Bismillahirrohmanirrohim...
>> Alhamdulillah,,post kali ini agak menarik..semua orang ingin rasa cinta dan di cintai..namun benarkah cinta anda di berikan pada yang sepatutnya?? bercakap soal cinta..pengertian cinta terlalu luas..dan terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya cinta antara manusia + manusia seperti cinta seorang anak kepada ke dua ibu bapanya,, cinta cucu kepada datuk neneknya, cinta suami kepada si isteri yang halal untuknya,... dan sebagainya..cinta juga bukan hanya antara manusia sahaja,, bahkan haiwan turut ada rasa cinta cuma cara di persembahkan cinta tersebut berlainan dan tidak sama dengan manusia... namun jangan kita hairan bila mana terdapat individu yang cintanya pada haiwan.. bahkan ada juga segelinitr masyarakat pada hari ini, mempunyai cinta yang luarbiasa contohnya individu tersebut cinta pada hartanya seperti kereta, wang, barang kemas, pakaian berjenama dan sebagainya yang kebanyakan kesemuanya 'value' cinta ini adalah bersifat duniawi .. ya benar memang cinta itu akan menerbitkan kasih sayang namun benarkah adakah cinta yang anda miliki di salurkan pada saluran yang benar dan adakah ianya tulus dari hati anda?? hurmmm.... di sini pemilik blog ingin bawakan suatu kisah di mana terdapat sahabat Nabi yang sungguh luar biasa cintanya...marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada kisah ini.............
>>Al- kisahnya begini,, Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali r.a. terkena panah
di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat
telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang
kerana Sahabat-Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali
disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat
mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.
>> Ertinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah, terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah.
>> Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik.
>> Banyak lagi cerita Sahabat-Sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin. Begitu juga Sahabat-Sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu.
>> Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan Syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya. Subhanallah...begitu indahnya cinta mereka sehingga tidak sedar kesakitan dalam diri,,inilah cinta hakiki ~ wallahua'lam...

" cintakan manusia,,manusia akan tinggalkan kita..cintakan harta,,harta akan habis jua.. cintakan takhta,,takhta akan hilang suatu hari nanti..cintakan ALLAH adalah cinta yang hakiki..dan kita tidak akan pernah menyesal,,tidak akan pernah di sakiti,,tidak akan pernah di kecewakan malah akan di beri perlindungan ..carilah cinta-NYA..pasti hidupmu bahagia.. "
owner's blog >> indahnya hidup ini jika segala-galanya kerana DIA.. ~
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_