728 x 90Advanced Acne Treatment

Friday, May 14, 2010

~ menangis kerana WANITA ~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam.. khatimul an'biya' wa habibillahitaala.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi di berikan nikmat Iman dan Islam serta di berikan kekuatan untuk menjalani hidup sebagai hamba-Nya serta menghirup oksigen yang di bekalkan kepada sekalian makhluk di atas muka bumi ini bagi meneruskan kehidupan..bersyukur kerana diri ini tidak memerlukan alat bantuan bernafas bagi meneruskan kehidupan di bumi-Nya ini..ameen ya Robbal alamin..

>> Hidup di kelilingi dengan kanak-kanak sudah pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi bagi melayan kerenah mereka yang kadangkala tak tercapai akal di buatnya...soalan-soalan yang kadangkala lebih hebat dari biasa..na'am memerlukan persediaan fizikal, mental, rohani dan jasmani..boleh kata segala-galanya di perlukan tatkala berada dalam kelompok kanak-kanak yang masih suci ni... dan tidak boleh tidak ( mesti ) akan terdengar suara-suara tangisan si kecil ini yang merengek meminta itu dan ini...na'am perlunya kesabaran melayan mereka walaupun tidak di nafikan banyak lagi kerja - kerja lain yang perlu di bereskan.. 

>> terdapat sebuah kisah yang agak menarik yang ingin aq kongsikan pada pembaca sekalian..mudah-mudahan kalian mendapat ibroh daripadanya..al-kisahnya bermula begini........

>> Khalifah Umar bin al-Khattab adalah Amirul Mukminin...sebagai seorang khalifah, beliau sering meronda -ronda pada waktu malam bersama pembantunya, Aslam untuk mengambil tahu keadaan rakyatnya di kota Madinah..suatu malam, beliau ke pinggir kota Madinah. Apabila berada hampir dengan sebuah rumah kedengaran seorang wanita memasak dan di kelilingi dengan anak-anak kecil yang sedang menangis sambil berkata, "kami lapar, sudah siapkah makanan itu?"

>> Beliau memerintahkan Aslam mendapatkan maklumat tentang apa yang sedang di lakukan oleh wanita itu. kemudian Aslam memberitahu Khalifah Umar bahawa wanita itu sedang memasak untuk anak-anaknya dan masakan itu hampir masak. Setelah itu, beliau meneruskan perjalanannya ke sekeliling kota untuk medapatkan maklumat tentang rakyatnya yang kekurangan makanan dan belum mendapat pembahagian makanan dari Baitulmal. Kemudian, Khalifah Umar pun mengajak Aslam ke rumah wanita tadi dan anak-anaknya yang sedang menangis.Kelihatan wanita itumasih memasak. Ada anaknya yang sudah tertidur dan anak-anak yang lain masih menangis serta hampir kehilangan suara kerana telah lama menangis.

>> Umar dan pembantunya menghampiri wanita itu sambil mengucapkan salam. Wanita itu menjawab , "waalaikumsalam, silakan masuk ". Umar pun menghampiri periuk wanita itu dan terperanjat apabila melihat di dalam periuk hanya batu dan pasir....setelah anak-anak melihat apa yang sebenar di masak oleh ibu mereka , semakin kuatlah tangisan mereka. Wanita itu marah kepada Umar kerana perbuatannya itu telah mengejutkan anak-anaknya yang lain dari tidur...wanita itu berkata dengan kuat, " celakalah kalian, bila datang hanya untuk melihat usahaku yang sia-sia.Ketahuilah aku melakukan ini demi menghiburkan anak-anakku yang lapar sehingga mereka tertidur ".

>> "Maafkan kesalahan kami. Bukankah Khalifah Umar telah membahagikan bantuan kepada rakyatnya dari Baitulmal dan sudahkah puan menerimanya?" , tanya Aslam. Wanita itu tersenyum sinis sambil membeliakkan matanya sehingga Aslam tidak berani menatap wajahnya dan berkata , "Hah, celakalah dia dan semoga Allah hukum dia ! Ketahuilah olehmu, dahulu suamiku ikut berperang di jalan Allah melawan pasuka Rom dan mati syahid. Syukurlah kaum muslimin menang dan menguasainya. Lihatlah apa yang kami peroleh? Sila kalian tengok di mana Umar berada sekarang? Mungkin sedang tidur di biliknya yang hangat dan dengan perut yang kenyang hasil keringat para pejuang"...suara wanita itu kuat dengan mata yang berapi-api. Aslam melihat tubuh Khalifah Umar turut menggeletar kerana menahan kemarahannya.

>> " Siapa nama suami puan?" Khalifah Umar pun bersuara. " si Fulan bin si Fulan, mengapa kamu bertanya?". " Aku kenal dia. Dia merupakan pejuang Islam yang baik dan soleh. Kenapa puan tidak meminta bantuan dari khalifah? ". Apabila mendengar Khalifah Umar memuji suaminya, berkurangan kemarahan wanita itu. " Suamiku pergi meninggalkan anak-anak ini, aku berharap Allah menolong kami .Suamiku berjuang bukan kerana di perintahkan oleh Umar, kenapa aku harus mengemis kepadanya ?''.

>> "Bertenanglah, insyaAllah aku akan menguruskan keperluan puan". Tanpa menanti jawapan daripada wanita itu, Khalifah Umar terus meninggalkannya di ikuti Aslam dengan tergesa-gesa menuju ke Baitulmal. Umar mengeluarkan dua buah guni besar berisi gandum dan sekantung wang. Kemudian beliau memikul satu guni dan berkata , "Aslam, Letakkan satu guni ke atas yang satu guni lagi. Cepat! ". Aslam hairan melihat khalifah berbuat begitu dan cuba membantunya, " wahai Amirul Mukminin, biarkan aku membantu membawa guni ini ". Umar marah sambil berkata, " celakalah engkau ! sekali lagi celakalah engkau ! Tadi engkau berikan maklumat yang tidak betul tentang wanita itu. Sekarang engkau buat kedudukanku menjadi susah. Apakah engkau mahu menanggung dosaku kelak di hadapan Allah kerana hal ini ?''.. 

>> Aslam segera menggeleng. Dalam suasana malam yang dingin Aslam melihat pipi Umar di basahi air mata. Sepanjang perjalanan Umar berkata-kata sendirian berulang-ulang. "Celakalah aku jika Engkau marah ya Allah , celakalah hai Umar bila Allah tidak mengampunimu ". Di sebabkan perjalanan jauh, maka berkali-kali Umar terpaksa beristirehat dengan dua buah guni besar di bahunya dan sekantung wang yang masih di pegangnya. Aslam melihat Umar yang berwajah kesal serta di basahi peluh dan air mata. Apabila tiba di sana, nampak wanita itu sedang berusaha menghiburkan anak-anaknya. Wanita itu tersenyum sambil mengucapkan syukur setelah melihat Umar dan Aslam membawa makanan. Sementara anak-anaknya yang tadi menangis turut gembira. Kemudian, Umar menyerahkan kantung wang yang di bawanya tadi kepada wanita itu lalu wanita itu berkata , " Alhamdulillah, aku semakin yakin bahawa Allah itu ada. Tidaklah sia-sia doaku selama dua hari ini memohon makanan. Cukuplah selama dua hari aku berbohong kepada anak-anakku dengan batu-batuan yang aku masak tadi".

>> kemudian wanita itu berkata lagi , " terima kasih atas bantuan kalian. Tadi ketika aku melihat kalian membawa makanan dan wang, aku sempat berdoa kepada Allah  agar kamulah yang di jadikan-Nya khalifah menggantikan Umar". Umar mengusap wajahnya dengan lengan bajunya sambil merayu, "puan yang baik, sudikah engkau memohon ampun kepada Allah bagi Umar? ". wajah wanita itu berubah. "tidak, biarkan sehingga aku bertemu dengan Allah nanti ," jawab wanita itu...setelah mendengar kata-kata itu, Umar semakin bimbang dan beliau terus meminta izin pulang di ikuti Aslam. Sepanjang perjalanan Khalifah Umar kembali mengulang-ulang perkataan yang telah di katakannya tadi. "Celakalah aku jika Engkau marah, ya Allah ". Langkahnya terasa berat dan air matanya bercucuran....

>> Begitulah tanggungjawab Umar bin al-Khattab semasa beliau menjadi khalifah. Dia bukan pemimpin yang bersenang-lenang di rumah sementara rakyatnya menderita kelaparan. Dia adalah PEMIMPIN ISLAM yang sebenar...masyaALLAH ~

** sumber : kisah nur dan teladan buat perindu SYURGA ~

thinking : bukan mudah untuk mencari pemimpin yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil ... bukan mudah untuk memimpin orang lain  dan bukan mudah untuk menjadi pemimpin.... bersyukurlah dengan apa yang ada..dan jangan suka membazir terutamanya bab makanan.. ramai lagi yang kebuluran di luar sana... give and take it together.. wallahua'lam ~


_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_

Wow Menarik ni ^^

Sitegiant E-Commerce