UMAT ISLAM.....
>>
Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang
dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan
Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.
>>
Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan,, kerana mereka yakin akan
wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka
beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa
kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila
mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
>>
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong
orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami)
dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai
kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.
>>
Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman
itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
>>
Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah
S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanyalah Al-Quran, menilai Rabbani yang
sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam
kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.
>>
Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan generasi
Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang
bergelora, menyala, cermat dan waspada.Sebaliknya Ummat Islam kini mereka
mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak
mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.
>>
Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat
kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka
program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
Abul A'la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman
kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk
kepercayaan tahyul, khurafat dan bid'ah dan membentuk serta membangunkan semula
konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.
~ Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah
Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi ~
sumber
: buku haraki ~
~ISLAM BOLEH !
umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan kita lupa pada Allah Tuhan Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
owner's this blog left massage for twice :
muslim + mukmin + muhsin adalah dalam kalangan org yang menganut agama
ISLAM..akan tetapi, tidak semua muslim sampai ke tahap mukmin &
muhsin..akan tetapi individu yang mukmin & muhsin mestilah muslim terlebih
dahulu ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_