Bismillahirrohmanirrohim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Segala puji-pujian hanya kepada-Nya..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam penghulu segala anbiya',, kekasih Allah swt serta seorang hamba Allah yang menjadi qudwah (ikutan) bagi segenap masyarakat dan manusia yang bersyahadah bahawa " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah " ~
>> Alhamdulillah,, thanks to Allah swt again and again for all His Gift.... Allahuakbar! Allahuakbar! kedengaran muazzin melaungkan azan di sebuah masjid berdekatan,, serentak dengan itu masjid lain pula melaungkan azan ,, di corong-corong radio.. televisyen..menandakan tibanya waktu solat dan menyeru umat Islam menunaikan kewajipan yang wajib di laksanakan sebagai bukti kehambaan seorang hamba kepada Allah swt ,, Tuhan sekalian makhluk dan pemilik muka bumi ini... ISLAM IS BEAUTIFUL ~
>> inilah perkara pertama yang akan di hisab dan di soal oleh Allah swt di hari akhirat kelak.. bukanlah di soal mengenai berapa banyak harta yang telah di kumpulkan? bukan juga berapa banyak duit yang telah kamu belanjakan...bukan juga di tanya apakah kereta yang kamu gunakan ketika di dunia dahulu... bukan juga apakah jenama pakaian yang kamu sering beli dan pakai...bukan! bukan!marilah kita sama-sama bermuhasabah dan kenali diri kita...( kenali diri dan kenali pencipta bagi diri)..apa yang telah kita lakukan selama ini.. masyaAllah ~ (inzar untuk pemilik blog juga..)
>> bagaimana solat yang kita lakukan selama ini...tahukah kalian bagaimana ingin mendapatkan solat yang lebih khusyuk?? Jom...nak share sedikit info bersama kalian yang membaca ruangan ini,, mudah-mudahan mendapat manfaatnya..
>> Di kisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, yang sangat warak dan khusyuk solatnya.Namun demikian dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya.. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (rajin beribadah) yang bernama Hatim al-Asam dan bertanya, " Wahai Abdurrahman ( nama gelaran Hatim) , bagaimanakah cara tuan solat? " Hatim berkata , " apabila tiba waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin".
>> Isam bertanya, " bagaimana wuduk batin itu? " Hatim berkata , "wuduk zahir sebagaimana yang biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :
1) bertaubat
2) menyesali dosa-dosa yang telah di lakukan
3) tidak tergila-gilakan dengan dunia
4) tidak mencari atau mengharapkan pujian manusia
5) meninggalkan sifat bermegah-megah
6) meninggalkan sifat khianat dan menipu
7) meninggalkan sifat dengki
>> Seterusnya Hatim berkata , " kemudian aku pergi ke masjid , semua anggotaku bersiap sedia dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku..Ku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian siratulmustaqim dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku ( mungkin aku mati selepas solat ini ). Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik . Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk ( berasa hina ) , aku bertasyahud ( tahiyat ) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun".
>> setelah Isma mendengar kata-kata itu, menangislah dia sekuat-kuatnya keran membayangkan ibadahnya yang kurang baik jika di bandingkan dengan Hatim...masyaAllah ~ sama-samalah kita ambil pengajaran dari kisah ini untuk di praktikkan dalam kehidupan kita.........wallahua'lam
owner's blog : solatlah kamu sebelum kamu di solatkan.. round 1 shopping complex rasa tak cukup kalau 5 minit..tapi kalau solat yang hanya minimum di lakukan sekitar 5 minit begitu berat rasanya.. mana bukti hidup dan mati kerana Allah ?? kenalilah diri nescaya kamu dapat kenali Ilahi... \(^_^)/
_سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله أكبر ولاحولا ولا قوة إلا بالله_