728 x 90Advanced Acne Treatment

Tuesday, June 22, 2010

~ daPUr UkhwaH KitA ~


ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca sekalian .. sudah lama penulis tidak menjenguk blog ini yang merupakan satu wadah bagi diri penulis untuk mengisi masa sebagai hambaNya,, yang mana tidak lari dari tuntutan mengajak manusia ke arah yang ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran.. apa yang di harapkan agar penulisan penulis ini tidak bercanggah dari syariat yang telah di tetapkan.. insyaAllah ~ 

>> Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan kembara menuju ke satu daerah yang tidak mungkin aq bisa lupakan..tempat yang jauh dari negeri kelahiranku,,berbekalkan keyakinan pada-NYA akhirnya dapat juga sampai di sana dan berakhir dengan jayanya..segala puji-pujian dan kesyukuranku panjatkan pada-NYA..Alhamdulillah..satu pengalaman yang cukup berharga pada diri ini..

>> aq hanya tersenyum bila ada yang bertanya.. “dapat elaun x pergi sana?” .. serba salah pulak nk cakap, kelakar pun ada,, elaun?? senyum je la jalan yang terbaik.. permulaan kembara yang penuh dengan debaran, cuaca yang tidak menentu seolah-olah memahami apa yang di alami dalam diri.. angin sepoi-sepoi bahasa datang tanpa di minta seolah-olah memahami lantas meredakan kegelisahan dalam diri.. Alhamdulillah nikmat dari-NYA..dapat juga aq berpijak di daerah itu bersama sahabat-sahabat yang aq sayangi.. cinta dan kasih sayang kerana DIA Yang Maha Esa.. memang berbeza dengan yang lain..manis rasanya.. 

>> di sana juga aq pelajari ilmu2 duniawi yang secara jujurnya aq kurang arif tentangnya.. ada hikmah dari semua ini..di beri tanggungjawab yang mungkin agak simple bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi bagi kaum hawa..namun tidak bagiku.. hampir-hampir muka di sambar api fuhhh.. memang tak dapat di lupakan..nasib baik sempat mengelak dengan pantas! Alhamdulillah… rasa bimbang sentiasa menyelubungi diri andai diri tidak laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.. “walau sekecil manapun perkara itu, ia tetap menjadi tanggungjwab di bahumu..” itu yang aq pegang.. 

>> “ air 50 sen.. teh ais satu.. nasi goreng satu “! :) usikan sahabat – sahabat menceriakan suasana di dapur itu.. mcm warung la pulak dapur ni,, kelakar pun ada.. hurmm kalau masak guna periuk kecik xpe jugak ini macam masak utk kenduri kawen..fuhh memang mencabar nasib baik ada assistant yang banyak bagi tunjuk ajar.. syukran kak fizah dan sahabat-sahabat lain.. rindu pulak kat dapur tu.. :) tempat kita semua berkumpul dan bergotong-royong.. xtaw pun nk pasang gas tu cmne.. kat rumah lain.. kat dapur tu yang di bagi lain.. memang lain la.. nasib baik ada pak cik yang sudi bagi tunjuk ajar.. macam tu rupanya nak hidupkan periuk nasi yang lain dari yang lain.. satu ilmu bagiku & xrugi rasanya malah manis yang aq peroleh…insyaAllah lepas ni aq akan perbaiki lagi segala kekurangan dan kelemahan sepanjang men’handle’ “dapur ukhwah” itu.. :)

>> pantas bekerja! Ya memang perlu pantas dalam melaksanakan sesuatu kerja.. time management perlu di tekankan supaya tidak menganggu perjalann akiviti yang lain..biarpun penat masih tak hilang, namun kepuasan dapat di rasai bilamana dapat melaksanakan tanggungjwab itu,, until the last day.. Alhamdulillah..walaupun makan yang ala kadar tapi perut cepat kenyang.. memang betullah apa yang mak aq cakap.. bila kita masakkan untuk orang kita yang akan kenyang.. so amazing! perlu tanamkan rasa kesyukuran kerana ada lagi insan atau manusia lain yang mungkin tidak dapat merasai apa yang kita rasai pada hari ini.. bersyukurlah.. sikap membazir perlu di kikis dan di elakkan! Mahukah kita bersahabat dengan syaitan? Mestilah xnak kan.. so jangan membazir ok, xkiralah dalam bab makan, minum, elektrik, air dan segala-galanya.. qana’ah atau berpada-padalah dengan apa yang kita miliki.. insyaAllah hidup akan di berkati.. terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua yang terlibat di “dapur ukhwah” itu..kenangan bersama kalian tak mungkin ku lupakan.. semoga kalian berjaya dunia wal akhirat..dan istiqomah dalam perjuangan demi agama Allah..UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA... :)


p/s : 1st time dengar ikan selayang & ikan duri..hu3 klu kt s'gor ikan2 tu d pnggil nama lain.. layang2 tahu la, klu ikan selayang mmg xpernah dengar..daerah selayang pun ada kat s'gor dekat dengan batu caves.. kelakar bila lain loghat & negeri ni,,banyak perkara baru yg di jumpa..ada juga yg xtahu gam uhu tu apa ya? hihiii so funny.. memang funny.. aq salah cakap ke?? so the conclusion, pelbagai bahasa & loghat meningkatkan pengetahuan kita semua.. belajarlah dan terus belajar..  :)


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce