>>
Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian yang sudi singgah di
ruanganku ini walaupun hanya sebentar,, alhamdulillahirobbilalamin
wassolatuwassalamuala asyrafil anbiyai wal mursalim wa'ala alihi
wasohbihi ajma'in..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
masih lagi diri ini dapat menyambung kembali tugas sebagai penulis
tidak rasmi di ruangan ini....ameen ya robbal alamin..
>>
Baru-baru ini dunia di kejutkan dengan insiden yang amat-amat
memilukan, mengeramkan,, dek kerana perbuatan yang tidak berhati perut
dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera-tentera zionis Israel
laknatullah!! seluruh negara menjalankan demonstrasi di jalan-jalan, di
hadapan bangunan kedutaan,, menandatangan sebagai tanda bantahan,
membakar bendera negara terbabit dan sebagainya sebagai cara mereka
persembahkan ketidakpuashatian terhadap tindakan kejam yang di lakukan
oleh tentera Israel kepada sukarelawan-sukarelawan yang mempunyai misi
yang murni demi menjalankan tanggungjawab sebagai sesama muslim..
>>
hampir seluruh negara di dunia ini mengutuk dan mengecam tindakan
tentera terbabit, termasuklah negaraku..MALAYSIA ,, ya banyak sungguh
demonstrasi-demonstrasi yang di lakukan sejak peristiwa tersebut..dan
sudah pasti tanggal 31 mei yang juga hampir tarikh dengan tarikh
kelahiranku bakal menjadi tarikh keramat @ tarikh yang amat bersejarah
yang tidak mungkin akan di lupakan begitu sahaja.. namun pernahkah kita
terfikir?? adakah perkara yang di lakukan itu akan mengubah pendirian
musuh-musuh ISLAM ,,yang mana sejak azali lagi mereka tidak akan redha
dengan agama Islam selagi mana kita tidak mengikut ajaran
mereka..subhanallah!!
>>
nahh..sudah terbukti di dalam al-Quranul karim mengenai sikap mereka
yang sudah pasti akan memberi kebaikan kepada kita, umat Islam
sekiranya kita benar-benar memahami akan isi kandungan ayat ini..
dmeonstrasi itu tidak salah, namun apa yang salah dari kacamata ku yang
melihat ini adalah tindakan-tindakan yang di lakukan semasa demonstrasi
tersebut adakalanya bagi ku tidak patut di lakukan sebagai contoh,
membakar bendera..yaaa memang tidak di nafikan perasaan geram terhadap
Israel dan kuncu-kuncu mereka membuak-buak sehinggakan tindakan
terbabit di lakukan.. sebagai umat Islam adalah tidak patut perkara ini
terjadi dan di lakukan malah di tayang-tayang pula di dada-dada akhbar,
di televisyen.. persoalannya disini,, beginikah sikap umat Islam??
penulis teringat pada kisah-kisah Rasulullah saw di mana tatkala
baginda di hina, di caci oleh puak yang bermusuh dengan Islam,, baginda
tidak membalasnya dengan kejahatan bahkan di balas pula dengan
kebaikan...
>> sebagai contoh, terdapat suatu kisah di mana setiap kali baginda melalui satu jalan , baginda akan di lontar dengan batu, di letak duri , di baling najis dan sebagainya..namun pada suatu hari, ketika baginda melalui jalan tersebut tiada lagi najis, duri mahupun batu yang kebiasaannya ada! lalu baginda pun bertanya pada seorang hamba Allah, ke mana perginya orang yang selalu membaling-baling batu kepadaku? soal Rasulullah..lantas hamba Allah itu pun berkata, bahawasanya orang yang selalu membaling-baling batu ke arahnya sedang sakit dan sekarang berada di rumah,,sejurus selepas mendengar berita tersebut..baginda terus menziarahi orang tersebut, merawat, memberi makan sehinggalah orang itu sihat seperti sediakala lantas bertanya kepada pembantu di rumahnya,, siapakah orang yang sungguh baik hati ini membantu aku sehingga aku sihat? lantas dia pun berkata, dialah Rasulullah saw, orang yang selalu engkau sakiti..selepas mendengar..orang tersebut terus berjumpa dengan baginda dan mengucap kalimah syahadah...subhanallah...kisah ini patut di jadikan contoh kepada kita semua,, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan puak-puak yang memang anti pada ISLAM..
>>
banyak lagi kisah-kisah Rasulullah saw dan kisah-kisah para sahabat dan
umat-umat terdahulu yang boleh di jadikan ikutan dan guide untuk kita
semua.. pernah x terfikir,, dalam pada kita sibuk berdemontrasi,,adakah
kewajipan yang di pertanggungjawabkan ke atas bahu kita ini telah kita
laksanakan..sebagai contoh solat 5 waktu..tutup aurat.. dan sebagainya
yang mana sudah terang lagi bersuluh perkara itu adalah WAJIB!! apa
makna wajib?? wajib ini bermaksud mesti!! tidak dapat tidak kita mesti
melakukannya... tahukah anda sebenarnya ramai lagi umat ISLAM yang
tidak menyempurnakan ibadah yang fardhu ke atas mereka.. yang mana
setiap individu yang beragama ISLAM wajib melaksanakannya..amat malang
seribu kali malang! buattlah demonstrasi sekerap manapun!! bakarlah
bendera mereka sebanyak manapun!! jika SOLAT masih culas, masih lagi
tidak lengkap..jangan harap mereka akan "dengar kata-kata kita" malah
mereka akan anggap perkara itu 'small matter 'aje! malah mungkin tidak
akan beri kesan pun pada mereka..tahukah kalian bahawasanya kekuatan
kita umat ISLAM adalah IMAN dan JIHAD!!
>>
bila mana IMAN sudah bertapak dalam hati secara tidak langsung akan
mewujudkan semangat JIHAD dalam diri..syabas dan tahniah bagi mereka
yang mampu menjaga IMAN,, dan menzahirkan melalui semangat JIHAD
seperti demonstrasi ini..alangkah indah dan seronoknya jika umat ISLAM
yang hadir di stadium-stadium menyaksikan perlawanan bola sepak,
shopping-shopping complex, pasar-pasar malam dan siang, konsert-konsert
juga menghadiri solat SUBUH ataupun solat-solat fardhu yang lain serta
di lakukan secara berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid
sepertimana solat JUMAAT..jika ini dapat di lakukan secara konsisten,,
insyaAllah kita akan peroleh kemenangan kerana dapat menyakitkan hati
musuh-musuh ISLAM yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kita
semua.. wallahua'alam..
>>
ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri hasil pemerhatian dan
kajian sedikit yang di lakukan, komen-komen dari sesiapa yang rasa
tidak berpuashati atau sebarang cadangan amat-amatlah di harapkan bagi
menambah baik penulisan penulis ini..akhirulkalam,, semoga kita dapat
bersama-sama mengambil pengajaran daripada kisah-kisah Rasulullah..
ingatlah biarlah orang lain baling kita dengan batu,, tetapi balaslah
dengan buah.. nescaya hidupmu pasti bahagia..insyaAllah..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_