>> Bismillahirrohmanirrahim, segala puji-pujian ku tujukan buat Pencipta alam yang terbentang luas ini ,, selawat dan salam ke atas junjungan besar yang di kasihi dan di rindui Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam , ahli bait baginda, para sahabat yang meneruskan perjuangan bersama baginda tanpa lelah, muslimin muslimat, dan para pembaca yang singgah sebentar di ruangan ini.. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana tidak putus-putus memberikan nikmat-nikmatNYA yang mana jika di hitung, memang tidak terhitung...
Firman Allah swt :
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" - surah ar-Rahman.
>> Telah di ulang berulang-ulang kali di dalam kitab suci umat ISLAM ini,dalam surah ar-Rahman.. ( boleh check & rujuk lepas ni untuk lebih detail) .. pengulangan itu menunjukkan amaran ataupun inzar ( peringatan) untuk kita semua agar sentiasa beringat serta tidak lupa akan Pemberi segala nikmat di muka bumi ini termasuklah keperluan & kehendak-kehendak kita yang jika di hitung juga memang tidak terbatas dan berbeza antara individu dan individu yang lain.. nikmat mata, nikmat telinga, nikmat tangan, nikmat kaki, nikmat mulut, ya segala yang ada pada diri kita ini adalah suatu pemberian atau anugerah yang tidak ternilai yang di berikan olehNYA , persoalannya di sini adakah selama kita menghirup oksigen yang juga nikmatNYA ini telah kita gunakan pada tempatnya yang betul?dan bagaimana untuk bersyukur dengan segala nikmat pemberianNYA ini??
>> syukur, syukur...... Alhamdulillah ( antara bait-bait lirik lagu kumpulan Raihan yang famous suatu ketika dahulu) .. ya kita patut bersyukur sangat-sangat kerana di limpahi dengan pelbagai nikmatNYA ini,, kerana tidak semua yang hidup di muka bumi Allah ini dapat merasai apa yang kita rasai dan apa yang kita perolehi.. sebagai contoh nikmat keamanan yang di rasai oleh negara kita , Malaysia tidak dapat di perolehi dan di nikmati oleh rakyat yang hidup di bumi Palestin seumpamanya.. ya kita memang bertuah lahir , tinggal dan hidup di sini walaupun memang tidak di nafikan pergolakan politik untuk merebut jawatan, pangkat juga berlaku di sini.. tapi ianya bukanlah menjadi penghalang bahkan menjadi batu loncatan atau peluang untuk kita semua menajam dan mengasah minda tatkala negara kita atau negara-negara luar mengalami konflik dalaman mahupun luaran.. kerana kita semua di kurniakan nikmat akal melainkan bagi mereka yang majnun ( iaitu mereka yang terlepas dari tanggungjawab sebagai hambaNYA kerana tiada kewarasan pada akal mereka..) masa inilah akal di gunakan untuk berfikir, menilai mana kaca..mana permata, seterusnya buat hipotesis atau kesimpulan dari pemerhatian tersebut.. ibaratnya seperti kita jalankan suatu eksperimen yang memerlukan kita berfikir dengan pantas, kritis, inovatif dan sebagainya..oleh itu, jangan sesekali jadikan masalah itu sebagai suatu bebanan kepada diri kita kerana daripada masalah itu sebenarnya kita peroleh 1001 nikmat lain yang tidak di sangka-sangka..maksudnya begini, bila mana kita ada masalah,, otak akan bekerja untuk berfikir dengan laju bagi mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut,, dan bilamana otak bergerak ke sana ke sini, kita juga yang akan peroleh manfaatnya.. dengan berfikir,, pengetahuan akan bertambah...dengan berfikir,, kita dapat menilai mana yang baik dan buruk,, dengan berfikir otak akan jadi cerdas lantas mewujudkan individu yang berfikiran matang.. dan banyak lagi hikmah atau kelebihan yang di peroleh apabila individu itu bermasalah bukannya bertambah bebanan malah bertambah pengetahuan dan mematangkan dirinya sendiri..
>> apa-apa pun yang berlaku,, bersyukurlah tidak kira anda siapa dan berada di mana , bersyukurlah dengan setiap nikmat kurniaaNYA.. insyaAllah akan bertambah-tambah nikmatNYA sekiranya kita bersyukur kepadaNYA.. qana'ah atau berpada-padalah dengan dunia ini yang hanya sementara sahaja.. kerana kita semua pasti akan menuju ke suatu "daerah" yang kekal abadi.. ~ wallahua'lam..
owner's blog said >> kadang-kadang kita tidak sedar nikmat yang di berikan telah di sia-siakan serta di gunakan bukan pada tempatnya.. sedarlah dari lena,, usahlah asyik bersuka ria sehingga lupa saudara mara yang sengsara, yang berduka dek kerana kezaliman yang bermaharajalela,, yang tiada langsung perikemanusiaan serta tiada 'value' belas kasihan dalam jiwa mereka.. semoga ALLAH swt sentiasa pelihara hati-hati kita untuk istiqomah di jalan-NYA dan melindungi kita semua dari azab seksaanNya di sebabkan kepentingan diri sendiri dan tidak mahu ambil peduli dengan insiden yang berlaku yang kemungkinan wujud dalam diri ~ wallahua'lam..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_