728 x 90Advanced Acne Treatment

Monday, May 31, 2010

~ Saktinya Tarbiyah Rasulullah saw ~



~Rahsia Tarbiyah Habib Umar Ibn Hafidz~

Bismillah permulaan kata di mula...moga barokah setiap kata yang ingin di ungkap...
Allahumma Solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihiwasohbihi wasaalam…salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, penghulu segala anbiya'...
Sebelum di mulakan,ingin panjatkan penuh kesyukuran kepadaNYA kerana memberi peluang pada hamba2NYA yang Dhoif ini merasakan cebisan tarbiyah habib.

Dari apa yang dapat kami rasai…

>> Pertama sekali,sebelum beliau sibukkan kami dengan amalan2 zahir,beliau tanamkan terdahulu benih2 cinta terhadap Rasulullah s.a.w ke setiap jiwa anak didiknya.Kalamnya itu takkan terlepas menyebut tentang Rasulullah s.a.w.Kalau akhir majlis ilmunya(rowhah),Doa yg dibacakan juga pasti ada kaitan antara hubungan kami dan Rasulullah s.a.w .Ini supaya,beliau hendak kami rasakan that we only belong to Allah n Rasulullah s.a.w.Tiada lain selain itu.

 >> Bila sudah tumbuh benih2 cinta tersebut,Habib tidak perlu banyak kalam dalam menyuruh kami melakukan amalan sekian sekian.Cukup beliau katakan…‘Rasulullah buat sekian sekian’,'Rasulullah tidak pernah tinggalkan perkara tersebut’
Hanya dengan kekata-kata tersebut…dapat menggerakkan hati yang mendengar untuk mengamalkan apa yang ditunjukkan.Subhanallah!

Tarbiyahnya Rasulullah s.a.w terhadap para sahabatnya…

>> Bagaimanakah terungkap kekata ini dari mulut para sahabat?
bi abi anta wa ummi ‘~Sayidina Abi Bakar As-Siddiq
nafsi fida aka Ya Rasulallah
Ya Rasulallah,Engkau lebih ku cintai dari diriku sendiri‘~maksud dari kalam Sayyidina Umar Al-Khattab.

>> Keluarnya kalimah2 Cinta ini,tidak lain kecuali setelah mereka mengenali dan bersama dengan Rasulullah s.a.w.Cuba lihat Sayyidina Umar…pada zaman jahiliyahnya,Beliau terkenal sbg seorang yang paling keras menentang Islam.Tetapi bagaimana Setelah beliau bersama Rasulullah s.a.w???Sekeras-keras hatinya dan nafsunya…bagaimana beliau tundukkan dan serahkan penuh buat Rasulullah s.a.w??Ini tiada lain kecuali sbb CINTA bukan???
ada kekata ini ‘lau arafuhu lahabbuhu’(jika kamu mengenalinya,kamu pasti akan mencintainya)Sollu alaihi!

>> Dan begitulah Tarbiyahnya Rasulullah…Rasulullah tanamkan CINTA itu dihati para sahabatnya dgn akhlaqnya terdahulu tanpa perlu banyak berkata dan kesannya…para sahabatnya sangat berlumba-lumba untuk mengikuti setiap apa yang Rasulullah lakukan.Seperti kisah sayyidina Abdullah Ibn Umar AlkKhattab,beliau itu tidak jalan ke sebuah jalan itu kecuali jalan tersebut telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.Allah…

** Dan kita,sbgi para daie,Kita jangan sibukkan orang2 yang ingin kita seru itu dgn amalan2 zahir terdahulu.Malah,pupukkan kecintaan kepada Rasulullah di setiap hati yang kita temui.

Panduan buat Seorang yang bergelar IBU
 
>> Kalau sbg ibu,sejak kecil lagi,tarbiyah anak dgn cara sedemikian.Jangan memaksa anak melakukan sesuatu dengan mengancamnya,memarahinya atau memukulnya dan sbgnya.Ceritakan padanya dahulu kisah2 Rasulullah s.a.w,tunjukkan padanya betapa sayangnya Rasulullah kepadanya dan ummahnya.Bile rasa anak kita itu sudah ke tahap peringkat ‘kenal Rasulullah’,Baru mulakan MISI dalam memperlengkapkan anak dgn amalan2 zahir.Bile menyuruh sesuatu…kaitkan kalam kita itu dgn Rasulullah.Ia lebih mudah untuk bergerak dgn sendirinya tanpa perlu dipaksa.

>>Misalannya…’Rasulullah tak buat begitu tau‘.Jangan terus kata…’nanti masuk neraka!’…’nanti Allah potong lidah tau'( ni selalunya akan di cakap apabila seorang anak bercakap bohong sebagai satu ancaman utk mereka...) .Rasulullah kan diutuskan sbg Rahmat buat sekalian alam???kenapa kita perlu takut2kan anak kita dengan ancaman2 sedemikian?Malah,tunjukkan pada anak kita tentang Rahmatnya Islam dgn kehadiran Rasulullah s.a.w(sollu ‘alaihi!)

>> And it applies to ALL that known as a daei,,Kalau dengan masyarakat,Jangan terus kata…’Itu haram!!‘…’Perbuatan itu dilaknat Allah s.w.t!!‘Malah dekati jiwa2 yg kita temui itu pada Rasulullah terdahulu…barulah sampai ke jalan NYA.Setiap ceramah atau apa2 yg diperbualkan,selitkan kalam itu dgn kisah Rasulullah.Sbb manusia itu secara tabiinya suka pada cerita.Dan tiada cerita yang paling hebat dan istimewa kecuali kisah2 Rasulullah s.a.w.
Dan begitulah Sunnatullah…Untuk sampai jalan ke Allah itu,perlu melalui RasulNYA.Itulah adab yg di ajarkanNYA melalui Rasulullah s.a.w yang telah disebutkan dalam surah Al-kahfi antara Nabi Allah Musa dan sayidina khidhir Alaihimassalam.
WAllahu Wa Rasuluhu ‘alam…


Habib..
Tarbiyahmu,
Mengingatkan kami pada Rasulullah,
Yang,
Senikmat-nikmat tarbiyah itu,
Adalah Tarbiyahnya Rasulullah..
Tarbiyahmu itu,
Membuatkan kami dapat merasai,
Bagaimana para sahabat itu,
Begitu mencintai Rasulullah…
Sehinggakan jika sehari tidak melihat,
Berlinangan air mata mereka,
Kerana mendambakan melihat wajahnya yang begitu bercahaya.

Habib,
Apabila engkau menyifatkan Rasulullah,
Hati yg mendengar ini,
Membuat kami tak sabar lagi,
Ingin bertemu dengan Rasulullah,
Sehinggakan hati ini berkata,
Ya Allah,
Cukuplah Engkau Kurniakan Rasulullah buat kami,

Habib,
Nasihat mu sentiasa terdengar di telinga ini,
Seolah-olah di kau itu di samping kami,
Yang Walau jauh beribu batu,
Dan Kini,
Ku fahami erti kekata mu ini,
‘Berapa ramai yang hadir tapi ghaib,
Dan berapa ramai yang ghaib tapi hadir’.
JazaAllahu ‘anna khairal jazak murabbina Al-Habib Umar Ibn Hafiz….

Ya Allah,
Temukan kami pada mereka yang menunjukkan ke JalanMU,
Yang tarbiyahnya menurut tarbiyah KekasihMU….


this post source from >> http://pondokhabib.wordpress.com/2010/04/05/rahsia-tarbiyah-habib-umar-ibn-hafidz/

~ owner's said >> memang benarlah apa yang di ungkap pada entry ini.. Rasulullah sallallahualaihi wassallam adalah contoh teladan  @ qudwah untuk semua,, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud : 

" DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)"

~ namun apa yang menyedihkan pada hari ini,, penerapan value cinta, kasih sayang kepada Rasulullah sudah semakin tandus, kering dalam fikiran masyarakat kita pada hari ini lebih-lebih lagi dalam jiwa anak-anak muda pada zaman moden ini,, yang mana mereka lebih gemarkan hiburan-hiburan underground, band-band yang menyanyikan lagu-lagu yang jauh menyimpang dari ajaran-ajaran ISLAM dan tiada penerapam nilai-nilai cinta dan kasih sayang kepada ALLAH & Rasul Junjungan.. melainkan satu band iaitu Wali Band yang boleh di katakan pencetus era baru bagi para band - band antara mereka iaitu dengan mengetengahkan nilai-nilai Islam dalam lirik-lirik lagu mereka.. aq tertarik dengan kata-kata salah seorang daripada kumpulan ini bilamana wartawan bertanya, "agak luarbiasa bagi wali band kerana  walaupun masih baru dalam dunia muzik, tetapi jualan dan lagu-lagu yang di mainkan mudah menarik minat anak muda, apa rahsianya? " lantas dia berkata, " kita tulis dan cipta lagu ni tulus dari hati kita, bila ianya datang dari hati jadi ianya juga mudah di terima dari hati ke hati..",,  benarlah apa yang di katakan itu, bila mana sesuatu itu datang dari hati,, ia akan mudah di terima oleh orang lain..dan konsep ini juga boleh di aplikasikan dalam diri para daei  apabla mereka menyampaikan sesuatu pada para duat' agar mudah meresap dalam jiwa mereka.. dan  sebagai daei, perlu bagi kita untuk mengenalpasti sasaran duat itu dan "cuba masuk  ke alam mereka terlebih dahulu",, jangan cipta 'gap' atau penghadang antara daei + duat.. 

~ kembali semula pada contoh teladan yang sepatutnya kita agung dan ikuti iaitu Rasulullah sallallahualaihi wassalam,, bilamana kita mencintai seseorang..adakah cinta itu hanya sekadar cinta yang di lafazkan atau cinta tulus dari hati? dan apakah yang membuatkan kita cinta pada individu tersebut?? sudah tentulah sebelum kita mencintai seseorang itu, kita mengenali dirinya... barulah terbit rasa cinta untuk mencintainya.. sebab itu dalam Islam, cinta antara manusia yang di redhoi oleh Allah  swt adalah cinta selepas berkahwin..no dating! no couple ! no valentines day! until they get married... lepas kahwin @ nikahlah baru kenal hati budi masing-masing,lalu terbitlah rasa cinta  & kasih sayang antara mereka.. insyaAllah kekal & aman rumahtangga jika di dirikan atas landasan syariat yang betul..

>> dan begitulah juga diri kita yang mengatakan cinta pada Allah dan  Rasulullah saw.. adakah cinta tersebut hanya di lafazkan sahaja tanpa mengetahui apa dan siapa yang kita cintai itu? nahh..di sinilah titik permulaan cinta.. iaitu mengenali siapa yang kita cintai.. kenali Allah itu siapa? apakah sifat-sifatnya..kenali siapa Rasulullah, apakah sifat-sifatnya,bagaimana tingakahlakunya dan sebagainya.. inilah yang di namakan cinta, hurmm..betul lah peribahasa  yang mengatakan tak kenal, maka tak cinta.. think positive not for human only... siapakah yang ci cintai oleh anak-anak muda sekarang? ya , hasil kajian menunjukkan kebanyakan mereka cintakan hiburan, cintakan gazet-gazet ( laptop dll), malah ada yang mengambil artis-artis sebagai idola..tahukah anda maksud idola itu apa? idola itu ikutan.. artis juga manusia seperti kita, kenapa perlu mengambil mereka sebagai ikutan dalam kehidupan?malah ada ikutan yang lebih baik dari semua itu..tidak pernahkah mereka melihat atau mendengar mengenainya atau xnak ambil kisah pun tentang hal ini..nauzubillah, memang tidak di nafikan ada segelintir masyarakat yang di dalam i/c nya tertera ISLAM namun praktikal dalam kehidupannya langsung tidak mencerminkan apa yang Islam kehendaki,, malah tersasar dari landasanNYA.. fikiran perlulah terbuka apabila berhadapan dengan masyarakat seperti ini.. malah contoh teladan dari kita sendiri  adalah asas bagi pembentukan dan "latihan mata" bagi mereka agar dapat melihat sendiri bagaimana acuan yang sebenarnya perlu ada dalam diri setiap yang bergelar MUSLIM.. bukah hanya muslim di i/c sahaja, malah perlu muslim dalam kehidupan juga.. jadilah seperti lebah,, terbang ke sana- sini menghisap madu di bunga.. lalu mengumpulnya dan menghasilkan madu yang lebih baik dan boleh di nikmati bersama ~ wallahua'lam ~

 
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Friday, May 28, 2010

~ Sakit Hilang,,bila Cinta Datang ~



 Bismillahirrohmanirrohim...

>> Alhamdulillah,,post kali ini agak menarik..semua orang ingin rasa cinta dan di cintai..namun benarkah cinta anda di berikan pada yang sepatutnya?? bercakap soal cinta..pengertian cinta terlalu luas..dan terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya cinta antara manusia + manusia seperti cinta seorang anak kepada ke dua ibu bapanya,, cinta cucu kepada datuk neneknya, cinta suami kepada si isteri yang halal untuknya,... dan sebagainya..cinta juga bukan hanya antara manusia sahaja,, bahkan haiwan turut ada rasa cinta cuma cara di persembahkan cinta tersebut berlainan dan tidak sama dengan manusia... namun jangan kita hairan bila mana terdapat individu yang cintanya pada haiwan.. bahkan ada juga segelinitr masyarakat pada hari ini, mempunyai cinta yang luarbiasa contohnya individu tersebut cinta pada hartanya seperti kereta, wang, barang kemas, pakaian berjenama dan sebagainya  yang kebanyakan kesemuanya 'value' cinta ini adalah bersifat duniawi .. ya benar memang cinta itu akan menerbitkan kasih sayang namun benarkah adakah cinta yang anda miliki di salurkan pada saluran yang benar dan adakah ianya tulus dari hati anda?? hurmmm.... di sini pemilik blog ingin bawakan suatu kisah di mana terdapat sahabat Nabi yang sungguh luar biasa cintanya...marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada kisah ini.............

>>Al- kisahnya begini,, Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali r.a. terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang kerana Sahabat-Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.


>> Ertinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah, terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah.


>> Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik.


>> Banyak lagi cerita Sahabat-Sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin. Begitu juga Sahabat-Sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu.


>> Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan Syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya. Subhanallah...begitu indahnya cinta mereka sehingga tidak sedar kesakitan dalam diri,,inilah cinta hakiki ~ wallahua'lam...

" cintakan manusia,,manusia akan tinggalkan kita..cintakan harta,,harta akan habis jua.. cintakan takhta,,takhta akan hilang suatu hari nanti..cintakan ALLAH adalah cinta yang hakiki..dan kita tidak akan pernah menyesal,,tidak akan pernah di sakiti,,tidak akan pernah di kecewakan malah akan di beri perlindungan ..carilah cinta-NYA..pasti hidupmu bahagia.. "


owner's blog >> indahnya hidup ini jika segala-galanya kerana DIA.. ~

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, May 20, 2010

~ First Question for You ~


Bismillahirrohmanirrohim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Segala puji-pujian hanya kepada-Nya..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam penghulu segala anbiya',, kekasih Allah swt serta seorang hamba Allah yang menjadi qudwah (ikutan) bagi segenap masyarakat dan manusia yang bersyahadah bahawa " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah " ~

>> Alhamdulillah,, thanks to Allah swt again and again for all His Gift.... Allahuakbar! Allahuakbar! kedengaran muazzin melaungkan azan di sebuah masjid berdekatan,, serentak dengan itu masjid lain pula melaungkan azan ,, di corong-corong radio.. televisyen..menandakan tibanya waktu solat dan menyeru umat Islam menunaikan kewajipan  yang wajib di laksanakan sebagai bukti kehambaan seorang hamba kepada Allah  swt ,, Tuhan sekalian makhluk dan pemilik muka bumi ini... ISLAM IS BEAUTIFUL ~ 

>> inilah perkara pertama yang akan di hisab dan di soal oleh Allah swt di hari akhirat kelak.. bukanlah di soal mengenai berapa banyak harta yang telah di kumpulkan? bukan juga berapa banyak duit yang telah kamu belanjakan...bukan juga di tanya apakah kereta yang kamu gunakan ketika di dunia dahulu... bukan juga apakah jenama pakaian yang kamu sering beli dan pakai...bukan! bukan!marilah kita sama-sama bermuhasabah dan kenali diri kita...( kenali diri dan kenali pencipta bagi diri)..apa yang telah kita lakukan selama ini.. masyaAllah ~ (inzar untuk pemilik blog juga..)

>> bagaimana solat yang kita lakukan selama ini...tahukah kalian bagaimana ingin mendapatkan solat yang lebih khusyuk?? Jom...nak share sedikit info bersama kalian yang membaca ruangan ini,, mudah-mudahan mendapat manfaatnya.. 

>> Di kisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, yang sangat warak dan khusyuk solatnya.Namun demikian dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya.. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (rajin beribadah)  yang bernama Hatim al-Asam dan bertanya, " Wahai Abdurrahman ( nama gelaran Hatim) , bagaimanakah cara tuan solat? " Hatim berkata , " apabila tiba waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin".

>> Isam bertanya, " bagaimana wuduk batin itu? " Hatim berkata , "wuduk zahir sebagaimana yang biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu : 

1) bertaubat
2) menyesali dosa-dosa yang telah di lakukan
3) tidak tergila-gilakan dengan dunia
4) tidak mencari atau mengharapkan pujian manusia
5) meninggalkan sifat bermegah-megah
6) meninggalkan sifat khianat dan menipu
7) meninggalkan sifat dengki

>> Seterusnya Hatim berkata , " kemudian aku pergi ke masjid , semua anggotaku bersiap sedia dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku..Ku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian siratulmustaqim dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku ( mungkin aku mati selepas solat ini ). Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik . Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk ( berasa hina ) , aku bertasyahud ( tahiyat ) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam  dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun".

>> setelah Isma mendengar kata-kata itu, menangislah dia sekuat-kuatnya keran membayangkan ibadahnya yang kurang baik jika di bandingkan dengan Hatim...masyaAllah ~ sama-samalah kita ambil pengajaran dari kisah ini untuk di praktikkan dalam kehidupan kita.........wallahua'lam


owner's blog : solatlah kamu sebelum kamu di solatkan.. round 1 shopping complex rasa tak cukup kalau  5 minit..tapi kalau solat yang hanya minimum di  lakukan  sekitar 5 minit begitu berat rasanya..  mana bukti hidup dan mati kerana  Allah ?? kenalilah diri nescaya kamu dapat kenali Ilahi... \(^_^)/


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Tuesday, May 18, 2010

~kecil-kecil si pohon semalu ~

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..semoga berada dalam lindungan Allah swt dan di berikan kekuatan untuk menongkah arus kehidupan yang penuh ranjau dan duri yang pastinya memerlukan seseorang itu mujahadah dalam nafsinya (dirinya) ..berbahagialah bagi mereka yang mampu melawan dan menahan nafsu-nafsu dari mengawali akal mereka ~ ameen ya robbal alamin...

Pada kali ini, aq ingin membawakan kisah yang juga amat menarik perhatianku dan amat sesuai untuk di jadikan panduan bagi lelaki + wanita,muslimin+ muslimah, bapa-bapa + ibu-ibu,remaja-remaja yang masih muda ,pemuda - pemudi, boleh kata semua la.....bagus untuk di jadikan pengajaran pada kita semua agar menjaga diri kita dengan sebaiknya ~ al-kisahnya....

>> Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

>> Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. 

>>Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek : 

~ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

~ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
 
~ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

 ~memang sakit kalau terpijak atau tersentuh duri pohon semalu... kecil2 cili padi~


owner's blog thinking : memang payah untuk mencari wanita seperti pohon semalu..lebih-lebih lagi di  zaman era serba canggih ni..begitu juga payah untuk mencari pemuda seperti pohon semalu.. huhuu di manakah mereka?? bagi muslimah, penting bagi kita menjaga diri.. pertahankan diri dari di rosakkan kumbang-kumbang yang cuba menyengat ! protect ourself with TAQWA ~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Friday, May 14, 2010

~ menangis kerana WANITA ~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.. khatimul an'biya' wa habibillahitaala.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi di berikan nikmat Iman dan Islam serta di berikan kekuatan untuk menjalani hidup sebagai hamba-Nya serta menghirup oksigen yang di bekalkan kepada sekalian makhluk di atas muka bumi ini bagi meneruskan kehidupan..bersyukur kerana diri ini tidak memerlukan alat bantuan bernafas bagi meneruskan kehidupan di bumi-Nya ini..ameen ya Robbal alamin..

>> Hidup di kelilingi dengan kanak-kanak sudah pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi bagi melayan kerenah mereka yang kadangkala tak tercapai akal di buatnya...soalan-soalan yang kadangkala lebih hebat dari biasa..na'am memerlukan persediaan fizikal, mental, rohani dan jasmani..boleh kata segala-galanya di perlukan tatkala berada dalam kelompok kanak-kanak yang masih suci ni... dan tidak boleh tidak ( mesti ) akan terdengar suara-suara tangisan si kecil ini yang merengek meminta itu dan ini...na'am perlunya kesabaran melayan mereka walaupun tidak di nafikan banyak lagi kerja - kerja lain yang perlu di bereskan.. 

>> terdapat sebuah kisah yang agak menarik yang ingin aq kongsikan pada pembaca sekalian..mudah-mudahan kalian mendapat ibroh daripadanya..al-kisahnya bermula begini........

>> Khalifah Umar bin al-Khattab adalah Amirul Mukminin...sebagai seorang khalifah, beliau sering meronda -ronda pada waktu malam bersama pembantunya, Aslam untuk mengambil tahu keadaan rakyatnya di kota Madinah..suatu malam, beliau ke pinggir kota Madinah. Apabila berada hampir dengan sebuah rumah kedengaran seorang wanita memasak dan di kelilingi dengan anak-anak kecil yang sedang menangis sambil berkata, "kami lapar, sudah siapkah makanan itu?"

>> Beliau memerintahkan Aslam mendapatkan maklumat tentang apa yang sedang di lakukan oleh wanita itu. kemudian Aslam memberitahu Khalifah Umar bahawa wanita itu sedang memasak untuk anak-anaknya dan masakan itu hampir masak. Setelah itu, beliau meneruskan perjalanannya ke sekeliling kota untuk medapatkan maklumat tentang rakyatnya yang kekurangan makanan dan belum mendapat pembahagian makanan dari Baitulmal. Kemudian, Khalifah Umar pun mengajak Aslam ke rumah wanita tadi dan anak-anaknya yang sedang menangis.Kelihatan wanita itumasih memasak. Ada anaknya yang sudah tertidur dan anak-anak yang lain masih menangis serta hampir kehilangan suara kerana telah lama menangis.

>> Umar dan pembantunya menghampiri wanita itu sambil mengucapkan salam. Wanita itu menjawab , "waalaikumsalam, silakan masuk ". Umar pun menghampiri periuk wanita itu dan terperanjat apabila melihat di dalam periuk hanya batu dan pasir....setelah anak-anak melihat apa yang sebenar di masak oleh ibu mereka , semakin kuatlah tangisan mereka. Wanita itu marah kepada Umar kerana perbuatannya itu telah mengejutkan anak-anaknya yang lain dari tidur...wanita itu berkata dengan kuat, " celakalah kalian, bila datang hanya untuk melihat usahaku yang sia-sia.Ketahuilah aku melakukan ini demi menghiburkan anak-anakku yang lapar sehingga mereka tertidur ".

>> "Maafkan kesalahan kami. Bukankah Khalifah Umar telah membahagikan bantuan kepada rakyatnya dari Baitulmal dan sudahkah puan menerimanya?" , tanya Aslam. Wanita itu tersenyum sinis sambil membeliakkan matanya sehingga Aslam tidak berani menatap wajahnya dan berkata , "Hah, celakalah dia dan semoga Allah hukum dia ! Ketahuilah olehmu, dahulu suamiku ikut berperang di jalan Allah melawan pasuka Rom dan mati syahid. Syukurlah kaum muslimin menang dan menguasainya. Lihatlah apa yang kami peroleh? Sila kalian tengok di mana Umar berada sekarang? Mungkin sedang tidur di biliknya yang hangat dan dengan perut yang kenyang hasil keringat para pejuang"...suara wanita itu kuat dengan mata yang berapi-api. Aslam melihat tubuh Khalifah Umar turut menggeletar kerana menahan kemarahannya.

>> " Siapa nama suami puan?" Khalifah Umar pun bersuara. " si Fulan bin si Fulan, mengapa kamu bertanya?". " Aku kenal dia. Dia merupakan pejuang Islam yang baik dan soleh. Kenapa puan tidak meminta bantuan dari khalifah? ". Apabila mendengar Khalifah Umar memuji suaminya, berkurangan kemarahan wanita itu. " Suamiku pergi meninggalkan anak-anak ini, aku berharap Allah menolong kami .Suamiku berjuang bukan kerana di perintahkan oleh Umar, kenapa aku harus mengemis kepadanya ?''.

>> "Bertenanglah, insyaAllah aku akan menguruskan keperluan puan". Tanpa menanti jawapan daripada wanita itu, Khalifah Umar terus meninggalkannya di ikuti Aslam dengan tergesa-gesa menuju ke Baitulmal. Umar mengeluarkan dua buah guni besar berisi gandum dan sekantung wang. Kemudian beliau memikul satu guni dan berkata , "Aslam, Letakkan satu guni ke atas yang satu guni lagi. Cepat! ". Aslam hairan melihat khalifah berbuat begitu dan cuba membantunya, " wahai Amirul Mukminin, biarkan aku membantu membawa guni ini ". Umar marah sambil berkata, " celakalah engkau ! sekali lagi celakalah engkau ! Tadi engkau berikan maklumat yang tidak betul tentang wanita itu. Sekarang engkau buat kedudukanku menjadi susah. Apakah engkau mahu menanggung dosaku kelak di hadapan Allah kerana hal ini ?''.. 

>> Aslam segera menggeleng. Dalam suasana malam yang dingin Aslam melihat pipi Umar di basahi air mata. Sepanjang perjalanan Umar berkata-kata sendirian berulang-ulang. "Celakalah aku jika Engkau marah ya Allah , celakalah hai Umar bila Allah tidak mengampunimu ". Di sebabkan perjalanan jauh, maka berkali-kali Umar terpaksa beristirehat dengan dua buah guni besar di bahunya dan sekantung wang yang masih di pegangnya. Aslam melihat Umar yang berwajah kesal serta di basahi peluh dan air mata. Apabila tiba di sana, nampak wanita itu sedang berusaha menghiburkan anak-anaknya. Wanita itu tersenyum sambil mengucapkan syukur setelah melihat Umar dan Aslam membawa makanan. Sementara anak-anaknya yang tadi menangis turut gembira. Kemudian, Umar menyerahkan kantung wang yang di bawanya tadi kepada wanita itu lalu wanita itu berkata , " Alhamdulillah, aku semakin yakin bahawa Allah itu ada. Tidaklah sia-sia doaku selama dua hari ini memohon makanan. Cukuplah selama dua hari aku berbohong kepada anak-anakku dengan batu-batuan yang aku masak tadi".

>> kemudian wanita itu berkata lagi , " terima kasih atas bantuan kalian. Tadi ketika aku melihat kalian membawa makanan dan wang, aku sempat berdoa kepada Allah  agar kamulah yang di jadikan-Nya khalifah menggantikan Umar". Umar mengusap wajahnya dengan lengan bajunya sambil merayu, "puan yang baik, sudikah engkau memohon ampun kepada Allah bagi Umar? ". wajah wanita itu berubah. "tidak, biarkan sehingga aku bertemu dengan Allah nanti ," jawab wanita itu...setelah mendengar kata-kata itu, Umar semakin bimbang dan beliau terus meminta izin pulang di ikuti Aslam. Sepanjang perjalanan Khalifah Umar kembali mengulang-ulang perkataan yang telah di katakannya tadi. "Celakalah aku jika Engkau marah, ya Allah ". Langkahnya terasa berat dan air matanya bercucuran....

>> Begitulah tanggungjawab Umar bin al-Khattab semasa beliau menjadi khalifah. Dia bukan pemimpin yang bersenang-lenang di rumah sementara rakyatnya menderita kelaparan. Dia adalah PEMIMPIN ISLAM yang sebenar...masyaALLAH ~

** sumber : kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA ~

thinking : bukan mudah untuk mencari pemimpin yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil ... bukan mudah untuk memimpin orang lain  dan bukan mudah untuk menjadi pemimpin.... bersyukurlah dengan apa yang ada..dan jangan suka membazir terutamanya bab makanan.. ramai lagi yang kebuluran di luar sana... give and take it together.. wallahua'lam ~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Thursday, May 13, 2010

~ Apa Yang Telah Aku Buat?? ~



Bismillahirrahmanirrohim..in the name of Allah,, All praises to Him and Glorious to Him abadan abada..

>> sekadar perkongsian bersama ..

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga di tanya empat perkara iaitu mengenai umur ,, ke mana dihabiskannya..usia muda,, bagaimana dia melaluinya..harta ,, dari mana dia perolehinya dan bagaimana dia membelanjakannya serta ilmu,, apakah dia sudah beramal dengannya.” 

( Hadis riwayat Tirmidzi )

 ~ Terkesan sungguh hadith ini pada diriku..meremang rasanya.. adakah 4 perkara tersebut bisa ku jawab dengan lancar di hadapan-Nya kelak..sungguh diri ini terlalu alpa dengan duniawi yang mana terlalu banyak rintangan yang harus di tempuhi yang kadangkala memerlukan mujahadah dalam diri..bagi peroleh ukhrawi yang abadi di "sana" nanti ~ wallahua'lam..



_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wednesday, May 12, 2010

~ Wayar Putus ~


>> Assalamualaikum kepada semua pembaca di ruanganku ini.. di harapkan agar  berada dalam lindungan Allah swt.. Alhamdulillah nikmat yang di beri-Nya masih terus di “bekalkan” .. insyaAllah akan di gunakan pada “lorong” yang betul. Sudah seminggu aq xberhandphone ( handphone ilang!!!! Hu2 cmne nak dcuss nie..penting pulak tu..fuhh naseb baek ade ym,, kebetulan pulak sahabat aq on9..mcm tau2 aje aq nk dscuss ngan die.. maybe itulah yang di namakan aura sahabat kan.. :) Alhamdulillah kebetulan sebelum handphone ilang, sempat la ambik simcard..macam taw2 je nak ilang hu2.. ade simcard pun kira ok la wpun banyak nombor sahabat, kawan dan lain – lain xde.. Alhamdulillah again and again to Allah swt for all Her Gift ~ ( utk sahabat2 n kawan2 kalau baca blog nih, harap maaf la kalau ade bagi mesej atau nak inform something..harap maklum)

>> sedang menunggu adik bongsu balek dari kolej..die nak bagi handphone ( amboii kayanye adik ) hehee.. xpe sabar2..assobaru minal iman.. jimat cket, xpayah beli handphone kan. hurmm bile la die nak balek.. syukran jazilan pada sahabatku (ukhti fauzana) kerana meminjamkan handphone beliau semasa di tempat pengajian.. selama beberapa bulan sementara pulang ke kampung halaman ~ sungguh berjasa handphone tu, semoga pemiliknya juga mendapat ganjaran dari-Nya kerana memudahkan segala urusan sepanjang berada di tempat pengajian..syukran jazilan marratan ukhro ya ukhti..

>> hurmm itu baru kehilangan handphone..kalau hilang iman macammana agaknya ya?? Nauzubillahiminzalikh..Kalau terputus hubungan dengan kawan-kawan n others kita rasa gelisah, rasa tak lengkap idup nie, banyak benda yang perlu di bereskan melalui teknologi itu.. kalau terputus bekalan elektrik or blackout cepat-cepat gi kedai cari lilin or pasang lampu yang guna bateri..kalau boleh xnak hidup dalam kegelapan..kalau terputus bekalan air pulak, cepat-cepat gi cari mana-mana tempat yang ade sumber2 air, kalau rumah yang dekat dengan pantai, mandi pantai..dan yang sewaktu dengannya.. begitu juga jika terputus wireless..tak dapat nak on9.. chatting, blogging, cari bahan2 di web2, xdapat nk tgok fcbuk ( bagi yg ade) xdpt nk tahu perkembagan semasa dengan lebih meluas.. rasa xlengkap idup ni kalau dalam sehari xbuka intenet.. tahniah bagi yang mampu mengawal..tapiiii kalau terputus hubungan dengan DIA?? Bagaimanakah sikap kita tika itu.. adakah kita cepat-cepat mencari DIA , buat tak tahu atau tak nak ambik tahu pun..nauzubillah.. ( sentiasalah mohon perlindungan dan mintalah agar istiqomah di jalan-Nya )

>> Bagaimana cara untuk sambungkan kembali “wayar yang terputus” dengan DIA? Na’am..semua sudah sedia maklum, salah satu cara bagi menyambungkan kembalikan wayar denganNya adalah melalui SOLAT..solat adalah wasilah atau penghubung antara kita, hambanya dengan DIA..al-Kholiq..tekanlah nombor yang DIA dah bagi ( 24434) insyaAllah jika nombor yang di tekan tu betul, bolehlah berhubung denganNya,, berborak,, berbual,, bercakap-cakap lama denganNya pun xpe ( xgune kredit pun..jimat duit) bahagianya hidup jika dapat berbual-bual denganNya, ada masalah cepat-cepat dail nomborNya,, jika gembira pun cepat-cepat inform padaNya,, kalau boleh setiap minit dan saat hendak bersama denganNya..DIA lah yang memahami,, DIA jugalah yang merawat hati tatkala diri di landa kesedihan, kegelisahan, DIA jugalah tempat aq meminta apa yang aq mahukan..segala-galanya padaNya xperlu berpaling pada yang lain.. ada lagi wasilah lain yang boleh kembalikan hubungan yang putus antara kita dan DIA..banyak..bukan setakat solat sahaja..zikrullah pun boleh juga dan sebagainya..

>> akan tetapi Solatlah yang lebih utama kerana perkara pertama yang akan di hisab kelak, adalah berkenaan solat..solat adalah bukti kehambaan kita padaNya, kerana di dalam solat terdapat sujud, apa maksud sujud ? sujud adalah kita letakkan dahi dan hidung di atas bumi (tanah/lantai/sejadah dan sewaktu dengannya..) dan kadangkala di lakukan dengan menundukkan sedikit kepala tanpa meletakkan di bumi ( mungkin bagi yang sakit..) dengan perasaan tazallul ( hina) dan khudu’ ( taat)..nah! dengan maksud sujud itu sudah memberi seribu satu makna yang cukup mendalam bagi setiap hamba – hambaNya yang mengambil berat tentangnya.. semoga kita dapat sama-sama menjaga hubungan kita denganNya ( kalau boleh jangan bagi putus.. insyaAllah ) haiyya ala solah haiyya alal falah..



Owner’s blog thinking : hebatnya pada zaman Rasulullah saw,, tiada teknologi moden seperti zaman sekarang namun Islam tetap tersebar dengan meluasnya,, tapi berapa ramai umatnya kini yang menghargai pengorbanan yang telah di lakukan oleh baginda….sallallahuala Muhammad ya Habibillahitaala ~

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Monday, May 10, 2010

~ Cawan Vantage ~


Salam alaik kepada semua pembaca yang tidak jemu-jemu singgah ke ruangan yang tak seberapa ini ,, bukan untuk membangga, bukan untuk membuang masa , bukan untuk mencari nama...di harapkan semoga kalian mendapat manfaat dari ruangan ini walaupun hanya satu perkataan dan semoga terus di beri kekuatan iman untuk terus berhadapan dengan kehidupan ini yang penuh dengan duri yang sudah pastinya menyakitkan, untuk mendapatkan kemanisan bukanlah sesuatu yang mudah.. inilah kehidupan yang perlu di tempuh oleh setiap insan yang bergelar manusia.. mempunyai taklifan ( tanggungjawab ) di atas bahu mereka.. tidak kiralah manusia itu bangsa atau agama apa, apa yang pasti semua insan yang bergelar manusia pasti kembali pada-Nya setelah mereka melalui proses atau tahap-tahap yang perlu di lalui dalam kehidupan ~

>> Sehari tidak menjenguk blog memang tidak sah ! bukan gila blog .. tapi ada "sesuatu"yang
seakan menarik-narik jariku untuk menaip atau mencopy paste dari artikel2 tertentu yang mana bagi diriku amatlah rugi jika tidak di kongsi dan di manfaatkan bersama..apa yang pasti semoga apa yang terdapat dalam setiap entry / post aq ni tidak bercanggah dengan Islam..

>> pernah baca mengenai kisah cawan?? kalau yang belum silalah baca sehingga habis,, mudah-mudahan peroleh manfaat bersama..

.... Kisah CAWAN....

>> Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

>> Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja (shopping) di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

>> "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang di kagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.

>> Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. 


 ~ contoh satu set minuman yang telah menjadi cantik setelah melalui pelbagai proses ~ 

Pengajaran:
>> Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

>> Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam

sumber : artikel tertentu ~ 

owner's blog typing : cantiknya acuan Ilahi, begitulah lumrah dalam kehidupan.. tidak di biarkan terleka dengan duniawi yang boleh memusnahkan diri jika tidak di awasi ~

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Sunday, May 9, 2010

~ Bahtera Jaulahku ~


Assalamualaikum to all readers, Alhamdulillah again and again to Allah swt for all Her Gift ~ in the name of Allah, I trust to Allah and for Him is all dependence,, All praises to Allah ,, Glorious to Allah ~ 


>> Tiba-tiba hati ini begitu sayu dan sebak teringatkan suatu tempat yang terlalu banyak kenangan dan menjadikan diri aq menjadi aq tika ini,, tempat inilah yang banyak membuka mataku yang dahulunya terpejam dek kerana kejahilan diri. Tempat ini jugalah yang mengajar aq erti kehidupan,, apa itu Islam yang sebenarnya,, bagaimana cara hidup yang di tuntut dalam Islam ,, apakah ciri2 individu yang sepatutnya ada dalam setiap diri yang bergelar Muslim… sungguh aq terlalu jahil dengan semua ini..

>> tempat ini juga mengajar aq erti kepayahan, kesabaran, apa itu pengorbanan, erti persahabatan, kasih sayang , mengutamakan apa yang lebih utama, pengurusan masa , adab pergaulan , cara berpakaian , cara untuk berkomunikasi dengan lebih berhikmah , banyak! terlalu banyak yang aq peroleh di tempat ini..sebak hatiku untuk meninggalkan tempat ini walau kaki sudah jauh beribu batu melangkah keluar .. tidak dapat aq lupakan tempat ini yang banyak membentuk diri agar menjadi acuan yang di kehendaki...tempat barokah yang melahirkan alim ulama’,, ustaz ustazah yang tidak jemu mendidik dan menyebarkan Islam.. memang wajar tempat ini menjadi idaman ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke tempat ini suatu ketika dahulu ..

>> tempat ini..sebak rasanya meninggalkan tempat ini.. terlalu banyak kenangan pahit, manis, kelat, tawar untuk diriku yang tidak mungkin aq bisa lupakannya..biarlah ianya di simpan rapi dalam ingatanku ,,tidak dapat di luahkan dengan kata-kata kerana terlalu banyak! Min mat..( dpt mesej dr sahabiah) apa tu?? baru ku tahu itu singkatan untuk muslimin muslimat rupenye .. ( ingatkan salah eja ) hu2 panggilan ini mmg asing bagiku suatu ketika dahulu..

>> muslimat lemah !!! satu teriakan yang tidak mungkin aq & sahabiah2ku bisa lupakan.. teriakan ini juga yang membentuk diriku dan menjadi bahan gurauan antara kami.. indahnya saat begini ~ pada awalnya memang aq xdapat terima bila kalimat ini di lontarkan oleh seorang ustaz kerana ia seolah2 menjatuhkan title aq dan sahabiah2ku  yang lain sebagai seorang muslimat… (ish xboleh jadi nih.. macam la dia hebat sangat ! geram ! sakit hati ! semua ade ! ) Alhamdulillah ,, rupa-rupanya dia ingin mengajar dan mendidik..terima kasih dan syukran jazilan ustaz dan ustazah atas didikan yang sungguh berkesan ini ameen..

>> banyak sangat! Terlalu banyak ! ( klu tulis dalam blog ni pun memang xcukup sehari la).. klu di buat perbandingan air penuh yang berada di dalam segelas cawan, apa yang aq katakan di atas ibarat satu , dua atau tiga titisan sahaja dari air yang penuh dalam gelas tadi.. Cuba bayangkan?? xperlulah aq ceritakan semuanya kerana ia terlalu peribadi dan amat istimewa bagi diriku.. biarlah ku simpan rapi dalam memoriku ini yang x mungkin aq bisa lupakan begitu sahaja ~ 

~ Alhamdulillah syukur pada-Mu kerana meletakkan aq di tempat ini ~ ameen

Owner’s this blog send massage to all readers : kadang2 kita benci akan sesuatu, rupa-rupanya ia adalah baik dan amat baik bagi kita.. always think positive ,, never judge a book by it’s cover ,, sometimes the cover bad for us but fill in the book have so many benefits for us to take it ! .. so what r u waiting for? Think ,, think and think.. if bad, leave it but if good for u just do it .. insyaAllah~ Glorious to Allah as al-Kholiq ..
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Saturday, May 8, 2010

..:: Umat ISLAM dahulu & kini ::..

UMAT ISLAM.....

>> Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar. 

>> Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan,, kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri. 

>> Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam. 

>> Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.” 

>> Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanyalah Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan. 

>> Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan generasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.

>> Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut. Abul A'la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid'ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat. 

~ Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi ~


sumber : buku haraki ~ 

~ISLAM BOLEH !

umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan kita lupa pada Allah Tuhan Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga 
 doa sebagai senjata
umat Islam sentiasa boleh !


owner's this blog left massage for twice : muslim + mukmin + muhsin adalah dalam kalangan org yang menganut agama ISLAM..akan tetapi, tidak semua muslim sampai ke tahap mukmin & muhsin..akan tetapi individu yang mukmin & muhsin mestilah muslim terlebih dahulu ~

_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce