728 x 90Advanced Acne Treatment

Friday, June 25, 2010

~ keRana Baju,, ISLAm d Hati ~


Assalamualaikum to all my readers's blog.. Alhamdulillah segala puji-pujianku panjatkan kepada-NYA Yang menghidup dan mematikan..Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang..hari ini merupakan hari jumaat ketikamana aq menaip entry ini..penghulu segala hari..bila tiba hari jumaat sahaja pasti diri ini tidak senang duduk..ada sahaja yang bermain di fikiran..mungkin juga memikirkan hari jumaat yang penuh barokah ini jika tidak di isi dengan amalan yang mulia pasti ianya menjadi hari yang merugikan bagi hamba-hamba-NYA yang di beri kesempatan & peluang utk menghirup udara pada hari itu namun tidak di gunakan dengan sebaiknya.. nauzubillah.. ya, banyak keistimewaan,, kelebihan & fadhilat hari jumaat ini.. bila tiba hari jumaat sahaja, apa yang berpinar di kepalaku adalah mati!! entahlah xtahu kenapa aq begitu takut berhadapan dengan hari jumaat..mungkin kerana aq masih belum bersedia untuk berhadapan dengan segala qada' & qadarnya.. wallahua'lam hanya DIA yang Maha Mengetahui.. tawakkaltu allallah ~ apa-apa pun semoga kita semua dapat bersama-sama mengambil kesempatan yang ada ini untuk terus menanam benih-benih yang baik agar di "sana" nanti kita semua dapat menuai dan mengambil buah-buah yang manis & enak rasanya.. insyaAllah ~

>> pada kali ini, aq ingin kongsi sedikit mengenai salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu ALI BIN ABU TALIB.... siapa Ali Bin Abu Talib ya anak-anak?? :)  ya,, Ali Bin Abu Talib adalah salah seorang khalifah keempat yang di lantik setelah mendapat sokongan majoriti dan beliau menjadi khalifah pada tahun 35 hijrah. Beliau di lahirkan pada tahun 602 Masihi dan berasal dari Bani Hasyim yang berketurunan Quraisy..beliau adalah sepupu dan menantu kepada Rasulullah saw..beliau adalah zauj @ suami kepada puteri Rasulullah saw iaitu Fatimah,, beliau juga merupakan  the first man that embrace in ISLAM,, pemuda pertama yang memeluk agama suci ISLAM.. 

>> Rasulullah saw telah menggelarkannya sebagai zu al-fiqar kerana keberanian & sifat kepahlawanannya yang terserlah dan gelaran Asad Allah yg bermaksud singa Allah.. beliau telah meninggal dunia pada 40 Hijrah kerana di tikam oleh Abdullah bin Maljam iaitu salah seorang drpd golongan khawarij..menurut satu cerita, khalifah Ali ini telah kehilangan sepasang pakaian perang miliknya. Puas beliau mencarinya tapi xjumpa. Suddenly, one day khalifah Ali ternmpak seorang lelaki memakai pakaian perang itu dan beliau yakin pakaian itu adalah kepunyaanya. maka, bermulalah sesi dialog antara keduanya :

>> " tahukah kamu, pakaian perang yang kamu pakai itu adalah milik saya, " kata Ali kepada org Nasrani itu. "pakaian perang itu milik saya'' , ulang Ali lagi.. "tidak! pakaian perang itu milik saya" , jawab org Nasrani itu lagi. Ali tidak berputus asa lalu berkata, "serahkan semula pakaian perang itu kpd saya, sudah lama saya mencarinya.." "tidak!saya xmahu serahkan pakaian perang ini kepada kamu" kata org Nasrani itu. lelaki Nasrani itu tetap dengan pendiriannya. Beliau xmahu serahkan pakaian perang itu w/pun khalifah Ali sudah memintanya berulang-ulang kali ..

>> " jika begitu kata kamu, mari kita pergi ke mahkamah. di sana pihak pengadilan dpt menentukannya, " kata Ali. "Baik, saya setuju.. mari kita pergi berjumpa dgn tuan hakim.. " jawab lelaki Nasrani itu. kemudian, mereka pun pergilah berjumpa dengan hakim yg bernama Kadi Syuraih, beliau adalah hakim yg adil & bijaksana. Sampai shja d mahkamah itu, Ali berkata kpd tuan hakim.." saya xpernah berikan pakaian perang itu kpd org lain. saya rasa pakaian perang yg di pakai oleh lelaki Nasrani itu adalah milik saya. Saya dpt mengenali pakaian perang t'sebut.. " jelas Ali.

>> mendengar penjelasan Ali,hakim menyoal pula org Nasrani itu, "adakah benar seperti yang di katakan oleh Ali tadi? " lelaki Nasrani itu menjawab, "pakaian perang itu milik saya ". lelaki itu tetap dgn pendiriannya  yg mengatakan pakaian itu miliknya. Tuan hakim menjalankan tugasnya dgn adil. Bagi mndptkan kpastian, tuan hakim b'tnya pula kpd Ali, " Bolehkah kamu berikan bukti??bukti yg mnunjukkan bhwa pakaian perang itu milik kamu bukan milik lelaki Nasrani itu.." Tuan hakim memang seorang yg adil & bijaksana. Ali berkata , " saya tidak mempunyai sebarang bukti.. 

>> keputusan mahkamah di buat. Orang Nasrani itu tak bersalah. "saya memutuskan bhwa pakaian perang itu milik org Nasrani bukan milik Ali, " kata tuan hakim. keputusan mahkamah muktamad!! Ali & org Nasrani itu keluar dr p'sidangan mahkamah. Di luar mahkamah, lelaki itu berjumpa dengan khalifah Ali. " keputusan yg di jatuhkan oleh mahkamah adalah muktamad. tuan hakim hanya menjalankan tugasnya dgn seadil-adilnya. Kamu memang seorang yg jujur & sabar. Mulai hari ini, saya mengaku bahwa TIADA TUHAN YG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH & NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH.. '' kata org NASRANI itu di hadapan Ali.

>> Ali mndengar dgn teliti. kemudian, lelaki Nasrani itupun menceritakan kisah sebenar mengenai pakaian perang yang di pakainya itu. "pakaian perang ini saya terjumpa ketika kamu pergi ke Perang Siffin. Pakaian ini terjatuh dri kenderaan  yg kamu naiki. lalu saya  mengambil pakaian perang itu. saya pakai pakaian perang ini dan menjadi milik saya. Tetapi sekarang pakaian perang ini bukan milik saya lagi. Pakaian perang ini adalah milik kamu. Ambillah, kata lelaki Nasrani itu.  Mendengar penerangan lelaki itu, Ali kagum dengan sikap jujurnya itu. Kemudian Ali berkata kpd lelaki Nasrani itu , "kamu memang seorang yg jujur. Sekarang kamu sah menjadi orang ISLAM..ambillah pakaian perang ini. Saya beri pakaian perang ini kepada kamu. Sekarang pakaian perang ini sah menjadi milik kamu.." 

>> subhanallah..demikianlah sikap jujur, amanah & suka bertoleransi antara satu sama lain.. sikap toleransi, jujur & amanah terhadap org lain akan mendatangkan kebaikan & kesejahteraan dlm kalangan manusia sejagat seterusnya memberi kebaikan yang melimpah ruah buat agama ALLAH iaitu ISLAM....insyaAllah.. Wallahua'lam..

sumber : buku Sayap dari syurga terbitan PTS Islamika..


P/S : nak cari org yang bernama Ali..nak tengok ada x ciri2 khalifah Ali ini pada dirinya.. subhanallah..ada ke lagi hamba Allah sepertinya?? payah nak cari zaman lor ni..jgn setakat nama je yang molek tapi sifat peribadi tidak menggambarkan maksud bagi nama empunya badan tu..utk owner's this blog juga agar sentiasa beringat.. :) wallahua'lam

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce