetapi balaslah dengan buah.. nescaya hidupmu pasti bahagia..insyaAllah.. 


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, June 3, 2010

~ PENTAS DUNIA sedang bergolak ~


>> Bismillahirrohmanirrahim, segala puji-pujian ku tujukan buat Pencipta alam yang terbentang luas ini ,, selawat dan salam ke atas junjungan besar yang di kasihi dan di rindui Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam , ahli bait baginda, para sahabat yang meneruskan perjuangan bersama baginda tanpa lelah, muslimin muslimat, dan para pembaca yang singgah sebentar di ruangan ini.. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana tidak putus-putus memberikan nikmat-nikmatNYA yang mana jika di hitung, memang tidak terhitung...
Firman Allah swt :

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" - surah ar-Rahman.

>> Telah di ulang berulang-ulang kali di dalam kitab suci umat ISLAM ini,dalam surah ar-Rahman.. ( boleh check & rujuk lepas ni untuk lebih detail) .. pengulangan itu menunjukkan amaran ataupun inzar ( peringatan) untuk kita semua agar sentiasa beringat serta tidak lupa akan Pemberi segala nikmat di muka bumi ini termasuklah keperluan & kehendak-kehendak kita yang jika di hitung juga memang tidak terbatas dan berbeza antara individu dan individu yang lain.. nikmat mata, nikmat telinga, nikmat tangan, nikmat kaki, nikmat mulut, ya segala yang ada pada diri kita ini adalah suatu pemberian  atau anugerah yang tidak ternilai  yang di berikan olehNYA , persoalannya di sini adakah selama kita menghirup oksigen yang juga nikmatNYA ini telah kita gunakan pada tempatnya yang betul?dan bagaimana untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberianNYA ini??

>> syukur, syukur...... Alhamdulillah ( antara bait-bait lirik lagu kumpulan Raihan yang famous suatu ketika dahulu) .. ya kita patut bersyukur sangat-sangat kerana di limpahi dengan pelbagai nikmatNYA ini,, kerana tidak semua yang hidup di muka bumi Allah ini dapat merasai apa yang kita rasai dan apa yang kita perolehi.. sebagai contoh nikmat keamanan yang di rasai oleh negara kita , Malaysia tidak dapat di perolehi  dan di nikmati oleh rakyat yang hidup di bumi Palestin seumpamanya.. ya kita memang bertuah lahir , tinggal dan hidup di sini walaupun memang tidak di nafikan pergolakan politik untuk merebut jawatan, pangkat juga berlaku di sini.. tapi ianya bukanlah menjadi penghalang bahkan menjadi batu loncatan atau peluang untuk kita semua menajam dan mengasah minda tatkala negara kita atau negara-negara luar mengalami konflik dalaman mahupun luaran.. kerana kita semua di kurniakan nikmat akal melainkan bagi mereka yang majnun ( iaitu mereka yang terlepas dari tanggungjawab sebagai hambaNYA kerana tiada kewarasan pada akal mereka..) masa inilah akal di gunakan untuk berfikir, menilai mana kaca..mana permata, seterusnya buat hipotesis atau kesimpulan dari pemerhatian tersebut.. ibaratnya seperti kita jalankan suatu eksperimen yang memerlukan kita berfikir dengan pantas, kritis, inovatif dan sebagainya..oleh itu, jangan sesekali jadikan masalah itu sebagai suatu bebanan kepada diri kita kerana daripada masalah itu sebenarnya kita peroleh 1001 nikmat lain yang tidak di sangka-sangka..maksudnya begini, bila mana kita ada masalah,, otak akan bekerja untuk berfikir dengan laju bagi mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut,, dan bilamana otak bergerak ke sana ke sini, kita juga yang akan peroleh manfaatnya.. dengan berfikir,, pengetahuan akan bertambah...dengan berfikir,, kita dapat menilai mana yang baik dan buruk,, dengan berfikir otak akan jadi cerdas lantas mewujudkan individu yang berfikiran matang.. dan banyak lagi hikmah atau kelebihan yang di peroleh apabila individu itu bermasalah bukannya bertambah bebanan malah bertambah pengetahuan dan mematangkan dirinya sendiri.. 

>> apa-apa pun yang berlaku,, bersyukurlah tidak kira anda siapa dan berada di mana , bersyukurlah dengan setiap nikmat kurniaaNYA.. insyaAllah akan bertambah-tambah nikmatNYA sekiranya kita bersyukur kepadaNYA.. qana'ah atau berpada-padalah dengan dunia ini yang hanya sementara sahaja.. kerana kita semua pasti akan menuju ke suatu "daerah" yang kekal abadi.. ~ wallahua'lam.. 


owner's blog said >> kadang-kadang kita tidak sedar nikmat yang di berikan telah di sia-siakan serta di gunakan bukan pada tempatnya.. sedarlah dari lena,, usahlah asyik bersuka ria sehingga lupa saudara mara yang sengsara, yang berduka dek kerana kezaliman yang bermaharajalela,, yang tiada langsung perikemanusiaan serta tiada 'value' belas kasihan dalam jiwa mereka.. semoga ALLAH  swt sentiasa pelihara hati-hati kita untuk istiqomah di jalan-NYA dan melindungi kita semua dari azab seksaanNya di sebabkan kepentingan diri sendiri dan tidak mahu ambil peduli dengan  insiden yang berlaku yang kemungkinan wujud  dalam diri ~ wallahua'lam..


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce